Ini adalah disebabkan Qada', dan Qadar Allah melepasi segala usaha makhluk termasuk Rasul yang mulia dan Iblis yang dilaknat. Iblis tidak akan sekali-kali mampu dan berkuasa untuk membawa hamba Allah yang dijanjikan syurga untuk masuk ke dalam neraka dan Rasul yang mulia pula tidak boleh berusaha menukar hamba Allah yang dijanjikan neraka masuk ke dalam syurga.
Saudara harus memahami kisah ini dengan pengajian tauhid yang terperinci dan berpegang dengan pegangan yang putus, jazam dan waqi'.
Al-Qur'an merupakan sumber rujukan dan asas pegangan umat Islam |
" Wahai Iblis kenapa engkau enggan sujud kepada Adam yang mana ianya perintahKu supaya sujud kepada Adam yang Aku jadikan dengan tangan Ku sendiri " kata Allah.
" Aku dijadikan dari api dan Dia dijadikan dari tanah yang busuk lagi hina " jawab Iblis.
" Ya Iblis atas engkau laknat dariKu sampai ke hari Qiamat " balas Allah S.W.T.
Dengan penuh sombong dan bongkak Iblis menjawab, " Demi kemulian dan kebesaran Mu Ya Allah akan ku hiaskan dunia ini dengan hiburan dan kelalaian dan akan akan ku sesatkan seluruh hamba Mu kecuali hamba-hamba Mu yang ikhlas ". Dengan keagungan dan kebesaranNya Allah menafikan dengan sekeras- keras nya sumpah Iblis tadi ". Bukan semua hambaKu kamu dapat menguasainya dan menyesatkannya, kamu tidak mempunyai kuasa keatas mereka kecuali orang yang telah Aku tetapkan sebagai orang yang sesat " jawab Allah menafikan cita-cita dan sumpah jahat Iblis yang telah dikaburi oleh dendam dan kesombongannya.
Dialog ringkas ini jelas menunjukkan bahawa Iblis tidak mampu nak menukarkan ahli syurga menjadi ahli neraka. Iblis hanya boleh menggoda dan memimpin mereka-mereka yang telah ditetapkan oleh Allah sebagai ahli neraka dan berhimpun menjadi ahli neraka bersamanya Waliazubillah.
Mari kita melihat pula peristiwa yanng berlaku terhadap nabi S.A.W. bilamana Baginda berusaha dan berdoa supaya bapa saudaranya Abu Talib memeluk Islam dan terlepas dari azab api neraka.
"Ya Muhammad Engkau tidak boleh memberi Hidayah kepada orang yang Engkau kasihi akan tetapi Akulah (ALLAH) yang memberi Hidayah kepada sesiapa yang Aku kehendaki " kata Allah. Ini berlaku bila mana Rasulullah meludah dan menyapu seluruh badan Abu Talib agar dapat menghindar dari azab api neraka.
Kalau saudara perhatikan dialog ringkas ini sudah cukup meyakinkan bahawa sesiapa sahaja boleh berusaha tetapi usaha itu tidak boleh memberi bekas. Dalam masa yanng sama kita diingatkan agar jangan rasa daya usaha kita dan kepandaian kita boleh mengubah segala-galanya, kita hanya berusaha dan segala yang berlaku adalah kehendak Allah dan ketentuanNya jua.
Untuk keterangan dan pengajian anda disarankan supaya meneruskan pengajian Ilmu Tauhid lebih-lebih lagi dalam akidah Ahli Sunnah WalJamaah. Wassalam. Selamat menuntut Ilmu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.