Banyak kata-kata dalam kitab-kitab tua yang tidak difahami oleh orang awam dan ini akan menyebabkan mereka tersalah faham dan menjadi fitnah kepada masyarakat.
Diantaranya:
1). Jazab, qana'ah, kasab, wasil, salik, zuhud, malakut, jabarut, syahadah, musyahadah, lahut, bai'ah, millah, muridin, bidayah, nihayah, haqad, jumud, ibarat, isyarat, rumuz, ladunni, hijab, sitrah, ariff, ar-rijal, riddah, tajalli, takhalli, tahalli dan beribu istilah lagi yang tidak ada cara lain untuk saya beri tahu saudara hanya saranan saya datang dan belajar. Sekian terima kasih.
Kelas pengajian sentiasa diadakan dan terbuka kepada siapa sahaja yang berminat untuk mendalami
ilmu Allah yang maha luas seqadar yang termampulah, dijemput hadir.
Dalam sesi belajar anda akan dapati makna-makna dan istilah-istilah sufi dengan lebih terperinci.
Sistem pembelajaran ala pondok dan kitab- lama akan sentiasa menjadi kitab utama dan ulama'-ulama' muktabar akan sentiasa menjadi sumber rujukan.
Kawasan khas seluas 7 ekar disediakan untuk pengajian pondok dan pusat tarbiah ahli-ahli dan keluarga. Disini saudara akan didedahkan dengan suasana kehijauan hutan, berrehlah, bermukhayyam, beribadat sambil menikmati hasil buah-buahan durian, dokong, cempedak dan di hidangkan dengan masakan kampung yang amat lazat dari chef yang mahir.
Anda tentu minat dan untuk keterangan lanjut sila layari kenali PONDOK atau hubungi pihak yang berkenaan.
Selamat bermujahadah.