BILA IBADAT JADI MAKSIAT

Satu perkara yang kita mungkin terlepas pandang iaitu bilamana kita melakukan "Amal makruf,nahi munkar" bertukar menjadi kemunkaran.

Dalam apa juga ibadat ia mestilah berteraskan rukun dan syarat. Apabila rukun atau syaratnya sudah batal maka batallah ibadah itu dan kadang-kadang bertukar menjadi maksiat. Disini saya misalkan anda beberapa contoh.

Anda melakukan Ibadat haji di Mekah tetapi menggunakan duit yang haram maka hajinya sudah sah tetapi anda sudah melakukan dosa dan mengundang kemurkaan Allah.

Anda mengadakan satu majlis Ilmu dalam suasana percampuran bebas lelaki dan perempuan yang ajnabi maka ianya haram dan majlis itu dikira majlis maksiat.

Anda memperdengarkan bacaan Al-Qur'an dengan suara yang amat merdu sekali dengan harapan mendapat sanjungan dan diminati ramai maka ia sudah dikira RIA, bukan sahaja tidak mendapat pahala malah bertukar kepada dosa.

Kadangkala anda tanpa sedari mereka-reka cerita, menggayakan, melakunkan atau sengaja mencipta suasana kelakar dengan harapan orang tertawan dan meminati anda maka ini lagi bertambah parah kerana mengundang penyakit lalai dan penyebab keras hati.

Akhir sekali paling malang dan amat merugikan semua pihak bilamana Ibadat menjadi bahan lakunan dan pertandingan dan bertambah duka lara dan kemunkaran besar bilamana MANUSIA YANG MENILAI IBADAH MANUSIA.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.