Sunday 2 September 2018

BAHAYA ILMU YANG TIDAK DI REDHAI

Kita banyak mendengar dan mengikuti kuliah-kuliah agama samaada di masjid, di pejabat, di dewan serbaguna atau di kaca TV. Dalam masa yang sama kita tidak pernah terfikir Ilmu siapa yang dia bawa atau siapa yang mengizinkan dia mengalirkan Ilmu itu.





Kadangkala kita terlepas pandang si penceramah itu sebenarnya telah mengambil Ilmu pengetahuan  melalui bacaan buku-buku yang dibeli dikedai-kedai buku, melalui tatapan telinga disiaran-siaran radiao atau TV, melalui program-program ceramah agama dan sebagainya. Kadang-kala juga paling merbahaya sekali melalui pengkajian akal fikirannya yang dipetik dari kitab-kitab tafsir.

Ada juga yang memang melalui pengajian pondok atau berguru khas tetapi Ilmu yang diambil tidak diredhai oleh gurunya dek kerana durhaka atau melakukan salah laku dan melanggar adab murid ketika menuntut Ilmu.


tadarrus di masjid Nabawi



Pengambilan Ilmu hendaklah dikutip melalui sistem pembelajaran khas yang digelar TAKLIMUL MUTAALIM, iaitu adab dan kaedah menuntut Ilmu.

Diantara kaedah-kaedah itu ialah:

1).   Persetujuan dan keizinan  dari guru untuk menjadi muridnya.
2).   Perkhidmatan dan kesetiaan kepada guru pantang sekali unsur durhaka.
3).   Tidak melakukan maksiat dalam masa menuntut Ilmu.
4).   Tidak ada keraguan dan waswas terhadap guru dan kebenaran Ilmu.
5).   Sentiasa mengikuti adab-adab dan syarat-syarat yang diberi oleh guru selagi tidak melanggar syariat.
6).   Mengambil masa yang agak lama dan tidak tergesa-gesa.
7).   Guru yang mengajar tidak terlibat dengan upahan tetap atau makan gaji.
8).   Guru Mursyid.
9).   Niat menuntut Ilmu mencari keredhaan Allah.

Ini adalah diantaranya yang saya utarakan sebagai panduan, ianya jauh lagi dan banyak hal yang perlu dipatuhi.

Andai kata kaedah ini diabaikan atau tidak menepati syarat-syarat penurunan Ilmu Islam maka dikhuatiri berlakunya hilang keberkatan dan Ilmu yang dipelajari sia-sia dan tidak dapat diamalkan.

Untuk penjelasan terperinci dalam hal selok-belok MENUNTUT ILMU ada dirakamkan dalam kitab TAKLIMUL MUTAALIM sebagai rujukkan.

  




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.