Thursday 6 February 2014

KHILWAT, SULUK DAN UZLAH

Khilwat dan suluk adalah dua istilah yang tidak asing dalam aliran suffi. Ia merupakan satu amalan yang dimestikan kepada setiap ahli yang menjalani kaedah sufisme. Walau bagaimanapun anda harus memahaminya dan menjalaninya sebelum menghukum atau menilai keajaibannya.

Khilwat lebih istimewa dan cara-cara pengamalannya jauh lebih mencabar dari melakukan suluk dan uzlah. Khilwat tidak boleh dilakukan sesuka hati sebelum mendapat keizinan dari guru. Tempat berkhilwat, adat dan tatacara, pantang larang semasa melakukan khilwat hendaklah diikuti dengan baik. Kebersihan tempat, suasana sekitar, taraf keselamatan fizikal, bekalan makanan dan perkara-perkara asas hendaklah disiapkan terlebih dahulu.

TUJUAN BERKHILWAT

Anda harus maklum, dalam alam diri banyak unsur-unsur rohani atau alam maknawi yang sukar dipimpin dengan cara biasa. Ini kerana unsur-unsur ini tidak dapat dilihat dengan mata, tidak dapat dikesan dengan pancaindera dan tidak dapat disentuh oleh deria rasa. Ini saya sebutkan sedikit darinya seperti aqal, nafsu, syahwat, perasaan, hawa, duka, suka, malas, rajin dan berbagai-bagai karekter yang dicetuskan oleh kekuatan unsur dalaman.


Mari saya bawa satu contoh malas sembahyang, bagaimana supaya rajin sembahyang. Anda akan menjawab soalan ini dengan pantas sekali "Oh !!! itu senang je rotan je! atau perbanyakkan kursus solat dan imarahkan masjid atau anjurkan kem-kem solat dan sebagainya.

Andaikata yang tak sembahyang itu anak kita yang sudah besar panjang kalau dimarah, dirotan ia akan lari dari rumah dan sebagainya.

Yang menjadi persoalan sekarang yang malas sembahyang dan yang sukar beribadat kepada Allah itu diri  kita sendiri, hah!! bagaimana?

Kalau ini semua berlaku kita semua menjadi tergamam dan hilang punca dan meraba-raba mencari formula bagaimana untuk mengatasinya.Untuk meneroka dan membongkar rahsia ini anda harus mendalami ILMU MAKRIFAT dan jangan sesekali mencari jalan melalui akal fikiran kita yang singkat.

Sebelum itu anda pasti sedar khilwat, suluk dan uzlah pada hari ini menjadi bahan ketawa, ejekkan dan tidak kurang pula yang tanpa ragu-ragu mengisytiharkan ianya satu cabang dari ajaran sesat.

Permasaahan yang timbul ialah aliran sufi ini telah diajar oleh ulama'-ulama' dahulu dengan cara dan pendidikan melalui guru-guru pondok yang mashyur. Ianya menjadi amalan, ikutan dan satu kaedah thariqat yang berjaya dan memberi kesan positif dalam alam rohaniah( ILMU MAKRIFAT).

Walau bagaimanapun bila ianya diburuk-burukkan oleh segolongan ahli bijak pandai dalam agama kononnya maka keraguan dan penentangan tentang Ilmu ini menjadi peperangan yang sengit.

Jangan dengki, jangan cemburu hati, jangan berdendam dan jangan pula sakit hati terhadap kumpulan ahli sufi dan ajarannya dan cuba berhujjah dengan dalil yang amat kebudakan.

Disini saya bawa satu contoh bangkangan dan hujjah yang boleh membawa kecelakaan kepda si awam "Orang-orang sufi berzikir dan solat dalam hutan, bukankah itu salah dan Nabi tak buat"
 Kalau ini berlaku bermakna anda telah mengharamkan dan membatalkan satu hukum dalam agama yang mana untuk umat Muhammad S.A.W.  Allah memberi keistimewaan bumi ini adalah tempat sujud dan mengingati Allah dengan berzikir.

Pendekata apa saja pandangan, bangkangan dan ajaran tanpa ILMU ia akan membawa kecelakaan.

Hasil penyudahnya dalam sistem dakwah golongan ini akan mereka-reka jalan dan alirannya yang tersendiri seperti dengan menggunakan muzik, nyanyian, bergelak ketawa, nasyid dan qasidah sebagai aliran baru yang dikira sebagai DAI' ALAF baru.

Saya ingin cadangkan pada saudara yang belum dan masih ada keraguan tentang jalan THARIQAT  tolong cuba amalkan kaedah ini:

1). Cari seorang guru Thariqat atau Ahli Sufi yang anda yakini
2). Ikut arahan dan panduan Salikinnya
3). Jangan ada perintah itu bertentangan dengan syariat
4). Anda akan bertemu dengan arahan, suluk, uzlah dan khilwat.
     Jangka masanya tiga hari, tujuh hari dan paling lama empat puluh hari.
     Diantara aturcaranya ialah:
     1. Mencari suatu tempat yang sunyi jauh dari hingar bangar keduniaan
     2. Aturannya ibadah malam, berpuasa sunat, bekalan makanan yang amat sedikit dan pasti halal
     3. Wajib mengikuti semua jadual salikin yang diberi dengan sempurna.

Pendekata setelah menjalani kaedah ini dengan baik maka anda dipersilakan komen dan bangkanglah apa saja yang saudara suka dan sila beri penilaian dimana cacatnya Ilmu ini.  Tetapi sebaliknya kalau anda tidak pernah melaluinya maka saya cadangkan diam adalah lebih baik atau jangan campur urusan SUFISM nanti anda bercakap diluar kotak ilmu THARIQAT.

AMARAN DAN PANTANG LARANG:

JANGAN SEKALI-KALI BERAMAL TANPA GURU DAN JANGAN CUBA-CUBA MEREKA-REKA SENDIRI NANTI AKIBATNYA BURUK SEKALI.