Wednesday 6 June 2012

HAKIKAT ILMU

ILMU adalah suatu sinaran cahaya yang dipancar oleh Allah kedalam dada hambanya yang beriman. Kedudukannya samalah dengan Iman,Taqwa, Hidayah dan Makrifat. Adapun yang kita bersungguh-sungguh membacanya, mengkajinya, menghafalnya dan membuat kajian kepada sesuatu benda itu digelar pengetahuan am. Sebagai contoh saudara mempelajari ilmu kira-kira itu digelar ilmu hisab saudara mempelajari ilmu kaji bintang itu digelar ilmu Falaq saudara mempalajari ilmu selok belok amalan ibadah dalam islam digelar ilmu Feqah, saudara mempelajari ilmu Tajwid ia digelar ilmu Qiraat (bacaan Al-Qur'an). Ilmu ini boleh diusaha dan dituntut oleh siapa sahaja sama ada ia islam atau bukan islam.

ILMU yang akan saya utarakan kepada anda sekalian ialah Ilmu Hidayah, Ilmu Makrifat atau kadangkala disebut Ilmu HIKMAT. Ilmu ini tidak dapat dimiliki dengan jalan usaha peribadi sebagaimana saudara mencari ilmu yang lain. ILMU Makrifat ini mesti dituntut dan dimiliki melalui kaedah dan aturcara syariat yang telah ditetapkan melalui kaedah perguruan, ia dikenali dengan Ilmu TAKLIM MUTAALIM( Perhubungan guru dengan murid ).

Sebagai contoh pertama Ilmu ini diturunkan kepada Nabi S.A.W. melalui Jibril Alaihissalam melalui kaedah pembelajaran yang tersusun rapi dan kaedah pimpinan yang meniti di atas susunatur syariaat ILAHI.
Kemudian Rasulullah menurunkan Ilmu ini kepada para Sahabat juga melalui kaedah syariaat Ilahi. Seterusnya berkembanglah Ilmu ini turun temurun sampai kepada kita sekarang dengan melalui kaedah yang sama.

BAGAIMANA ANDA MENGESAN PEMILIK ILMU MAKRIFAT

Pemilik Ilmu Makrifat atau Ilmu Hikmat dapat dikesan melalui beberapa tanda. Diantaranya:

1)   Sentiasa mempamerkan amalan ajaran Islam dan amat berhati-hati daripada tergelincir kelembah maksiat.

2)    Tidak ada curiga dan kebimbangan hidup sama ada ianya jatuh kelembah kekayaan atau kemiskinan, mereka sentiasa bersedia dengan apa saja yang bakal berlaku pada dirinya adalah ketentuan Ilahi.

3)     Hatinya sentiasa disirami dengan air kasih sayang dan amat tenang sekali perwatakannya.

4)     Anda akan dapat merasai kerinduan dan keseronokan bertemunya dan akan merasa kehilangan dan kekosongan ketika ketiadaannya.

5)     Paling ajaib sekali pertemuan dengannya merubah hidup kita dari alam kejahilan kealam berilmu dari alam maksiat kealam taubat dari perangai kasar dan ganas kepada lembut dan lunak sekali inilah dia yang dikatakan PUSAKA PARA NABI.

Untuk huraian dan keterangan lanjut anda dinasihatkan meneruskan penerokaan ILMU MAKRIFAT.