Thursday 3 April 2014

MENCARI SAHABAT SETIA DAN PASANGAN HIDUP

Sudah menjadi lumrah alam semua manusia perlu teman setia atau sahabat karib. Dalam hal ini anda perlu berusaha dan memilih siapa sahabat yang dimaksudkan itu.

Seorang wanita bercita-cita mencari seorang jodoh yang baik, seorang ayah rindukan seorang anak yang soleh, pekerja mahukan majikan yang baik, seorang pegawai perlukan orang bawahannya yang setia dan seterusnya kerajaan perlukan rakyatnya yang bermaruah. Kesimpulannya semua manusia inginkan pasangannya yang baik.



Sentiasa dalam berkasih sayang



Dalam masa yang sama anda juga perlu mencari pasangan yang baik. Pasangan yang utama selain dari seorang isteri ialah seorang sahabat yang baik.

Baik yang dimaksudkan disini dalam erti kata baik dari segi keagamaan. Seorang sahabat yang akan menolong kita dalam kesusahan, tumpang bersedih ketika kita ditimpa musibah, menegur kita ketika mana kita tersilap jalan, menenangkan kita bilamana kita dalam duka lara dan paling utama menujukki kita jalan mencari keredhaan Allah itulah dia sahabat.



Menerima tarbiah yang berterusan



Walaubagaimana pun ada satu lagi yang anda terlepas pandang iaitu mencari seorang guru. Dalam menjalani kehidupan ini manusia perlukan pimpinan, penunjuk jalan, memperkenalkan kepada kita jalan untuk menuju kepada ILAHI dan terus menerus memandu kita kesana.

Andai kata anda mendapati pasangan dan keperluan ini bermakna hidup anda lengkap dan berada dilandasan yang benar, sebaliknya jika  keperluan ini tidak dapat diketemui bermakna anda berada dipinggir disebuah gaung yang dalam.

Kesimpulannya setiap urusan dan kerja buat kita pasti memerlukan pasangan cumanya kadang-kadang kita tersilap memilih pasangan.