Guru Mursyid

SIAPAKAH DIA GURU MURSYID DAN TUGASNYA









Diantara ciri-ciri guru mursyid ialah:

(1)  Mengalirkan kasih sayang sepenuhnya kepada murid-muridnya bagaikan seorang ayah kepada anak-anaknya.

انما انا لكم مثل والد لولده؛ رواه ابو داود والنسأىى

Sabda Nabi S.A.W Aku bagi kamu bagaikan seorang bapa dengan anak-anaknya. Bagitulah hubungan Guru dengan murid memimpin kejalan ALLAH bagaikan pemandu pelancong membawa jamaahnya ke kota idaman. Andaikata gurunya tidak memahami jalan atau tersilap jalan maka sesatlah orang-orang yang dibawanya.

فساد كبير عالم متهتك ؛  واكبار منه جاهل متنسك.

Sebagaimana kata syair Arab :
Kerosakan dan kejahatan seorang alim yang jahat amalannya, Malah lebih malang lagi ianya menjadi idola orang yang jahil.



(2)  Sentiasa beristiqamah dalam menjalankan syariat ALLAH. Jangan sekali-kali terdetik dihati untuk mengambil kesempatan terhadap anak muridnya, jauh sekali menganiayainya. Guru harus sedar seseorang akan mengorbankan apa saja yang perlu bila hati sudah terpaut oleh itu pimpinlah mereka dengan penuh keikhlasan.



قال الله تعالى ؛ ويا قوم لأ أسألكم عليه مالا ان أجري الأ على الله؛ هود الأ ية 29

Firman ALLAH TAALA : Wahai kaumKu Aku tidak perlu balasan dan ganjaran dari kamu, melainkan semata-mata memimpin kamu mencari keredhaan ALLAH.

Begitulah ALLAH mengajar Nabinya supaya menjalankan kerja dengan penuh ikhlas dalam memimpin umatnya dan itulah yang sepatutnya disambung oleh para Ulama'.

(3)  Sentiasa memperingati muridnya tujuan menuntut Ilmu jangan kerana nak bermegah-megah dan membuat berbahasan. Guru juga harus memilih tajuk yang sesuai dan mudah difahami oleh murid-muridnya supaya tidak timbul fitnah. Sebagaimana kata Saidina Ali Karramallahuwajhah.

قال على ؛ حدثوا قوما قدر عقولهم

Berilah penjelasan kepada orang ramai sekadar dapat dicapai oleh darjah pemikiran mereka.

(4)  Memberi teguran dan perbandingan contoh yang halus. Jangan menyindir dan memandang rendah kelemahan murid-murid. Guru harus sedar mereka juga perlukan curahan kasih dan perhatian yang sama. Jadikan sirah Nabi dan hikayat ulama’-ulama’ sebagai panduan bagi mereka. Pantang sekali membawa aliran cerita yang boleh membawa persengketaan kerana tujuan aliran suffi adalah mambawa perdamaian.

(5)  Hantarkan kepada murid-murid ilmu Aqidah yang sah dan tidak bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah WalJamaah. Tidak sesuai sekali dan jangan sekali membuka ruang yang luas dalam permasaalahan mazhab nanti akan menimbulkan lebih fitnah.

(6) Sentiasa beramal dengan setiap ajaran yang diberikan kerana PENGAMBILAN ILMU DENGAN MATA HATI DAN AMALAN DITIRU MELALUI PANDANGAN MATA. Maka awas mata jumlahnya amat banyak dan meluas maka pandangan melalui mata menjadi ukuran manusia.

Sebagaimana Firman ALLAH Taala :

قال تعالى ؛ أتأ مرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم ؛ البقره الأية ؛ 44

Yang bermaksud kurang lebih, Apakah kamu menyuruh manusia lain berbuat kebaikan dan kamu lupa tentang diri kamu sendiri.