Saturday, 1 December 2012

PERBEZAAN ALAM ROHANI DAN ALAM MUSYAHADAH

Alam rohani bermakna alam yang tidak dapat dikesan dengan daya fikiran dan tidak dapat digambarkan dengan lukisan. Ia wujud di Alam Maknawi dalam keadaan yang terlalu jelas seperti kewujudan para Malaikat, Alam Syurga, Alam Neraka dan semua ketetapan Allah terhadap makhlukNya dari azali dalam ketetapan yang muktamad. Alam rohani juga di kenali dengan alam Maknawi, alam Arwah atau lebih masyhur dikenali dengan alam MALAKUT.

Alam musyahadah pula ialah alam nyata yang boleh dilihat dengan mata dan boleh dikesan melalui akal fikiran dan digambarkan dalam wajah yang jelas. Ia wujud dalam alam nyata seperti alamjasad, alam dunia, alam tumbuh-tumbuhan, alam gunung-ganang dan sebagainya. Ia boleh dikaji dengan fikiran dan boleh diterokai dan ini kadang-kadang lebih dikenali dengan kajian sains. Berbeza dengan alam malakut yang mana ia tidak boleh dikaji dengan akal fikiran dan tidak dapat diselidiki dengan ilmu sains.



Saudara tidak sekali-kali dapat menguasai ilmu TAUHID dan ilmu TASAWWUF selagi tidak jelas perbezaan dua alam ini kerana kedua-dua ilmu itu adalah alam rohani dan tersembunyi di sebalik tabir maknawi.

Dari sebab itulah maka ALLAH menghantar RasulNya dari kalangan manusia ( bersifat basyariah )  yang telah dibekalkan tenaga rohani yang tinggi melalui makjizat dan wahyu untuk menjadi alat penghubung antara alam ROHANI dan alam MUSYAHADAH digelar sebagai RASULULLAH.

Walau bagai mana anda tidak mungkin menguasai ilmu ini kecuali menjalani kaedah pembelajaran ilmu TARIKAT. Wassalam.