Friday 31 August 2018

UZLAH DAN RAHSIANYA YANG TERSIRAT

Ramai orang tidak dapat maklumat sebenar rahsia dan faedah uzlah, ramai dikalangan kita meragui, syak,dan menuduh yang bukan-bukan kepada amalan uzlah.

Uzlah ialah satu amalan yang menjadi teras dalam sistem suffi, ianya juga menjadi budaya dan keutamaan kepada para Alim ulama' dan guru-guru agama dan Thariqat.

Uzlah maknanya mengasingkan diri atau menjauhkan diri dari kesibukan dunia dan gangguan dari cengkaman kerja dan kesibukan duniawi. Masa yang diambil untuk melakukan amalan uzlah tidak ditetapkan dan ia berlaku mengikut kesesuaian masa dan waktu yang sesuai terhadap diri masing- masing.

Uzlah ini juga bukanlah satu kewajipan syarak atau kefardhuan dalam Islam ia merupakan amalan contoh dan sunnah yang tidak bertulis. Walaubagaimana pun ia sudah berlaku dan tercatat dalam sejarah kerasulan dan perjalanan para Anbia' yang tercatat dalam Al-Qur'an dan Al-Hadis.

Seorang ulama' suffi di Turki sedang menjalani amalan Uzlah.
gambar hiasan


 Para rasul, Anbia', Sahabat dan Ulamaulaamilin melakukan amalan uzlah, maka para ulama' sufi mengkaji, menghayati, dan mengamalkan uzlah dan didapati kesannya amat mena'jubkan.

Andapun bersetuju dalam kesibukan kerja, tugas harian dan bebanan kerja yang kita tanggung setiap hari adalah berat dan ia mesti ada satu masa rehat yang sesuai untuk mendapat ketenangan.

Dari kerana inilah maka kita perlu keluar uzlah untuk merehatkan beban pemikiran dan pembersihan hati melalui amalan uzlah.

Setelah selesai beruzlah anda akan kembali bertenaga dan selesa dalam menjalankan tugas dan beribadatlah dengan tenang.

Walaubagaimanapun uzlah dalam kaedah SUFISM mesti dipimpin dan ditunjuk ajar kaedahnya oleh seorang guru.

Andaikata anda tidak mahu melakukan uzlah samalah dengan anda terus bekerja dan tak mahu bercuti, seperti makan tidak mahu buang, seperti minum tak mahu kencing dan seperti memandu tak mahu rehat.

Nah sekarang marilah kita beruzlah dan memahami selok belok uzlah dengan sempurna..