Wednesday 20 June 2012

KEWAJIPAN MENGIKUT IMAM MAZHAB DAN IMAM YANG MUKTABAR.


Assalamualaikum saudara Ahli Sunnah Waljamaah.

Fahaman dan Iktiqad ini adalah menjadi pegangan dan keyakinan A.W.J. bagi mereka yang bukan ahli Sunnah Waljamaah diminta menghormati  dan bergembiralah dengan pegangan anda.

Kita adalah wajib bertaklid dan mengikut ajaran yang dibawa oleh Ulamaul Amilin kerana mereka semua dari golongan pemimpin Umat yang bertaraf ADIL.

Kemudian Imam-Imam pimpinan umat ini terbahagi tiga:

1)   Mereka yang mahir dalam Ilmu hukum(Fekah) dan mengambil dalil dari Al-Qur'an dan hadis melalui lautan ilmunya. Yang paling masyhur dikalangan mereka ialah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam AsShafie dan Imam Hambali.semua mereka itu sentiasa di bawah petunjuk dan Hidayah Allah dan mengikut atau bertaklid salah satu daripada mereka adalah WAJIB. Ini adalah bertepatan dengan Firman A.S.W.



قال اللة تعالى > فأسألوا اهل الذكر أن كنتم لا تعلمون


yang bermaksud kurang lebih. Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang yang lebih mengetahui andai kata kamu tidak mampu. Para ulama' bersepakat dengan ijmak tidak boleh bertaklid selain Mazhab yang empat ini. Ini adalah disebabkan ulama'- ulama' yang terkemudian tidak menepati syarat-syarat sebagai pemimpin Mazhab.

Dalam hal ini saudara-saudara jangan sekali-kali terpesona dengan pengakuan ulama'-ulama' akhir zaman yang mengaku dirinya adalah pengamal AlQur'an Dan Sunnah dan mengakui ia lebih faham dalam masaalah Agama jangan sekali-kali anda terpedaya malah ia merupakan pembawa kemudaratan dalam hal Agama.
Ini adalah disebabkan ulama akhir zaman tidak termasyhur ilmu nya, taqwanya dan keadilan nya lebih lebih lagi berada di zaman fasiq,kehancuran dan fitnah Agama yang terlalu besar.

Kesimpulan ialah mereka ulama' akhir zaman tidak cukup syarat untuk menjadi MUJTAHID.

2)  Pemimpin Umat yang terkenal dan amat masyhur dalam bidang Ilmu Tauhid seperti Imam Abu Hasan Alasyari dan Abu Mansur Almaturidi yang berjaya menewaskan fahaman-fahaman yang menyeleweng di zamannya dan berjaya meletakkan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah kelandasan yang sebenar.

3)   Pemimpin Umat yang terkenal dan masyhur dalam bidang Ilmu pembersihan Jiwa dan penyucian hati yanng berjaya memperinci garis panduan dan dasar dalam bidang Ilmu keruhanian seperti Abu Yazid Albustami, Syed Muhammad Bahauddin Alnuqsyabandi, Junaid Albahgdadi, Hujjatul Islam Imam AlGhazali, Makrup Alkhuraqi, Syed Abdul Qadir Jailani dan semua mereka ini adalah SUFI dan mengikut ajaran mereka adalah FARDHU kerana mereka hanya memimpin manusia kepada TAQWA.
Untuk maklumat saudara semua ahli sufi mahir dalam Ilmu Feqah dan Tidak semua Ulama' Fekah mahir bidang sufism.




PERHATIAN KEPADA SAUDARA SAUDARA YANG BERMINAT DALAM ILMU INI DI CADANGKAN SUPAYA MEMPELAJARINYA DENGAN MENDALAM, ANDAI KATA ANDA BERMINAT MEMBAHAS ILMU INI DENGAN AKAL ANDA AKAN KECUNDANG .