Walaubagaimanapun kewajipan berada dalam sebuah Jamaah Islam adalah WAJIB. Nabi S.A.W. pernah bersabda mereka yang tidak berada dalam Jamaah bagaikan seekor kambing yang terkeluar dari kumpulan akan menjadi bahan santapan serigala.
Disini saya perturunkan kaedah atau ciri-ciri wajib dalam pembentukan sebuah Jamaah Islam;
1) Seorang pemimpin yang Soleh( Alim)
2) Ketaatan yang tidak berbelah bagi
3) Keselarasan kefahaman
4) Pengorbanan
5) Keikhlasan
4) Pengorbanan
5) Keikhlasan
Guru atau sheikh yang memimpin hendaklah jujur dan tidak ada kepentingan peribadi.
Ilmu agamanya jelas dan tidak ada keraguan.
Apa yang teramat penting dalam hal pembentukan sebuah jamaah ialah penjelasan tentang tujuan dan motif pembentukannya adalah semata-mata mencari keredhaan Allah.
Menggariskan kepentingan Ilmu dan tunjukkan kepada mereka perjalanan Sunnah dan Syariat Islam.
Hendaklah berterusan dalam beramal dan melakukan segala ibadah dalam suasana terpimpin.
Beri peluang kepada yang lemah fikiran untuk memahami dan menghayati Islam dengan lebih sempurna dari semasa ke semasa.
2) Murid atau mereka yang dipimpin hendaklah memberi ketaatan yang tidak berbelah bagi. Andai kata ada keraguan dari kalangan murid-murid, hendaklah diperjelaskan dengan sebaik mungkin dan andaikata ia berlainan pendapat dan menentang maka mintalah ia keluar dari halaqat pengajian dengan cara terhormat.
Ketaatan amat perlu dalam semua gerakkan Islam dan pertubuhan kerana kegagalan pengikut dalam memberi ketaatan akan menghancur-leburkan sesuatu jamaah mahupun sebuah kerajaan.
Adapun hal ketaatan dan perjanjian setia ini sudah menjadi budaya dalam semua Institusi sejak zaman Rasulullah lagi dan ia dikenali dengan BAI'AH.
3) Dari segi kefahaman Islam hendaknya jangan ada yang meragukan, ianya hendaklah jelas dan berpandukan kitab-kitab muktabar. Pastikan dari segi tauhidnya melalui aliran fahaman Abu Hassan Al-Ashaari, dari segi fekahnya Aliran mazhab Imam Al-Syafie, dari segi tasawwufnya melalui aliran fahaman Imam Al-Ghazali.
Pegangan dan aliran mazhab ini amat penting untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan yang merugikan semua pihak.
4) Pengorbanan adalah diantara ciri penting yang perlu dititikberatkan.Sheikh perlu mempastikan tidak ada pembaziran harta dari kalangan orang bawahan malah ianya perlu diawasi agar harta dan pendapatan yang dicari tidak membawa kebinasaan pada diri sendiri. Dari sini aturkan projek yang membentuk kearah saham akhirat seperti membina masjid, membina pondok tempat belajar, asrama, membeli keperluan asas seperti kitab-kitab, membina jalan persekitaran pondok pengajian, jambatan dan sebagainya.
Barang harus diingat banyak dari kalangan manusia akan jatuh cinta dan amat sayang kepada hartanya oleh itu pimpinlah mereka dalam urusselia hartanya supaya tidak membawa kepada kebinasaan dan akhirnya terperangkap dalam mengejar harta dan kedunian sampai membawa kepada kebinasaan diri dan agama.
Dalam hal ini perlu di organise satu perancangan besar dalam pembinaan Harakah, tempat belajar yang sempurna dan pembinaan empire Jamaah yang tersusun rapi.
Disinilah mereka boleh menggunakan segala kemahiran peribadi, kekayaan, pangkat dan kedudukan ditempat yang sebenar.
Secara sedar dan tidak sedar mereka telah menggunakan kekuatan dunia yang dimiliki untuk mendapat keredhaan Allah yang dicari.
5) Keikhlasan
Keikhlasan ialah syarat dan dasar dalam semua ibadat dan urusan kita dengan Allah. Andaikata keikhlasan tidak wujud dalam kamus seorang hamba dengan Allah maka segala pengorbanan dan ibadat sudah tidak berguna lagi.
Barang harus diingat andaikata anda gagal dalam menyediakan syarat-syarat ini jangan hendak menegakkan negara Islam malah untuk mewujudkan sebuah thaifah kecil pun tidak akan tercapai.

Kekuatan Islam hanya boleh dibina melalui kesatuan hati dan fikiran |