Thursday, 10 April 2014

APAKAH FIKIRAN DAN PEGANGAN(MAZHAB) ANDA

Dalam beribadat dan beramal kita pasti mengikut ilmu yang diajar oleh guru dan ulama' yang diyakini. Justeru itu kita wajib bertaklid dengan Mazhab yang kita yakini.

Mungkin dalam mazhab dan pegangan ulama' berbeza-beza, tetapi persoalannya apa fahaman anda.

1). Hukum meninggalkan solat.




Tidak harus tinggal serumah dengan keluarga yang meninggalkan solat
Sheikh Mohamed Bin Soleh Al-Uthaimin(Wahabiyyin)


Mengikut pegangan fahaman WAHABI mereka yang meninggal solat hukumnya KAFIR, MURTAD dan wajib dipisahkan perhubungan keluarganya kerana perkahwinannya batal dan tertalak. Mereka wajib kembali kepada Islam dan Bersyahadah sekali lagi.

2). Hukum Takwil



Kita wajib beriktikad Allah ada dua tangan cuma tidak diketahui tangan yang macam mana
Sheikh Mohamed Soleh Al-Uthaimin (Wahabiyyin)

Dalam hal ayat-ayat mutasyabihah mereka(WAHABIYYIN) tidak diharuskan takwil dan tidak harus ditukar maknanya, kalau tangan maka itulah Tangan Allah.

Itulah fahaman Wahabiyyin yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Waljamaah.


3). Dalam hal meninggalkan solat dari segi fahaman dan pegangan mazhab lain, dosa besar dan wajib bertaubat, tetapi mereka(Wahabiyyun) tetap berfahaman kafir dan murtad.




Pandangan mazhab Lain yang mengatakan meninggalkan solat dosa besar dan tidak kufur


Itulah satu dua perkara sekadar nak memberitahu anda perpisahan fahaman dikalangan mazhab. Jadi anda fahaman apa?




Buku rujukkan Fatwa Sheikh Muhammad Bin Soleh Uthaimin Al-Muqbal Wahabiyyin Al-Taimimi



SEKIAN SELAMAT BERMAZHAB


Monday, 7 April 2014

SIAPA PEMIMPIN ISLAM, SIAPA AULIA'ULLAH

Dalam kecemasan dan kedudukan umat Islam yang yang tertindas, penganut dan umat Islam terus berbunuhan, bercakaran dan berperang sesama sendiri. Apakah ini mala petaka menimpa umat atau umat Islam dan penganutnya terus bertuhankan nafsu syahwat.

Anda dan sesiapa sahaja akan memberi jawaban yang berbeza-beza tentang sebab dan puncanya berlaku demikian. Anda juga tidak terkecuali daripada memberi pandangan dan yang pastinya anda akan berkata oh kerana umat Islam tidah mahu bersatu padu.

Persoalannya sekarang anda dan sesiapa sahaja harus bersetuju dalam apa-apa perlawanan, pertelingkahan, perdebatan dan apa-apa sahaja perbalahan mesti ada pengadilnya. Dalam hal ini Allah tidak lalai dari membuat peraturan perdamaian dan ini jelas melalui perintahNYA "Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasullullah dan juga  pemimpin kamu dari kalangan orang Islam dari kalangan kamu."



Carilah ketenangan mengikut yang anda pilih dan diredhai Allah

Persoalannya sekarang siapa pemimpin anda? Siapa pemerintah dari kalangan anda? Siapa raja? Siapa sultan? Siapa pentadbir umat? Siapa ketua negara? Siapa?!!!!!!! Siapa? Saya pun tak tahu apa yang kita lihat semuanya  menganggap dialah yang layak jadi pemimpin. Justeru itulah umat Islam akan bergaduh, berpecah dan berbunuhan kerana masing-masing tidak bertemu dan terus berebut menjadi pemimpin dan meraba-raba mencari pemimpin.

Dalam persaingan dan kekosongan pemimpin inilah maka muncul jaguh-jaguh dari golongan agamawan, hartawan, cendikiawan, bangsawan dan berbagai-bagai wan lagi mengambil bahagian dalam perebutan ini.

Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu siapa sebenarnya pemimpin Islam kerana senarai calunnya terlalu ramai.

Mungkin juga anda akan berkata kalau begitu apa pandangan saudara tentang persoalan ini, saya akan menjawab menyambung jawapan dari lidah  Rasulullah S.A.W. "TAATLAH KAMU KEPADA PEMIMPIN DARI KALANGAN KAMU WALAUPUN IA SEORANG BADUWI YANG HITAM BERKILAT MACAM TAPAK KUALI TIDAK BERKASUT DAN BERAMBUT KERINTING."

Dalam kancah perebutan pangkat, kemasyhuran, nama, kekayaan, kekuasaan dan sanjungan anda mungkin akan bertemu atau diketemukan oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang hidup tidak berhajat kepada itu semua. Mereka dari kalangan orang soleh, beriman dan bertaqwa tetapi tidak mahu bergelumang dengan keghairahan nafsu dan perebutan duniawi yang membawa kehancuran.

Mereka hidup dengan Allah, berpada dengan apa yang ada, tidak gilakan kuasa, tidak tamak dan sentiasa mengelak dari melakukan dosa. Mereka tidak suka dikenali ramai dan sentiasa berwaspada dari tipu daya dunia. Andai kata anda bertemunya anda akan lihat macam orang biasa. Apabila  anda bertanya dia akan menjawab selamba. Dari riak wajahnya tidak ada tanda dukacita. Apabila anda mengutarakan soalan agama akan dijawabnya dengan gaya tepat dan sederhana. Apabila diajak berbahas dan bertengkar, dia akan cuba mengelakkan diri. TAHUKAH ANDA MEREKA ITU SIAPA?

Sabda nabi S.A.W. "Bagi Allah ada Al-Rijal, sesiapa bertemu dan mendapat perhatiannya, bertuah amat sangat dan tidak akan celaka untuk selama-lamanya."

Dapat dibaca melalui kotak fikiran orang awam macam kita, ah wali kenapa tidak mahu berjuang menegakkan negara? Aduh jauhnya jauh!!!!!!!jauh. Tahukah anda Aulia'ullah tidak masyhur, tidak terkenal, tidak ada berpangkat Dato', Tan Seri, Dato' Paduka, tidak memakai tanjak tinggi di kepala dan tidak ada bintang tersisip didada.

Tahukah anda dizaman Nabi Allah Sulaiman A.S. ada seorang hamba Allah bernama Assaf Bin Bakhtiar yang tidak terkenal membantu Nabi Sulaiman A.S. membawa istana Balqis ke Palestin dalam sekelip mata.

Tahukah anda dizaman Nabi Allah Musa A.S. ada seorang hamba Allah diberitakan namanya Khaidhir yang Allah memerintahkan Musa A.S. berguru dengannya.

Tahukah anda dizaman Rasulullah ada sahabat bernama Abdullah Ummi Maktum yang kerana kurang beri perhatian kepadanya Rasulullah ditegur oleh Allah dan menjadi kenangan seumur hidup Rasulullah sedangkan Dia seorang sahabat yang tidak terkenal, buta matanya dan lemah pemikirannya.

Dizaman Khalifah Umar Al-Khattab R.A. ada seorang manusia paling mulia di langit tetapi tidak terkenal di bumi memakai nama Uwais Al-Qarni menyebabkan Umar R.A. menangis kerananya seraya meminta diberi sebuah kata hikmat untuk kenangannya.

Dizaman Sultan Zainal Abidin yang mashyur di Terengganu ada nama yang menjadi sanjungan manusia begelar Tok Ku Paloh yang hanya mendiami sebuah kampung terpencil bernama Paloh.

Dizaman Sultan Muhammad Mulut Merah 1V ada rakyat biasa yang menjadi idola Sultan bergelar Tok Kenali yang kegemarannya memakai sehelai baju  T, serban yang dibalut ringkas dan berterompah kayu.


Saya pun selalu mengimpikan untuk bertemunya dan mendapat pimpinannya. Anda bagaimana?




هدا الزمان زمان السكون وسكوت البيىوت ورضأ بالقوت حتى تموت




Ini adalah zaman pancaroba, zaman duduk dalam rumah diam-diam dan makan sekadar yang ada sehingga mati menjemput anda.

Itulah kata-kata hikmat yang sentiasa keluar dari mulut guru saya ketika memperingati fitnah akhir zaman kepada murid-muridnya dalam tazkirahnya.