Saturday, 2 January 2016

FITNAH DAN UJIAN UMMAH DIHUJUNG ZAMAN

Anda selalu mendengar atau mengikuti kuliah Agama yang memperincikan fitnah-fitnah terhadap penganut Islam diakhir zaman dan tanda-tanda qiamat. Walaubagaimanapun anda tidak akan bertemu dan merasai fitnah itu kecuali anda seorang yang ahli IKHLAS.

Bilamana anda mengamalkan ajaran Islam dengan IKHLAS disana anda akan berdepan dengan kumpulan yang mengamalkan Islam dalam keadaan tidak jujur, jahil dengan Ilmu, salah faham dalam sistem dan aturcara ibadat, fahaman-fahaman yang menyeleweng dan tidak kurang pula yang sanggup mati  atas alasan jihad walaupun musuhnya itu yang seagama dengannya.

Perbezaan mazhab menjadi sebab dan alasan utama bagi mereka untuk hidup berpuak-puak dan menyerang antara satu sama lain.

Ada dikalangan mereka berpegang teguh dengan fahaman sufi dan aliran tarikat yang meragukan dan tidak berasas dengan amalan-amalan yang sumbang.

Ada pula yang berfahaman dengan menyanyi, muzik dan berhibur boleh membawa manusia bertaqarrub kepada Allah.

Ada pula satu golongan yang amat besar pengaruhnya dengan membawa ideologi hanya melalui aliran politik sahaja Islam dapat ditegakkan. Nah banyak lagi fahaman dan anutan yang berbagai-bagai.

Pihak berkuasa menyenaraikan lebih 50 kumpulan ajaran sesat yang dikenal pasti.

Apabila fahaman dan keyakinan ini menjadi pegangan mereka, maka lahirlah satu pakatan besar yang bersetuju dan seia sekata untuk menegakkan sebuah negara Islam. Dalam kata lain kumpulan dan jamaah ini terlalu besar pengaruhnya dan menyeru umat Islam lain bersama kumpulan mereka atas nama jihad.

Paling parah sekali sesiapa yang tidak bersetuju dengan fahaman mereka akan diisytihar perang jihad.

Kesimpulannya peperangan dan pertumpahan darah berlaku antara orang Islam dengan orang Islam tidak dapat dielakkan lagi.

Dalam hal ini pengamal Islam yang IKHLAS lah yang akan menjadi mangsa.

Ya Allah ya Tuhanku!!!!!!!!!! kalau aku berhenti mengajar aku telah mengingkari kewajiban diriku dan melanggar amanah guruku.

Kiranya aku terus berpegang dengan fahaman A.S.W. diluar sana banyak musuhku.

Kiranya aku berkecuali aku dikira sebagai khianat dan lari dari masyarakat.

Kiranya aku kekal dengan pendirianku dan terus mengajar dengan ikhlas aku akan diheret kelembah fitnah dan membinasakan diriku.

Ya Allah ampunilah diriku, lindungilah aku.

Inilah yang dikatakan fitnah yang ianya merupakan suatu kemusnahan besar dan kehancuran dalam menghayati ajaran Islam. Walaubagaimanapun kita semua terperangkap ditengah-tengah masyarakat yang rosak ini.

Saya ada jalan keluar dengan cara saya sendiri. Saya bawa bersama anak dan keluarga saya mencari tempat damai. Perbuatlah apa yang anda suka, dalam kehancuran dan kerosakkan masyarakat yang terlalu besar ini hanya Allah sahaja yang boleh membantu.

PESAN GURU SAYA;

INI ADALAH  ZAMAN  BANYAKKAN BERDIAM DIRI,
DUDUK DALAM RUMAH SENDIRI,
MAKAN LAH , REDHALAH DENGAN SESUAP NASI,
TUNGGU SAJA SAAT KEMATIAN DIRI.

Wassalam.