Pemberian dan pemilihan siapa yang mendapat anugerah cahaya Iman dan hidayah ini ditetapkan dari azali lagi. Inilah dikatakan Qada dan Qadar.
Walau bagaimanapun pembahagian cahaya ini tidak sama. Ada dikalangan mereka-mereka yang mendapat cahaya yang banyak dan berkekalan. Ada juga yang sedikit dan tidak menentu maka ini semua mengikut kadar yang ditetapkan oleh Allah dari azali lagi.
Adapun Rasul Mursalin mereka ini mendapat keistimewaan dengan anugerah cahaya yang penuh dan sempurna. Maka jadilah golongan ini kumpulan para Rasul yang mulia dan menjadi Pesuruh Allah.
Ada pula yang mendapat bekalan cahaya yang lebih banyak dan besar jumlahnya, maka golongan ini bertaraf Muqarrabin. Golongn ini terdiri dari para sahabat R.A. Syuhada', dan Auliaullah.
Ada pun mereka yang dianugerahkan cahaya yang berkurangan terangnya, maka golongan ini bertaraf Al-Abrar atau Solihin.
Ada pula yang cahayanya malap sekali, hampir-hampir tidak kelihatan, maka golongan ini bertaraf ORANG AWAM. Inilah golongan paling rendah martabatnya dalam Islam.
Ada pun manusia yang langsung tidak diberikan cahaya, maka golongn ini kekallah dengan kekufuran, kepasikan, kemunafikan dan akan diazab oleh Allah kekal abadi. Mereka ini langsung tidak diberi ruang untuk mendapat Rahmat Allah. (Wal ia zubillah).
PEMBAHAGIAN CAHAYA
Cahaya yang dibekalkan oleh Allah dari azali ini akan di simpan di kotak QALBU.
Ia dibahagikan kepada tiga bahagian.
1) Cahayanya bersinar di batin Qalbu dan menyebar luas cahayanya kezahir alam. Cahaya jenis ini membawa rahmat pada dirinya dan seluruh alam maya.
2) Cahayanya bersinar di batin Qalbu dan mengalir perlahan dikulit jasad. Cahaya jenis ini membawa kebaikan pada dirinya dan membantu alirannya pada keluarga dan sahabat terdekat dalam jumlah yang sedikit.
3) Cahayanya tersimpan disuatu petak qalbu dan tidak boleh memancarkan sinarnya. Ianya terbungkus dalam kerangka jasad dan perlukan bantuan yang sewajarnya. Golongan inilah sasaran para ulama' dan para auliaUllah untuk melepas mereka dari penjara jasad dan bebas berfungsi dialam syahadah.
GOLONGAN TERAKHIR IALAH GOLONGAN YANG PALING MERBAHAYA IAITU GOLONG HAKIM-HAKIM BERMATA BUTA MENGADILI KEINDAHAN WARNA CAHAYA!!!.