SIFAT DAN KEHEBATAN SEORANG ULAMA' YANG HAKIKI

Anda pasti terkial-kial mencari atau mengintai siapakah ulama' yang dikatakan pewaris Rasul.
Anda juga pasti bersusah payah mencarinya untuk dijadikan tauladan dalam kehidupan.

Dihadapan anda ada Al-Qur'an dan banyak kitab-kitab hadis yang boleh menjadi panduan dan bahan rujukan. Seorang ulama' watak dan budi pekertinya biasanya tidak lari jauh dari Al-Qur'an dan Al-Hadis. Wataknya juga akan menceminkan akhlak yang terpuji.

Andaikata anda pernah mencari dan menuntut Ilmu agama melalui aliran pondok anda akan bertemu seorang guru dan ulama' yang sedemikian. Ini kerana mereka masih dikelompok Ulamaulamilin.

Dari lidah tutur katanya akan mengeluarkan suara yang amat menyenangkan hati jauh sekali dari maki hamun dan sumpah seranah.

Gaya dan fesyen pakaiannya juga menunjukkan kehebatan dengan jubah, sarban dan rida', yang menampakkan Izzahnya. Jauh sekali memakai kot dan tali leher macam John Lenon.

Sekiranya beliau masuk ke kampung beliau dihormati, dikasehi dan masyarakat berlumba-lumba ingin menghadiahkan sesuatu yang berharga.

Masyarakat dan orang-orang kampung pula menjadikanya sumber rujukan untuk memulakan pertanian, pertunangan, perkahwinan malah meminta nasihat ketika membuat apa-apa permulaan pekerjaan. Apabila melahirkan anak berebut pula untuk meminta menamakan anaknya dengan nama yang elok-elok.


Ulama' bagaikan permata yang sudah hilang



 
 Ulama' juga menjadi lambang perpaduan masyarakat dan berupaya menyelesaikan krisis rumah tangga dan tampil sebagai pendamai dalam krisis masyarakat.

Dalam hal-hal keagamaan pula, ulama' menjadi pemberi kata putus dalam satu-satu permasaalahan hukum.

Pendekkata sesebuah masyarakat akan merasa bangga dan amat bertuah sekali kerana kampungnya ada seorang ulama', malah kadang-kadang dicemburui oleh kampung sejiran.

Kadang-kadang bilamana seorang ulama' singgah dan berhajat untuk mendiami dan bermustautin di sesebuah kampung mereka maka masing-masing berebut untuk menghadiah dan menginfakkan tanah mereka untuk digunaka.

Paling hebat seorang ulama' tidak berminat dengan harta yang anda miliki, tidak gentar dengan cabaran semasa, tidak hairan dan tidak ada cita-cita untuk merebut kuasa dan tidak pernah meminta- minta, dia lebih gemar hidup dengan apa yang ada.

Tugu dan medan peringatan Perang Yarmuk di Jordan.
Alangkah sukarnya mencari seorang ulama' dizaman kerosakan.

Bertuahlah, tahniahlah kepada sesiapa yang bertemu dengannya dan paling bertuah kalau dapat menjadi muridnya. 




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.