HUBUNGI


Assalamualaikum W.B.T.

Sahabat dan saudara yang dikasihi sekalian, marilah kita bersama memupuk dan membina semula kekuatan pendidikan Islam dalam jiwa kita khususnya dan kepada generasi kita amnya. Ini juga langkah awal memulakan keyakinan dan fahaman Agama Islam yang menjadi dasar hidup orang beriman.

Dalam masa yang sama menegakkan kembali fahaman Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang mula tercabar.

Kita dari aliran fahaman ASWJ sedang diancam oleh fahaman dan ideologi baru yang amat merbahaya. Ianya datang dari pelajar dan penuntut yang agama yang menceduk aliran fahaman dan mazhab yang berbagai-bagai dan dipungut angkut bawa pulang ke negara sendiri.

Amat merbahaya lagi mereka yang berbeza fahaman ini menggunakan label ASWJ sebagai pegangan mereka. Bertambah kacau lagi apabila pendokong fahaman ini datang dari golongan cerdik pandai dan berkedudukan tinggi dalam masyarakat.





Untuk tujuan ini maka bekas-bekas pelajar Pondok dan para ulama'-ulama' yang berpegang teguh dengan aliran fahaman ASWJ bangkit dan bangun mempertahankn ASWJ dengan apa sahaja yang termampu.

Oleh sebab itu adalah wajar sekali anda dan sahabat- sahabat pencinta Ilmu berganding bahu bersama saya untuk tujuan yang suci ini.

Untuk tujuan ini sebidang tanah seluas anggaran 6 ekar telah disediakan dialamat tersebut dibawah sebagai tapak Pondok.

Buat masa terdekat ini kawasan tersebut telah dibangunkan 13 buah pondok, sebuah masjid, dewan makan dan beberapa kemudahan asas yang menelan belanja hampir satu juta ringgit.



Masjid yang siap dibina dengan anggaran perbelanjaan RM 145000.00.




Walaubagaimanapun ini hanya peringkat permulaan dan perjalanan sebenar kita masih jauh. Biarlah hendaknya PONDOK ini menjadi lambang kebangkitan ASWJ yang kita pertahankan.



Pintu masuk kawasan pondok

Untuk peringatan dan perhatian kita bersama sesuatu kejayaan tidak mungkin dicapai dalam satu malam ia pastinya memerlukan pengorbanan yang teramat tinggi.

Ayuh kawan-kawan, saudara-saudara, adik kakak dan semua anda yang saya kasihi datanglah, bantulah dan bawalah anak dan keluarga kita untuk mengikuti projek pembangunan IHSAN melalui pelajaran agama aliran PONDOK.





pondok pondok yang sudah dibina
Alamat:


PONDOK BAITUL DHUYUF,
KM 20, Kg. Slow Pok Long,
Jalan Kuala Krai Dabong,
Kuala Krai,
Kelantan.




Tel: 017-2846365
       011-12864369 (Ustaz Yusoff Mohamed )

Semua permasaalahan dalam hal pengajian rujuk terus kepada Ustaz Yusoff sahaja.
Terima kasih di atas sumbangan dan sokongan tuan sekalian.



Baitul Dhuyuf in Google Map