PENDAKYAH ATAS NAMA PENDAKWAH

Dalam banyak hal tentang Ilmu sama ada ia Ilmu dunia atau Ilmu akhirat anda mesti jelas dan benar benar faham dalam satu-satu hal sebelum diamalkan atau disebarkan pada orang ramai. Lebih-lebih lagi tentang Ilmu agama yang menjadi amalan dan ibadat kepada Allah. Andaikata tersilap atau tidak tepat maka binasalah penyampai dan rugilah pengamalnya.

Misal kata kita dengar ucapan dan laungan dari seorang pendakwah mengajak kita untuk bertaqwa kepada Allah. Dalam masa yang sama dia sendiri tidak tahu apa itu taqwa.

Pendakwah mengajak orang beriman kepada Allah dalam masa yang sama mereka sentiasa fasiq dan berdosa.

Pendakwah mengajak orang sabar tetapi dalam masa yang sama mereka amat bengis sekali.

Pendakwah mengajak orang supaya hidup bersatu padu dalam masa yang sama dia sentiasa membawa perpecahan..

Pendakwah menyeru orang supaya pemurah tetapi dia amat kedekut sekali.

Inilah benda yang membawa kerosakan kepada masyarakat kerana kebanyakan pendakwah banyak cakap tetapi tak boleh buat.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.