KEBENARAN DAN KEBATILAN, APAKAH KAYU UKURNYA?

Kalau anda mendengar kuliah agama, atau mendengar ceramah berkaitan Agama Islam, anda akan dapati semuanya akan mengakui dirinya adalah benar.

Ini dapatlah kita umpamakan dengan semua fahaman dan pendokong idealogi politik juga memperjuangkan fahamannya adalah benar.

Para kumpulan orang awam dan masyarakat yang tidak memiliki Ilmu asas agama akan menangkap fahaman dan memilih ideologi mengikut selera masing-masing.

Paling rumit dan bertambah sukar untuk diadili apabila semua penyebar dakwah dan idealogi politik mempertahankan fahaman masing-masing adalah bersumberkan Al-Qur'an dan Al-Hadis.

Pernahkah anda terfikir bagaimana mungkin kalau ada sepuluh lontaran fahaman Islam yang berbeza dan diamalkan oleh masyarakat dalam sepuluh gaya yang berbeza, alangkah gawatnya suasana pada ketika itu dan memungkinkan permasaalahan pada negara.



Saya penuh yakin tidak ada seorang pun yang berjaya membawa semua orang kepada fahaman yang mereka bawa termasuk para Dai, tidak mungkin boleh mengIslamkan seluruh umat menjadi pengikut nya walau ajarannya jelas dari WAHYU ILAHI.

Dan apakah jawapan lojik? Dan bagaimana anda nak jelaskan kepada umum  yang ajaran yang anda bawa adalah benar.

Berbalahlah, berbahaslah dan hujjahlah segunung Ilmu yang anda miliki anda tidak akan menemui jawapannya hanyalah sekadar bertegang leher sahaja.

Jalan keluar dan jawapannya ada dalam kitab tua berwarna kuning yang sudah lusuh disimpan diatas para disebuah podok yang sudah usang. Anda boleh mendapatinya, kebas dan bersihkan habuk-habuknya dan sapukan permukaannya yang sudah pudar. Ianya ada dalam bahasa Arab dan jawi lama.

Di dalam kitab itu akan terbongkar segala rahsia bagaikan simpanan khazanah Sulaiman AlaiHissalam yang tersimpan dibawah mihrabnya.

Bagaikan khazanah harta anak yatim yang tersimpan di bawah tembok besar zaman Khaidhir dan Musa Alaihissalam.

Bagaikan pinggan mangkuk zaman purba yang tersimpan di Gunung Ring.

Bagaikan sebuah jong batu yang ditemui di Sungai Nal Kuala Krai, Kelantan.

Walaubagaimanapun selagi anda terus mengkaji dengan daya fikiran kita yang lemah, mengambil dalil dari ujikaji orientalis barat dan sumber Ilmu dari mulut orang fasiq dan tulisan-tulisan dari para sasterawan anda tetap akan menemui jalan buntu.

Mungkin juga anda berkata ah awak siapa, muftikah, ulama'kah atau PHD syariatkah? Sabar dulu tunggu saya ingin berbicara sekejap.

Di antara yang saudara boleh ambil ukuran ialah lihat setiap tuturan, buah fikiran dan kata-katanya sama atau tidak dengan perbuatannya.

Orang yang jujur biasanya tidak akan mengeluarkan  fatwa dan pandangannya kalau tidak diminta.

Anda juga boleh mencuba dengan meninggalkan beberapa ribu ringgit diatas mejanya dan tunggu sama ada dia bertanyakan anda duit siapa tertinggal atau dia hanya pura-pura tak tahu. Ini kerana kebanyakkan ulama' moden mengejar dunia.

Pendekkata ulama'-ulama' dan pendakwah yang jujur dan berjaya mereka telah diuji dengan wanita cantik, duit emas, pangkat, harta dan kemewahan.sanjunga, maki hamun dan berbagai-bagai fitnah, tetapi mereka laluinya dengan tenang dan tidak gundah gulana. Mereka bergembira dengan itu semua kerana tujuannya ialah mencari keredhaan Allah.

Ini semua teori dan andaian yang sekadar renungan sahaja tetapi untuk mencari yang sebenarnya sukar sekali. 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.