Sunday, 11 August 2013

PERBEZAAN ULAMA'ULAMILIN DENGAN PENCERAMAH AGAMA

Anda perlu memahami hakikat istilah gelaran dan simbul dalam menterjemahkan syiar Islam dalam bentuk bahasanya seperi zuhud, wara', taqwa, adil, zalim, sabar, redha, ihsan, jazab, kasyaf, ilham, wahyu dan sebagainya yang mana bila ianya tidak jelas maka huraian tentang keagamaan akan tersasar atau terpesong.

Hari ini anda akan diperkenalkan dengan dua istilah besar yang masyhur kebelakangan ini iaitu antara ULAMA'ULAMILIN DAN PENCERAMAH AGAMA.


Ulama'ulamilin di didik melalui gaya hidup yang amat zuhud
 
Anda mungkin terkeliru dan terpesona dengan kepetahan lidah dan susun kata yang cantik disusuli dengan jenaka indah dalam memperkatakan hal agama lantas anda dan ramai orang akan menilai itulah ulama'-ulama' besar zaman kini.

Dalam apa hal pun saudara perlu ada kayu pengukur dalam menilai dan mempastikan sesuatu lebih- lebih lagi dalam urusan agama Islam.

ULAMA'ULAMILIN

Mereka terdiri daripada pelapis-pelapis atau kader-kader yang keluar dari pusat pengajian agama dan menjalani latihan amali yang baik dari segi ibadah, akhlak, pegangan tauhid, kepimpinan, berwatak menyenangkan, wara' dan tidak sombong. Pendekata mereka telah bersedia dengan ciri-ciri sebagai pewaris Nabi yang akan membawa warta Islam sedaya mungkin.

CIRI-CIRI DAN TANDA ULAMA'ULAMILIN

1)  Tutur kata yang lemah lembut dan tidak menyakitkan hati
2)   Berpakaian kemas bersih dan menyenangkan
3)   Sabar dan tidak mudah melenting ketika dicaci dan dihina
4)   Bersifat pemalu dan tidak gemar terlibat dengan aktiviti lalai dan hiburan yang sia-sia
5)   Sentiasa berhubung dengan Allah melalui solat MALAM agar mendapat bantuan Allah dalam urusan agama.
6)    Tidak meminta walau dalam kesusahan dan tidak berdukacita dalam kesempitan
7)    Ucapannya diterjemahkan melalui amalannya
8)   Kesan ajarannya menjadi ikutan
9)   Tidak mengharap kecuali keredhaan Allah.
Itulah sedikit dari ciri-ciri yang boleh kita perhatikan.




Pendidikan rohaniah adalah asas kepada kehalusan budi

CIRI-CIRI PENCERAMAH AGAMA

1)   Cakapnya lantang, menengking dan kadang-kadang marah-marah
2)   Kecewa bila ucapannya tidak mendapat sambutan bagaikan penyanyi yang hilang peminat
3)   Akan membalas cacian dengan cacian malah kadang-kadang membawa kepada dendam
4)   Bersifat ganas, kasar dan tidak malu dalam melakukan perkara sia-sia dan bila ditegur katanya itu strategi dalam berdakwah
5)   Pegangan akidahnya tidak jelas kadang-kadang terkeluar dari pegangan Ahli Sunnah Waljamaah
6)  Tidak bersedia ditegur sekiranya ada kelemahan
7)   Sentiasa mengira-ngira jumlah bayaran lumayan
8)   Menderita ia bila ceramahnya tidak dihadiri ramai orang
9)   Amat mengharap sanjungan dan nilain dari manusia kalau boleh namanya menjadi berita dimuka depan akhbar.

Itulah diantara ciri-ciri penceramah agama.

Walaubagaimana pun itu merupakan kelebihan dan maqam yang Allah beri kepada siapa yang dipilih. Kalau kita berjaya mendapat ulama'ulamilin bermakna kita orang bertuah sebaliknya kalau kita bertemu atau ditemukan Allah dengan penceramah agama bermakna anda sudah mula mendapat perhatian Allah dalam langkah awal.

Pendekkata dalam hal ini Allahlah yang mengaturnya dan Dialah yang maha mengetahui rahsianya.

Kadangkala ulama'ulamilin begitu ceria, gembira, memberi tarbiah kepada muridnya tetapi anda tidak dapat mengesan dirumahnya beras sudah kehabisan, duit yuran anak sekolah belum berbayar, isteri merungut dan bertanya apa yang hendak dimakan esok hari. Ini kerana ia terlalu asyik mengharap Allah memberi hidayah kepada dirinya dan muridnya dan terlindunglah kisah penderitaan dibelakang tabir hidupnya.

Penceramah agama lebih gemar bergaya, mengajak muridnya bergembira ria, gelak ketawa dan terus dibuai  impian indah. Dihadapan garage sana terpacak menjalar kereta mewah bila ditanya milik siapa ini? Ah itulah rezeki yang Allah janjikan pada pejuang agama, jawabnya meyakinkan.

Kisah ini akan berterusan sepanjang zaman. Ini adalah satu rahsia yang ajaib dan makna yang amat tersirat. Ia hanya boleh dikesan dengan Ilmu makrifat.

Demi kebesaran NYA rahsia disebaliknya, Allah tidak akan merasakan kekasihNYA kenikmatan duniawi yang sempit ini kerana nak diganjarkan dengan nikmat SYURGA YANG LUAR BIASA.

Dalam hal ini bila mana anda memilih ALLAH sebagai kekasih dan bersedia menyerah diri padaNYA maka bersedialah pula menerima segala kehendak yang dikasihi. Kadang-kadang si ulama mungkin tidak bersedia meneriama ujian atau penghinaan manusia ini amat merugikan.