Saudara dan banyak orang pasti mengagungkan kebijakkan akal fikiran dan menjadikan kekuatan aqal untuk menilai kebenaran. Ini kerana kecerdikanlah yang membezakan darjat dan nilai seseorang.
Ya memang benar itu semua kerana manusia yang bijak telah banyak membantu dalam membangunkan kehidupan duniawi dan kemajuan hidup. Dalam masa yang sama manusia cukup yakin dengan menghukum dan menilai sesuatu khususnya dalam mencari kebenaran AGAMA berdasarkan fikirannya.
Dengan berdasarkan yakin dengan kekuatan fikirannyalah maka manusia merasa bebas memilih, menilai, menghukum dan membuat keputusan sendiri termasuk dalam hal-hal AGAMA.
Imam sedang menunggu makmum untuk solat |
Saudara yang saya kasihi, kebebasan berfikir dalam hal-hal Agama tidaklah macam bebasnya seperti memilih barangan di supermarket. Ia tertakluk kepada aturan dan kaedah syara', yang mengawal dan mengaturselia.
Andaikata manusia ini diberi kebebasan berfikir dan beramal mengikut keyakinan dan fikiran masing-masing nescaya akan lahirlah satu masyarakat rojak campur. Semua orang akan cuba menjual dan menghidangkan buah fikirannya. Apabila ini berlaku maka berlambaklah kedai, warung, khemah dan pasar-pasar malam masing-masing berlumba-lumba membuka gerai menjual buah fikiran masing-masing.
Ada dikalangan mereka yang menjual buah yang sudah masak dan kesukaan ramai, ada yang menjual buah yang baru mengkal, ada yang menjual buah yang masih muda ada yang menjual buah yang sudah busuk. Paling malang lagi ada yang menjual buah-buahan beracun.
Dalam hal ini hati yang bersih sahaja yang akan mengeluarkan buah fikiran yang bersih. Kesucian hati inilah menjadi rahsia dan senjata utama kepada ulama'-ulama' dan para-para wali Allah kerana cetusan buah fikirannya terbit melalui Ilham suci dan bisikan malaikat.
Mereka-mereka yang berpenyakit hati seperti cinta kemasyhuran, gila pangkat, gila nama, gila kekayaan, pendengki, pendendam, penghasut dan sebagainya hanya akan menjual buah beracun dan sesiapa yang memakannya akan membawa kebinasaan.
Kadang-kadang anda terlena mendengar nyanyian indah dari ceramah dan kuliah dari orang sakit ini tetapi dalam masa yang sama sebenar anda sedang dibuai mimpi indah yang tidak memberi kesan dalam alam realiti anda.
Manusia cerdik yang yakin dan bergayut dengan kekuatan fikirannya untuk menilai kebenaran dan membezakan yang hak dan yang batil hanya akan membawa padah pada dirinya dan pengikutnya.
Jalan keluarnya ialah anda dinasihatkan membersihkan hati. Andaikata anda berpendapat jalan ini adalah jumud dan ketinggalan zaman pergilah jauh-jauh dan saya ucapkan selamat berbahagia dalam hayunan buaian impian dan angan-angan.
Ingatlah warna yang indah tidak memberi faedah untuk sibuta, bauan yang yang harum tidak berguna untuk orang yang hidung tersumbat dan kemerduan suara tidak memberi erti bagi sipekak.

Pusat latihan sufi dan hospital pesakit hati |