Monday 3 March 2014

ANTARA SYARIAT DAN BUDAYA

Dalam hal ini Ulama' Tauhid telah membuat garisan dalam katanya:




حقأىقالاشيأ ثابتة والعلم بها محقق



Maknanya kurang lebih "Kebenaran itu sudah pasti, tetapi mengetahui mana satu yang benar menjadi satu kewajipan."

Dalam hal inilah maka pemahaman dan pembelajaran sesuatu itu menjadi wajib. Andaikata anda 
salahfaham atau kurang jelas dalam sesuatu hal maka berlakulah pertikaian pendapat dan boleh membawa pergaduhan.

Antara perkara yang menjadi persoalan ialah mencampuradukkan antara budaya ciptaan manusia dan Agama yang merupakan syariat Allah.

Anda selalu mengatakan agama ialah cara hidup, lantas anda memberi tamsilan berniaga, makan, minum, berkahwin, berperang dan berpolitik  semuanya adalah agama. Berkemungkinan juga anda berpendapat bersukan, muzik, menyanyi juga sebahagian dari agama.

Ya!!!!!! betul agama maknanya cara hidup tetapi anda tidak jelas cara hidup di sisi ALLAH ialah Islam.Andaikata anda gagal memahami mana satu syariaat Allah yang kerananya kita berkorban nyawa anda berkamunkinan mati dalam memperjuangkan budaya.

Adapun cara hidup yang tidak berpandukan Al-Qur'an dan Al-Hadis ia dikira sebagai budaya ciptaan manusia. Bertambah malang kalau ianya dari amalan Yahudi.



Ini juga salah satu amalan dan cara hidup yang wajib dipisahkan oleh penganut Islam.



Tertipulah manusia dalam banyak hal kerana telah mensyariatkan budaya ciptaan manusia atau cara hidup hasil ciptaan dan rekaan akal dimasukkan dalam lingkungan kehidupan Islam.

Bertambah parah lagi bilamana ciptaan akal dan rekaan itu dilabelkan sebagai Islam lantas mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentangnya.

Anda harus sedar setiap amalan atau perkara-perkara yang kita lakukan haruslah dilihat dari sudut kacamata syariat Islam. Dalam banyak hal bilamana amalan itu bukan dari asal syariat Allah dan RasulNya anda berhak menolaknya. Percanggahan dalam amalan yang tidak sesuai dengan syariat bukan sahaja boleh dipisahka malah wajib dipisahkan.

Kadangkala juga berlaku dasarnya Islam tetapi pelaksanaanya tidak Islam. Dalam kaedah Islam setiap hukum Islam ada rukun dan syaratnya yang tertentu. Apabila pelaksanaanya tidak Islam ia perlu ditentang dan wajib dipisahkan.

Ingatlah kawan semua syariat Islam yang suci akan dicemari oleh niat dan pelaksanaan yang tidak suci.

Sebagai contoh saya bawa satu misalan kewajipan berperang anda tidak boleh membunuh musuh dengan  menggunakan racun serangga atau mesin gergaji.