Tuesday 4 September 2018

HAKIKAT DAN REALITI ISLAM DIAKHIR ZAMAN

" Dimulai Islam itu dagang dan akan kembali dagang, bertuahlah mereka yang berada di zaman dagang" Al-Hadis.





Kebenaran Hadis ini d baca dan dipersetujui oleh semua umat, tetapi sejauh mana keyakinan dan kebenarannya setakat ini kurang diperkatakan.

Ini disebabkan kurangnya penjelasan dari ulama' atau mungkin juga kita tidak dapat terima kenyatan hakikatnya. Ini jelas dapat dilihat melalui kurangnya persiapan dan dilihat semakin ganas umat Islam berusaha  bersusah payah  untuk mencari keagongan kuasa.


sentiasa dalam suasana Agama




Berita yang kita terima.
Iman Umat Ku diakhir zaman macam kulit bawang.
Umat Ku di akhir zaman hidup berpecah belah.
UmatKu akan ikut rentak Yahudi setapak demi setapak sehingga kelubang biawak.
Peperangan dan pembunuhan sesama sendiri.
Kawan di sebelah tidak boleh dipercayai.
Mengambil orang fasiq dan jahil menjadi ketua.

Dan banyak lagi kebenaran kata-kata Rasul menjadi kenyataan, tetapi umat Islam terus mencuba dan berusaha agar apa yang Rasul cakap itu tidak berlaku.

Kalau kita perhatikan akhlak dan budaya kehidupan umat Islam hari ini bagaikan tidak ada undang- undang Agama mengawal mereka. Percampuran bebas, berpakaian menjolok mata, lelaki menyerupai perempuan, perempuan menyerupai laki-laki, maksiat, joget, disco, minum arak dan berbagai-bagai kerosakan moral dan akhlak Islam berlaku secara terang-terangan.

Alangkah hinanya dan malunya kita kepada Allah yang mana segala-galanya berlaku di zaman kita dan kita tidak berupaya membanterasnya.


Tempat tinggal yang nyaman dan selesa
Banyak juga kita dengar para dai', dan alim ulama' berkerja keras kehulu ke hilir dengan mengorban kan wang ringgit yang bukan sedikit tetapi kesannya tidaklah begitu membanggakan.

Kalau pun ada negara Islam bangun menegakkan Islam tetapi negara yang bukan Islam atau blog Barat akan bangkit menentang Islam habis-habisan dan kita terkulai.

Negara-negara Islam pula hidup dengan bersendirian dan tidak pernah menunjukkan sikap bersatu padu dan setia kawan.

Ini hakikatnya Islam di penghujung zaman.

Bagaimana jalan keluarnya?
Mana Ulama' pembimbing Ummah?
Mana cerdik pandai Islam?
Mana Pemegang kuasa?
Mana Panduan dan ikutan yang diperkenalkan oleh ahli agamawan?
Mana mana mana dan bagaimana?
Bila bila sampai bila?
Kemana? arah mana? mana!!!!!!!!!! dimana??????
Terpulanglah kepada anda untuk memberi jawaban.

Dalam hal inilah maka sebuah THAIFAH yang kecil dan jamaah yang sederhana perlu dibentuk.
Hiduplah dibawah satu bimbingan Guru melalui satu kaedah berjamaah.
Kita kekalkan solat berjamaah dan berkerja sama antara satu sama lain.
Kita hidup berkasih sayang.
Kita hidup bagaikan satu keluarga.
Alangkah bahagianya boleh mengamalkan Islam dengan selesa.

Sesiapa yang ingin belajar agama, Ilmu dan Akhlak Islam ayuhlah bersama kami.

Sesungguhnya zaman kehancuran sedang berlaku dan kita adalah mangsanya.

KAMI BANGGA DENGAN PONDOK KAMI.
KAMI RASA NIKMAT BELAJAR DI PONDOK BAITULDHUYUF.

Inilah saja jalan yang terbaik yang kami telah lalui sebagai perjuangan untuk terus menghayati Islam agama yang tercinta.


Salam, dan jumpa lagi.

Sunday 2 September 2018

BAHAYA ILMU YANG TIDAK DI REDHAI

Kita banyak mendengar dan mengikuti kuliah-kuliah agama samaada di masjid, di pejabat, di dewan serbaguna atau di kaca TV. Dalam masa yang sama kita tidak pernah terfikir Ilmu siapa yang dia bawa atau siapa yang mengizinkan dia mengalirkan Ilmu itu.





Kadangkala kita terlepas pandang si penceramah itu sebenarnya telah mengambil Ilmu pengetahuan  melalui bacaan buku-buku yang dibeli dikedai-kedai buku, melalui tatapan telinga disiaran-siaran radiao atau TV, melalui program-program ceramah agama dan sebagainya. Kadang-kala juga paling merbahaya sekali melalui pengkajian akal fikirannya yang dipetik dari kitab-kitab tafsir.

Ada juga yang memang melalui pengajian pondok atau berguru khas tetapi Ilmu yang diambil tidak diredhai oleh gurunya dek kerana durhaka atau melakukan salah laku dan melanggar adab murid ketika menuntut Ilmu.


tadarrus di masjid Nabawi



Pengambilan Ilmu hendaklah dikutip melalui sistem pembelajaran khas yang digelar TAKLIMUL MUTAALIM, iaitu adab dan kaedah menuntut Ilmu.

Diantara kaedah-kaedah itu ialah:

1).   Persetujuan dan keizinan  dari guru untuk menjadi muridnya.
2).   Perkhidmatan dan kesetiaan kepada guru pantang sekali unsur durhaka.
3).   Tidak melakukan maksiat dalam masa menuntut Ilmu.
4).   Tidak ada keraguan dan waswas terhadap guru dan kebenaran Ilmu.
5).   Sentiasa mengikuti adab-adab dan syarat-syarat yang diberi oleh guru selagi tidak melanggar syariat.
6).   Mengambil masa yang agak lama dan tidak tergesa-gesa.
7).   Guru yang mengajar tidak terlibat dengan upahan tetap atau makan gaji.
8).   Guru Mursyid.
9).   Niat menuntut Ilmu mencari keredhaan Allah.

Ini adalah diantaranya yang saya utarakan sebagai panduan, ianya jauh lagi dan banyak hal yang perlu dipatuhi.

Andai kata kaedah ini diabaikan atau tidak menepati syarat-syarat penurunan Ilmu Islam maka dikhuatiri berlakunya hilang keberkatan dan Ilmu yang dipelajari sia-sia dan tidak dapat diamalkan.

Untuk penjelasan terperinci dalam hal selok-belok MENUNTUT ILMU ada dirakamkan dalam kitab TAKLIMUL MUTAALIM sebagai rujukkan.