Pusat pengajian pondok di Lorong Bistari 2 Puchong
Pembinaan Masjid di Pondok Baituldhuyuf Dabong Gua Musang |
Pusat Pengajian Pondok Baitul Dhuyuf ialah sebuah pondok persendirian yang mengadakan kelas-kelas pengajian untuk orang-orang dewasa. Pengajian di sini menjurus kepada sistem pengajian pondok cara tradisional. Asas-asas fardhu ain dari segi feqah, tasawwuf, tauhid dan membaca Al-Qur'an diperkenalkan. Ianya amat sesuai untuk pemuda dan orang dewasa yang mengejar dan mencari keredhaan ALLAH dan sebagai persiapan hari akhirat.
Kitab-kitab yang digunakan adalah kitab-kitab lama daripada ulama’- ulama’ tersohor yang telah diperakui ratusan tahun lamanya. Kitab-kitab yang digunakan adalah di dalam bahasa Arab dan Jawi. Setiap kitab dipelajari dan dikaji dari muka ke muka dan dibincang secara terperinci.
Kehadiran adalah terbuka kepada semua dewasa lelaki dan wanita yang mempunyai kemahuan dan keikhlasan yang tinggi untuk menghayati ajaran Islam dalam mencari keredhaan Allah untuk diri sendiri dan keluarga.
Pengajian adalah percuma kepada yang ingin mencari ILMU.
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE PONDOK BAITUL DHUYUF:
1) Memiliki kelulusan minimum tamat tingkatan lima, dan digalakkan bagi mereka yang memiliki kelulusan akademik yang tertinggi, atau masih bekerja.
2) Tidak ada rekod jenayah, penagih atau perokok.
3) Bagi yang masih berkerja boleh mengikuti pengajian separuh masa.
4) Bagi pelajar laki-laki berpakaian jubah dan berkupiah serta berserban.
Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan wakil di Pondok yang beralamat;
PONDOK BAITUL DHUYUF,
Km.20, Jalan Dabong Kuala Krai,
Kg. Slow Pak Long,
Kuala Krai, Kelantan.
Antara penuntut yang mengikuti kelas pengajian. |
Ini adalah perlu bagi pembinaan generasi pelapis yang bertaqwa dan permulaan sebenarnya adalah melalui ibubapa kemudian ianya menjadi contoh dan ikutan kepada anak-anak. Kalau pendekatan ilmu dan kesedaran Islam tidak dimulakan melalui ibubapa maka proses pendidikan anak-anak soleh akan menemui kegagalan.
Ciri-ciri pengajian adalah dengan cara pentarbiyahan yang berterusan dan pencernaan di dalam kehidupan seharian. Selain itu pengajian juga menekankan kepada ikatan ukhuwwah Islamiah yang erat dan melahirkan bi’ah (persekitaran) yang soleh. Guru dan murid-murid adalah bagaikan sebuah keluarga yang besar.
Cara Pengajian
1. Guru berada di hadapan dan murid-murid duduk di hadapan menggunakan meja dan kitab masing-masing.
2. Kedudukan murid-murid rapat-rapat dan mengikuti pengajian berdasarkan kitab pengajian yang berkenaan.
3. Soalan dan jawapan adalah berkenaan tajuk yang dipelajari sahaja.
4. Perbahasan dan pelajaran adalah mengikut helaian kitab dari satu tajuk ke satu tajuk.
Anda bertanggungjawab terhadap masa depan Islam dan anak anda
Pengambilan pertama para penuntut InsyaAllah pada January 2017.
HUBUNGI:
Ustaz Hj Yusoff Mohamed,
Tel: 011 - 12864369
(Mengikut alamat yang telah ada)
Pondok tempat penginapan pelajar |
Pengambilan pertama para penuntut InsyaAllah pada January 2017.
HUBUNGI:
Ustaz Hj Yusoff Mohamed,
Tel: 011 - 12864369
(Mengikut alamat yang telah ada)