ANTARA KEPERCAYAAN DAN NASIB

Banyak orang keliru dan mungkin salah faham tentang kepercayaan seseorang tentang nasib yang telah ditentukan oleh Allah dengan kehendak manusia.

Kadang-kadang ada yang begitu yakin yang kejahatan dan kebaikan itu atas pilihan kita. Kita di anugerahkan akal yang boleh berfikir mana baik dan mana buruk kenapa nak disalahkan pada takdir atau nasib.


bermusafirlah melihat tanda kebesaran Allah



Dari sini maka lahirnya fahaman sesuatu perkara kita yang tentukan.kejayaan dan kegagalannya, ini tidak benar. Ini satu ciri fahaman QADARIAH yang mana ia satu fahaman yang sesat.

Jadinya anda perlu fahami kepercayaan ialah satu-satu keyakinan yang lahir dari  cetusan akal yang menterjemahkan SESUATU NASIB.

Saya mithalkan satu contoh, anda ditakdirkan menerima nasib menjadi kaya dan hidup mewah maka Allah akan menghantar satu bisikan suara dorongan anda bekerja dengan lebih tekun dan bermutu.
Dalam masa yang sama Allah bekalkan kepada anda kebijaksanaan, kemahiran berniaga dan ramai kenalan. Dari sini akan mempermudahkan lagi pencapaian cita-cita anda untuk menjadi kaya

Kesimpulannya kaya dan mewah itu satu ketetapan Allah dari Azali, kepercayaan dan usaha itu adalah proses pencapaiannya, dalam Ilmu TAUHID digelar usaha ikhtiar.

Makanya anda akan menyaksikan nasib anda melalui usaha dan keyakinan anda sendiri.

Dalam hal keagamaan pula andaikata seseorang itu ditak dirkan nasibnya bertuah dan menjadi ahli syurga nanti maka Allah akan menghantar bisikan suara Ilham dorongan anda supaya beriman, bertaqwa dan memasukkan keyakinan penuh dalam diri anda terhadap Agama Islam.

Dari sinilah maka anda akan berfikir tentang kebenaran Islam melalui usaha dakwah atau pembacaan buku-buku mungkin.

Jadinya kesimpulan mudahnya ialah ;
Nasib dan ketetapan Allah mendahului usaha kita.!!!!!!!!!!!

Ha ha nah sekarang anda boleh bermain ujian minda dengan kawan-kawan antara ketetapan Allah  atau nasib seseorang  dengan kepercayaan dan usaha seseorang mana yang dahulu?

Anda boleh juga membuat ujian minda ,dalam sesi kehidupan manusia dimulai dengan hidup dulu kemudian mati atau mati dulu baru hidup? Mana yang lebih dulu?

Untuk maklumat saudara tulisan dan panduan ini sekadar membuka rangsangan supaya anda datang ke PONDOK dan mendalami Ilmu ketuhanan dan kemanusian dengan lebih jelas dan terperinci.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.