DIMANA ALLAH ?

Anda sudah pasti teruja dengan tajuk dan soalan itukan? Tetapi ianya bukanlah satu perkara yang sukar bagi murid-murid yang pernah belajar Ilmu SIFAT DUA PULUH.

Kepada  anda yang belum mendalami Ilmu sifat Dua Puluh mari saya bawa fahamannya secara sepintas lalu.

Melalui aliran Abu Hasan Alashaari ada dua puluh sifat , tetapi bagi Abu Mansur Almaturidi memadai dengan memahami tiga belas sifat.

Dalam tiga belas ini lima daripadanya di gelar Sifat Salbiah,

1)  Qidam
2)  Baqa,
3)  Mukhalafatuhu Lilhawadisi
4) Qiamuhu Binafsihi
5) Wahdaniat.
Lima sifat ini khusus hanya ada pada Allah(Khaliq) dan tidak ada seumpamanya,bagaikan,atau sepertinya. Maka ia digelar SALBIAH.

Tujuh daripadaNya digelar sifat Maani,

1)  Qudrat ,
2)  Iradat,
3)  Ilmu
4)  Hayyun.
5)  Sama,
6)   Basar
7)   Kalam,

Tujuh sifat ini adalah sifat wajib bagi Allah tetapi ada kekeliruan yang mana sifat-sifat ini ada dalam diri makhluk ( Makhluqat).

Oleh sebab manusia ada memiliki Qudrat(kuasa), Kehendak(Iradah),Pengetahuan(Ilmu), Hidup(hayyun) dan dan sebagainya maka pemahaman terperinci terpaksa dilalui, Ini keran rata-rata akan berpendapat kehendak dan kusa yang ada pada kita manusia  boleh menentu kan segala-galanya.
 Maka ini lah yang membawa kepada kekufuran kerana semua keputusan dan nasib kita adalah MUTLAK berada dalam kekusaan Allah.

Hasilnya berpecahlah manusia kepada fahaman Mujassimah,Qadariah,Jabariah,Muktazilah, Wahabiyyah dan banyak yah yah yah lagi.

Paling malang lagi ada yang berpendapat Tuhan Allah dalam diri maka tercetuslah fahaman HAKIKAT INSAN yang di haramkan.( Waliazubillah).

Maka untuk tujuan ini lah maka Ulama-ulama mewjibkan kita mempelajari Ilmu sifat dua puluh.

Ketujuh-tujuh sifat maani ini mengalir dalam diri ini maka terpesonalah kita dan mengambil sikap semua kebaikan dan keburukkan kita lah yang memenentukan maka tetaplah dan tanpa keraguan ianya Adalah MAZHAB QADARIAH.

Jalan keluar untuk mengenali saipaQadariah,Jabariah,Muktazilah,Mujassimah,Syiah,WAHABIYYAH dan lain-lain melalui pengajian Ilmu Sifat Dua Puluh yang amat masyhur di Nusantara ini. 










Bila saja sebut dimana Allah lantas dengan penuh yakin dan dalil yang Qat'i, jawabnya ialah Allah berada dilangit. Begitulah jawapan yang selalu kita dengar.

Kadangkala juga bila ditanya dimana Allah lantas dengan penuh yakin dan disertai dengan dalil Allah berada di Arash. Sedangkan itu semua adalah salah dan mengelirukan malah ia digelar fahaman MUJASSIMAH iaitu menyamakan Allah dengan makhluknya sedangkan Allah tidak bertempat.

Yang pastinya ialah bila ditanya dimana Allah sebenar tidak ada seorang manusia pun mengetahui dimana Allah termasuk Nabi dan Rasul.

Begitu juga bila menempatkan Allah disesuatu tempat termasuk diatas Arash ianya satu kesalahan besar dan boleh membawa kepada syirik.

Jadinya kalau begitu bagaimana anda menjawab kalau diajukan atau ditanya soalan dimana Allah?
Andaikata anda menjawab Allah "Fissama" dilangit saya akan susuli soalan kedua dilangit tu dimana? Sebab langit terlalu umum dan mengambil makna ibarat satu kedudukan Maqam ketinggian.

Saya contohkan kalau diajukan soalan kepada anda dimana letaknya cawan dan gelas maka dengan lantas anda akan menjawab didapur, sebenarnya dapur itu terlalu umum jadi bermakna jawapan itu adalah tidak pasti dan menggambarkan tidak tahu sebenarnya.

Untuk contoh lain saya akan berikan satu makna Hadis "Syurga itu dibawah tapak kaki ibu", apakah anda pasti kalau seorang ibu mengangkat kakinya maka dibawahnya ada syurga?

Begitu juga bila diajukan soalan kepada seorang pegawai polis tentang rahsia gerakan pengedar dadah beliau akan menjawab gerak geri mereka dalam genggaman saya. Apakah saudara pasti kalau dibuka genggamnya ada gerakan sebegitu?

Oleh sebab itu usahlah bermain dengan Hadis mutasyabihah atau Ayat-ayat Al-Qur'an yang mutasyabihah nanti anda akan tergelincir .

Dalam hal ini ulama' ASWJ memberi jawapan kepada ayat-ayat mutasyabihah ini dengan dua cara sahaja;

1)  Wallahuaaklam
2)   Takwil

Selain dari dua cara ini tidak kedapatan dari ulama' salaf dan khalaf  memberi makna mengikut zahir ayat.

Selepas ini kalau anda ditanya dimana Allah mari saya ajar jawapannya.

"Soalan saudara itu akan saya jawab apabila berada dihadapan Allah dalam syurga nanti"

WALLAHUAKLAM.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.