Thursday 26 December 2013

MALULAH PADA DIRI SENDIRI

Sabda Nabi S.A.W:

 

الحيأ من الأيما ن    متفق عليه



Maknanya kurang lebih "Malu itu separuh daripada Iman"

Dari sinilah bermulanya peradaban manusia melalui tarbiah Rasulullah. Andaikata sifat malu ini sudah hilang maka manusia akan sanggup melakukan maksiat dan menderhaka kepada Allah kerana ia sudah lupa diri.

Saya bawakan beberapa contoh untuk diteliti, misal katakan kita melihat seseorang tidak menutup aurat, lantas kita mengatakan " oh itu orang tidak takut dosa". Di sini bermakna anda merasai hinanya orang itu kerana tidak menutup aurat tetapi anda lupa mungkin kehinaan anda lebih dari itu.

Misal kedua anda begitu bangga dan ghairah sekali mencegah kemungkaran sehingga sanggup meredah semak samun, hutan belantara kerana mengintai orang buat maksiat, tetapi anda terlupa diri tak larat nak bangun SUBUH atau paling baik pun subuh gajah. Malulah pada diri sendiri.

Kadangkala anda lantang mengutuk dan mencaci siapa saja yang melakukan kemungkaran tetapi dalam masa yang sama anda lupa membaca Al-Qur'an belum pandai lagi. Malulah pada diri sendiri.

Bayangkan kalau Allah siarkan dan paparkan segala perilaku anda zahir dan batin, dahulu dan sekarang dan didedah pula di dada akhbar muka depan apa agaknya reaksi anda?!!! Oh tak tahulah dimana nak disimpan muka yang cantik tu. Ketika itulah baru anda tahu apa itu erti malu.

Pendekata apabila malu sudah hilang maka berlumba-lumbalah manusia menceritakan kebaikan dirinya berceramah disegenap pelusuk alam dan berkumandanglah suara JIHAD tanpa membina syahsiah diri. Malulah pada diri sendiri.

Sesesuatu ketika anda terasa diri mulia sangat dan memandang hina pada orang lain khususnya yang suka buat maksiat tetapi anda terlupa ANDA SENDIRI BELUM MENERIMA SURAT TAWARAN MASUK SYURGA ATAU SURAT PELEPASAN DARI API NERAKA KERANA ITU SEMUA BERADA DALAM GENGGAMAN ALLAH.

Takutlah kepada ALLAH, dan malulah pada diri sendiri.