KAEDAH TARBIAH DAN ALIRANNYA

AKTIVITI TARBIAH DAN RIADHATUNNAFSI


 









KEJADIAN MANUSIA (AL-INSAN)

Sebagaimana anda maklum kejadian sesuatu makhluk ada kaedah dan prosesnya yang tersendiri. Maka ilmu atau pengetahuan mengenai proses dan kejadian sesuatu itu mesti diketahui.  Anda akan gagal membaiki atau membina sesuatu perkara yang anda tidak ada pengetahuan tentangnya.

Tahukah anda manusia dijadikan oleh ALLAH melalui campuran benih atau air mani lelaki dan air mani perempuan dalam satu tabung bergelar RAHIM. Proses ini berlaku berperingkat, kedudukan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh ALLAH. Semasa kejadian masuk bulan keempat dalam kandungan maka ALLAH tiupkan roh dan bermulalah kejadian seorang Insan. Insan akan berada dalam Rahim dalam jangkamasa sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya akan dialir keluar melalui lubang Rahim dan dikenali sebagai bersalin.

SUSUNAN ATAU PECAHAN BESAR MANUSIA

(1) Akal

(2) Jasad

(3) Roh

Oleh sebab ketiga – tiga  unsur ini adalah faktor utama mempengaruhi pembinaan seorang manusia, maka tumpuan dan pembinaannya mesti diseimbangkan. Kegagalan dalam teori pembinaan dan kesempurnaan tiga anasir  ini maka gagallah dalam matlamat anda di dunia mahupun kejayaan Akhirat.


BAGAIMANA  MEMBINA  AKAL?
 
Oleh kerana akal merupakan makhluk yang MAKNAWI maka cara melatih dan membinanya juga hendaklah dengan cara maknawi (rohani).
 
Diantaranya ialah :-
 
(1)  Memperbanyakkan membaca Al-Quraan dan mentadabburkan maknanya
(2) Memperbanyakkan musafir dan memerhatikan segala tanda-tanda kebesaran ALLAH di alammaya.
(3) Sentisa bertafakkur dan muhasabah terhadap diri sendiri dengan  BERUZLAH.
(4) Biasakan bersahabat dengan orang-orang soleh dan pemikir Agama.
(5) Sentiasa memakan makanan yang bersih dan halal
 
 PERINGATAN :
Memakan makanan yang haram, membaca buku dan majalah yang lalai dan berfikir perkara yang sia-sia akan membentuk Akal yang sakit dan melahirkan Umat yang tidak berakhlak.
Akal diibaratkan mesin pengisar gandum yang sentiasa berkisar dan tidak berhenti. Ia sentiasa dahagakan bahan mentah untuk dikisarkan, andaikata bahan mentah itu tidak sesuai maka rosaklah ia. Oleh sebab itulah maka hikmahnya dalam Syariat Islam Menghukum rotan terhadap peminum arak kerana kerosakan akal membawa kehancuran dalam masyarakat.
 
 MEMBINA KEKUATAN FIZIKAL
 
Anda semua maklum, fizikal atau jasad merupakan anasir yang zahir (hissi) dan boleh dikesan dan dipelajari oleh semua golongan.
 
Untuk melatih dan membinanya ada beberapa kaedah yang maklum :
 
(1) Memperbanyakkan pergerakan fizikal seperti mendaki gunung, berenang, berkuda, bermusafir dan sebagainya.
(2) Memakan makanan yang berkhasiat.
(3) Mencari ketenangan jiwa dengan rehlah.
(4) Elakkan dari sifat marah dan tanamkan sifat pengasih.
 
PERINGATAN :
Kegagalan membina badan fizikal yang sihat akan melahirkan masyarakat yang lemah dan akhirnya membawa kehancuran kepada sebuah ummah.
 
 
MENGENALI DAN MENCARI KEKUATAN ROHANI
 
 
Anda dan sesiapa saja perlu maklum bahawa kejadian manusia adalah terdiri daripada jasad dan roh. Gabungan jasad dan roh dikenali dengan nama AL-INSAN.
 
Oleh itu mencari kekuatan rohani dan membinanya suatu pengajian yang amat MENARIK. Dalam menguasai ilmu ini anda perlu mendapatnya melalui beberapa kaedah :
 
(1) Memiliki akal yang kuat (cerdik)
(2) Kesungguhan yang tinggi
(3) Kesabaran yang maksima
(4) Perbelanjaan (sara hidup) yang mencukupi
(5) Guru yang mendapat pimpinan dari ALLAH (mursyid)
(6) Menjalani masa yang berterusan (Istiqamah)
 
 
PERINGATAN :
Kegagalan dalam mempelajari, melatih dan membina rohani seorang INSAN akan menghadapi kegagalan dunia dan akhiratnya. Inilah alam rohani atau alam diri manusia yang amat sukar dididik dan untuk tujuan inilah ALLAH utuskan RASULNYA. Dalam membentuk dan membina seorang Insan yang bertaqwa maka sudah pasti kaedahnya mesti diambil dari orang-orang yang bertaqwa. Dimisalkan kepada anda yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan mesti belajar melalui orang yang sudah berjaya dalam perniagaannya.
 
 
PEMBENTUKAN SEBUAH USRAH
 
Sebagaimana yang anda maklum fitrah makhluk khususnya manusia gemar kepada hidup berkumpulan. Kelompok atau kumpulan-kumpulan kecil ini akan berkumpul mengikut watak dan jenis masing-masing. Penyesuaian watak dan minat ini berpasang-pasangan dikenali sebagai KUFFU.
 
Ulama’ atau seorang guru akan meyebarkan ilmu dan tarbiahnya kepada semua orang awam di masjid-masjid, surau, madrasah, pejabat atau majlis-majlis tertentu. Ini dikenali dengan nama gerakan dakwah secara umum. Hasil dari kesungguhan dalam menyebarkan ilmu,  pencernaan dalam amalan yang ada pada seorang pendakwah tadi akan menusuk masuk ke dalam qalbu dan memikat hati beberapa orang pendengar atau murid. Mereka yang sudah sedar dari lamunannya ini hendaklah dikenal pasti oleh seorang guru atau pendakwah dan kumpulkan mereka untuk diberi pengajian peningkatan. Jumlah dan murid-murid yang terpilih ini digelar USRAH 1.
 
Ulama’ atau pendakwah tadi hendaklah meneruskan sesi pengajaran dan dakwahnya di surau-surau, masjid- masjid, sekolah-sekolah tanpa jemu. Hasilnya akan ada jiwa yang lembut, hati yang tulus ikhlas akan  menyerahkan dirinya untuk dididik. Kumpulan ini hendaklah dikenal pasti dengan teliti dan kumpulkan mereka ini dalam satu kumpulan yang khusus. Jumlah yang terpilih ini dikenali dengan USRAH 11.
 
Begitulah seterusnya kumpulan usrah ini dibina dan seterusnya ahli-ahli usrah ini digabungkan dan diadakan program berbentuk USRAH GABUNGAN.
 
Anda juga  harus sedar dan faham hanya yang benar-benar bersedia menjadi murid dan seorang guru yang tidak punya kepentingan peribadi barulah terbina sebuah sistem pembelajaran yang dikatakan ikatan Guru dan murid. Di sinilah bermulanya kaedah sistem qudwah dalam sebuah kelas pengajian.
 
 
BAGAIMANA AHLI USRAH DIDIDIK
 
Tidak semua yang ada dalam usrah itu yang bersedia mengikut kaedah sistem tarbiah. Ini kerana mereka datang dari berbagai-bagai golongan dan darjah pemikiran yang berbeza. Ada yang sudah dibekalkan dengan sedikit kefahaman Agama, ada yang berlatarbelakangkan akademik dan kelulusan yang tinggi  dan ada juga dari golongan atasan yang penuh ego. Malah paling merbahaya ada yang sudah ada ideology dan fahamannya sendiri yang amat sukar untuk diatasi. Golongan ini akan bangun menentang dan menjadi duri dalam daging.
 
Untuk menyelesaikan kekusutan ini anda perlu meminta bantuan dari luar (GURU MURSYID). Beliau akan memberi anda ciri – ciri berikut (alam rohani) iaitu kaedah sufism:
 
(1) Satukan cara berfikir mereka.
(2) Satukan niat dan cita-cita mereka.
(3) Satukan mereka dalam syariat yang jelas.
(4) Satukan kegemaran mereka.
(5) Satukan cara mereka berpakaian.
(6) Jangan dedahkan kelemahan murid lain dikalangan murid yang lain.
(7) Sentiasa berwaspada dan sedar semua kejayaan dan hasil pendidikan yang diberi adalah milik AULIAULLAH.
(8) Serahkan semua urusan Hidayah dan Taufiq di bawah pentadbiran ALLAH.
(9) Sentiasa membuat perhubungan dengan ALLAH dimalam hari.
 
 
SATUKAN CARA BERFIKIR
 
(1) Bawa dan juruskan  kepada pembersihan diri dari sifat-sifat  mazmumah.
(2) Anjurkan program bermusafir secara berjamaah.
(3) Sentiasa anjurkan usrah perbincangan keluarga.
(4) Perkenalkan tujuan dan halatuju yang jelas dalam majlis tarbiah.
(5) Menggunakan kitab-kitab rujukan yang muktabar.
(6) Tanamkan semangat dan himmah yang tinggi  untuk mengejar ilmu dan kasih sayang ALLAH.
(8) Gariskan panduan dan sirah Nubuwah dan aliran Ahlisunnah Waljamaah dengan sejelas-jelasnya.
 
 
SATUKAN NIAT DAN CITA-CITA
 
(1) Membebaskan diri  dari kejahilan.
(2) Mencari kenikmatan kasih sayang dalam bersahabat.
(3) Membebaskan diri dalam kesibukan dunia perkerjaan dengan mencari ketenangan dalam beribadat.
(4) Menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibubapa.
(5) Bertujuan membina keluarga  bahagia.
(6) Membina dan memulakan sebuah generasi BERTAQWA.
 
 
PENYATUAN DALAM SYARIAT
 
(1)  Bersatu dalam melaksanakan perintah ALLAH.
(2) Bersatu dalam meninggalkan larangan ALLAH.
(3) Bersatu dalam Mazhab (Syafii).
(4) Bersungguh-sungguh melaksanakan yang sunat.
(5) Berusaha keras membenci dan meninggalkan yang makruh.
 
 
 
BERSATU  DALAM HOBBY
 
Fitrah manusia biasanya banyak persamaan dari segi hobby (kegemaran) pada setiap individu seperti :
 
(1)  Berkelah atau berkhemah (mukhayyam).
(2) Pakaian yang  bersih dan kemas.
(3) Melihat keindahan alam.
(4) Makan bersama.
(5) Mendengar dendangan suara yang merdu.
 
 
 
 BERSATU DALAM BERPAKAIAN
 
Dalam bentuk rupa makhluk ALLAH anda perhatikan spesis yang sama akan mempunyai bentuk rupa dan warna yang sama. Ini sudah pasti ada rahsia yang tersirat yang kita kena ambil iktibar.
Oleh itu umat islam diwajibkan menutup aurat. Garis panduan dan had aurat telah diberi dengan jelas sama ada laki-laki atau perempuan. Bagaimana cara dan fesyen tutup itu tidak penting lagi yang penting Wanita menutup aurat dan laki-laki menutup aurat . Dengan ini lahirlah satu bentuk pakaian yang serupa dan selaras. Dengan pakaian yang selaras akan menampilkan lambang perpaduan dan melahirkan cetusan rasa gagah untuk satu bangsa dan kaum.
 
JANGAN DEDAHKAN KELEMAHAN MURID DIHADAPAN MURID YANG LAIN
 
Ini merupakan pantang larang yang utama dan menjadi rahsia guru tidak harus sekali-kali mendedahkan kelemahan muridnya kepada murid yang lain. Malah guru mestilah sentiasa menggambarkan yang semua murid-muridnya penting dan berfungsi mengikut tugas dan peranan masing-masing. Adalah perlu murid-murid itu diberi tugas- tugas tertentu supaya masing-masing boleh merealisasikan kebolehan masing-masing dan ini juga boleh membawa pembangunan kepada sebuah JAMAAH. 
 
ILMU ADALAH HAK MILIK AULIAULLAH
 
Di sini saudara harus berhati-hati, Ilmu adalah pemberian ALLAH  kepada walinya yang dipilih. Ia merupakan pusaka Anbia', kepada umatnya. Sesiapa yang diberi ilmu dan dapat beramal dengannya maka ini merupakan pemberian ALLAH kepadanya dan menjadi haknya sebagai pewaris Nabi. Dari itu seseorang guru yang mengajar muridnya adalah merupakan suatu amanah dari ALLAH untuk diwariskan pula kepada hambanya yang lain. Oleh itu andainya ada muridnya yang menjadi alim dan beramal dengan ilmunya juga merupakan pilihan ALLAH guru hanya melakukan tugas dan amanahnya sahaja mengalimkan muridnya itu pilihan ALLAH (sebab hidayah dan petunjuk ditangan ALLAH).
 
Maka andai kata seseorang murid mendapat ilmu dan beramal dengannya maka ia juga sudah menjadi pewaris Nabi. Saya kira anda jelas dalam hal ini.
 
Apa yang perlu diingat di sini ialah guru tidak ada daya dan usaha untuk mengalimkan muridnya tetapi anda harus yakin bahawa senarai pemilik ilmu berada di tangan ALLAH.
Bertuahlah sesiapa yang mendapat ilmu dan boleh beramal dengan ilmunya, kerana ia sudah berada dalam senarai kecil  wali-wali ALLAH. ( amin ya Rabbal alamin ).
 
BERSERAH PADA  ALLAH DALAM URUSAN TAUFIQ DAN HIDAYAH
 
Ambil perhatian banyak para guru dan ustaz kurang sangat pergantungannya pada ALLAH dalam urusan memimpin murid-murid. Mereka lebih bergantung kepada usaha lahir semata-mata. Ini satu kesilapan kerana tugasan  guru tidak lebih  dari menyampai sahaja. Dengan usaha kita yang gigih, duit ringgit dihabiskan dan masa yang telah kita korbankan tiba-tiba murid-murid kita tidak terdidik mungkin kita akan kecewa, tapi bila diingat itu urusan ALLAH kita akan tenang semula. Oleh itu serahlah urusan pembahagian Taufiq kepada ALLAH.
 
PERINGATAN PENTING
 
Dalam menuntut ilmu seharusnya kita mengambil masa yang panjang. Begitu juga dalam membina syahsyiah diri dan sebuah Jamaah mesti mengambil masa dan jalan sukar. Dalam mencari keredaan ALLAH dan rahmatnya tidak ada jalan pintas. Begitu juga jalan kebenaran yang kita cari suka tak suka mesti melalui jalan salafulsaleh dan ulamaulamilin melalui guru-guru mursyid.
 
 
 
 
MEMBUAT PERHUBUNGAN DENGAN ALLAH WAKTU SAHUR
  
Ini adalah budaya semua para wali dan ulama’. Untuk mendapat kekuatan rohani dan bantuan dari langit maka syarat utama seorang guru mesti  menggantung seluruh kekuatan dan bantuan di tangan ALLAH.
 
BAGAIMANA MENGUNDANG ILMU DAN ILHAM
 
Tahukah anda ilmu dan ilham adalah pemberian dan hidayah daripada ALLAH yang hanya diberi kepada orang-orang pilihannya sahaja. Walau bagaimanapun perjanjian dan ketetapan daripada ALLAH sudah ada kita hanya diminta berusaha dan bermujahadah untuk mendapatkannya. Oleh sebab itu guru mursyid adalah ditugaskan untuk tujuan ini.
 
Sebelum anda meneruskan sesi AKTIVITI  anda harus terima kenyataan, iaitu kejayaan diri masing-masing sama ada hal keduniaan mahu pun urusan ukhrawi adalah melalui pendidikan dan tunjuk ajar dari GURU  masing- masing. Oleh itu hargailah jasa mereka yang telah membimbing anda untuk mengenal ALLAH.
 
Adalah teramat malang bagi sesiapa yang tidak punya GURU untuk dibanggakan hanya memadai mencari ilmu dengan membaca bersendirian melalui buku-buku dan cebisan akhbar sebagai bahan ilmiah. Golongan ini bolehlah dianggap anak yang identiti bapanya tidak dapat dikesan.
 
BAGAIMANA ULAMAULAMILIN MENDIDIK MURIDNYA
Di bawah ini saya cuba turunkan kaedah dan jadual bagaimana Guru Mursyid mendidik muridnya :
Bapa                 :  Assalamualaikum Tok Ayah, saya ni nak hantar anak ngaji.
Anak                Tok Ayah        :   Baguslah, anak nama apa :  Nama sayaYusoff.
Tok Ayah        :  Tengok ke nama tu bagus dah, umur  berapa?
Bapa               :   Dah tujuh tahun.
Tok Ayah       :  Kenapa kecil benar (bukan kecil tapi tak besar lagi) tambah Tok Ayah.
Tok Ayah (Tok Guru )mengarahkan  pelajar-pelajar lama supaya menunjukkan di mana pondoknya untuk tempat tinggal.

Saiz pondoknya lebih kurang 10 x 10 kaki dan tingginya lebih kurang atapnya boleh capai dengan tangan.

Setelah mendengar taklimat dan undang-undang belajar di pondok maka si ayah menyerahkan si anak pada seorang Guru untuk dididik dengan penuh keyakinan menyerah diri pada ALLAH (tidak ada yuran dan bayaran pendahuluan yang ada hanya niat yang ikhlas).

JADUAL DAN ATURCARA PEMBELAJARAN

 
4:30 am  : Murid-murid dikejut dari tidur(oleh Tok Ayah sendiri) untuk solat Tahajjud  dan solat Subuh.

              : Selepas solat subuh semua murid mengikuti kuliah subuh

6:00 am : Sarapan pagi dan persiapan masuk bilik kuliah

7:50 am : Berada dalam bilik darjah mengikuti kelas pengajian mengikut darjah masing-masing

1: 20 pm : Kelas bersurai dan bersedia untuk solah zohor di masjid berjamaah

2:10 pm : Balik ke pondok masing-masing untuk makan tengahari

(Makan tengahari masak sendiri menggunakan dapur kayu yang dicari dari hutan yang berdekatan. Lauk biasanya ikan masin yang ada sedikit bau yang menakjubkan)

3: 00 pm : Loceng dibunyikan menandakan murid-murid semua mesti hadir di kelas masing-masing untuk mempelajari ilmu Al-Quraan

4: 15 pm : Tamat kelas Al-Quraan dan persiapan Solat Asar

4: 40 pm : Solat Asar di masjid berjamaah (Solat jamaah dimestikan)

5 :00 pm : Pengajian Kitab lama Arab dan jawi

5 :40 pm : Pengajian kitab selesai dan balik ke pondok masing-masing (minum petang, mandi dan persiapan untuk solat maghrib)

7 : oo pm : Solat maghrib berjamaah di masjid

               : Pengajian kitab lama Arab dan jawi

8 : 40 pm : Solat Isyak, sambung pengajian kitab lama Arab dan jawi. kemudian turun kebilik darjah untuk program menghafal kitab-kitab hadis dan AL-QURAAN.

10 :20 pm : Balik ke pondok masing-masing untuk makan malam dan tidur
PERINGATAN 
TIDAK DIBENAR TIDUR DI PONDOK ORANG LAIN. DIHARAMKAN SAMA SEKALI MENGHISAP ROKOK ( SIAPA YANG DIDAPATI MEROKOK AKAN  DIBERHENTIKAN SERTA MERTA). TIDAK DIBENARKAN MENDENGAR RADIO DAN TIDAK DIBENAR SAMA SEKALI MENONTON WAYANG GAMBAR. PAKAIAN YANG DIWAJIBKAN JUBAH BERWARNA PUTIH. 

Begitulah sistem pelajaran yang diatur dan belajarlah selama mana yang anda mahu.

Untuk mengenali Guru Mursyid anda di minta rujuk tajuk Guru Mursyid

Ada yang berpendapat kerana tidak cukup gagah dan berkuasa, maka kumpulan ini bangun berjuang untuk dapat memiliki penguasa bumi sampai ada yang bermunajat minta ALLAH berikan kuasa bagaikan kuasa yang ada pada Nabi Sulaiman A.S.

Ada juga golongan yang berpendapat kerana umat Islam tidak cukup kaya maka bangkitlah satu golongan membangunkan berbagai bentuk wawasan pembangunan ekonomi dengan cita-cita yang menggunung supaya umat Islam bangkit sebagai kuasa ekonomi.

Ada juga golongan yang berpendapat umat Islam leka dan tidak mahu berdakwah maka bangkitlah satu golongan yang membuat kerahan tenaga agar umat Islam semua mesti keluar berdakwah dari semua peringkat dan golongan. Mereka canangkan lagu jihad dan berkorban apa saja termasuk harta benda dan jiwa raga  kalau perlu keluarga menjadi mangsa.

Paling menakjubkan ada golongan yang yang beramal dengan amalan Tharikat dan Kesufian yang menumpukan ribuan zikir dan wirid-wirid yang diIjazahkan oleh guru-guru Tharikat dengan harapan diturunkan berkat para wali dan karamah dengan melakukan upacara seruan pemujaan rijalulghaib yang kononnya boleh membantunya dalam pembangunan Islam dan kebangkitannya.

Paling lebih menakjubkan dan menggemparkan dunia bangkit satu lagi : PENGEBOM BERANI MATI; Yang memalu gendang perang dengan laungan DARAH MESTI DIBAYAR DENGAN DARAH.

Pendekkata bangkitlah golongan-golongan ini menegakkan  pendirian dengan mengibarkan bendera jihadnya masing- masing  dan oleh sebab bendera jihad dan laungan TAKBIR yang berkumandang disetiap penjuru bilik  akhirnya berlakulah PEPERANGAN DALAM KELAMBU.

Anda tahu dan penuh sedar anak kita yang kita besarkan dengan sepenuh hati dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi pun tidak boleh dengar cakap kita!

Isteri kita yang kita sayang sepenuh hati dan apa sahaja kehendaknya kita ikutkan belum tentu boleh taat pada kita!

Seorang majikan yang membayar gaji yang amat lumayan kepada pekerjanya sehingga mampu hidup mewah-mewahan pun belum tentu mengenang jasa kita jauh sekali jatuh cinta kasihnya pada kita!!

Nah sekarang boleh tak anda beri satu jawapan bagaimana mungkin orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kita apa mungkinkah mereka boleh tunduk dan dengar cakap kita?

Mungkin sekali saudara akan menjawab ah! itu senang saja sekiranya diberi saya kuasa pemerintahan supaya kita mengawal dan menundukkan mereka dengan kuasa yang ada, mereka mesti akur pada kita. Apa benar begitu??

Mungkin sekali disudut yang lain saudara akan menjawab ah!!! itu senang saja selagi lembu makan rumput kita bayar berapa jumlah wang  yang dia mahu sekiranya  saya MEMILIKI WANG yang banyak mereka semua akan tunduk patuh kepada saya, ada kemungkinan ke begitu??

Itu  semua adalah satu andaian kosong dan theori akal yang tidak pernah jejak dibumi nyata dan belum ada satu kejayaan mutlak untuk dijadikan bahan bukti dan kayu pengukur.

Jawapannya ialah kena buka fail lama yang dalamnya ada rahsia.

BAGAIMANA NAK MENDAPATKAN FAIL RAHSIA?

Anda yang dikasihi sekalian, siapa  saja yang berdarah seorang yang  beriman akan melakukan apa saja demi agamanya yang tercinta hatta mengorbankan harta dan jiwa raga. Namun dalam banyak hal ada rukun dan syaratnya.

Dalam menegakkan agama ALLAH yang suci ini atau mengamalkannya sudah ada garis panduan dan contoh tauladannya melalui Al-Qur'an dan Al-Hadis.

Kejayaan para sahabat dan Salafulsoleh tidak dapat dinafikan dalam urusan penyebaran dan penguasaan Islam dialam sejagat. Oleh itu para ulama’, para ustaz, para pendakwah dan para pemimpin agama selayaknya bangkit dan perkenalkan kepada masyarakat islam budaya hidup dan amalan-amalan yang boleh mengundang bantuan dan pertolongan ALLAH TAALA.

Dalam apa saja tindak tanduk kita atau amalan yang kita buat hendaklah ada panduannya, lebih-lebih lagi dalam pengamalan syariat Islam.

Janganlah sekali-kali mengambil ideologi Yahudi dalam siri membangunkan Islam, kelak anda akan kecewa.

Percayalah  dan yakinlah anda setiap budaya dan amalan yang jelas ianya datang dari pemikiran Yahudi kalau diikuti bukan saja ia gagal malah ianya bakal membawa padah kepada masyarakat dan umat Islam itu sendiri.

 OLEH ITU SEGALA RAHSIA KEJAYAAN DAN KECEMERLANGAN  ALIM ULAMA’ TELAH DIABADI KAN DALAM KITAB KITAB MEREKA. ADA DALAM BAHASA ARAB DAN ADA DALAM BAHASA JAWI LAMA. AJAR DAN PIMPINLAH UMAT INI BERPANDUKAN AJARAN MEREKA, KUPASKAN  SEGALA AJARAN ULAMAULAMILIN DAN TERJEMAHKANNYA DAN BENTUK AMALAN, KELAK ANDA AKAN KAGUM  DENGAN KEJAYAANNYA.

                                                             WALLAHUAKLAM.