Saturday, 2 January 2016

FITNAH DAN UJIAN UMMAH DIHUJUNG ZAMAN

Anda selalu mendengar atau mengikuti kuliah Agama yang memperincikan fitnah-fitnah terhadap penganut Islam diakhir zaman dan tanda-tanda qiamat. Walaubagaimanapun anda tidak akan bertemu dan merasai fitnah itu kecuali anda seorang yang ahli IKHLAS.

Bilamana anda mengamalkan ajaran Islam dengan IKHLAS disana anda akan berdepan dengan kumpulan yang mengamalkan Islam dalam keadaan tidak jujur, jahil dengan Ilmu, salah faham dalam sistem dan aturcara ibadat, fahaman-fahaman yang menyeleweng dan tidak kurang pula yang sanggup mati  atas alasan jihad walaupun musuhnya itu yang seagama dengannya.

Perbezaan mazhab menjadi sebab dan alasan utama bagi mereka untuk hidup berpuak-puak dan menyerang antara satu sama lain.

Ada dikalangan mereka berpegang teguh dengan fahaman sufi dan aliran tarikat yang meragukan dan tidak berasas dengan amalan-amalan yang sumbang.

Ada pula yang berfahaman dengan menyanyi, muzik dan berhibur boleh membawa manusia bertaqarrub kepada Allah.

Ada pula satu golongan yang amat besar pengaruhnya dengan membawa ideologi hanya melalui aliran politik sahaja Islam dapat ditegakkan. Nah banyak lagi fahaman dan anutan yang berbagai-bagai.

Pihak berkuasa menyenaraikan lebih 50 kumpulan ajaran sesat yang dikenal pasti.

Apabila fahaman dan keyakinan ini menjadi pegangan mereka, maka lahirlah satu pakatan besar yang bersetuju dan seia sekata untuk menegakkan sebuah negara Islam. Dalam kata lain kumpulan dan jamaah ini terlalu besar pengaruhnya dan menyeru umat Islam lain bersama kumpulan mereka atas nama jihad.

Paling parah sekali sesiapa yang tidak bersetuju dengan fahaman mereka akan diisytihar perang jihad.

Kesimpulannya peperangan dan pertumpahan darah berlaku antara orang Islam dengan orang Islam tidak dapat dielakkan lagi.

Dalam hal ini pengamal Islam yang IKHLAS lah yang akan menjadi mangsa.

Ya Allah ya Tuhanku!!!!!!!!!! kalau aku berhenti mengajar aku telah mengingkari kewajiban diriku dan melanggar amanah guruku.

Kiranya aku terus berpegang dengan fahaman A.S.W. diluar sana banyak musuhku.

Kiranya aku berkecuali aku dikira sebagai khianat dan lari dari masyarakat.

Kiranya aku kekal dengan pendirianku dan terus mengajar dengan ikhlas aku akan diheret kelembah fitnah dan membinasakan diriku.

Ya Allah ampunilah diriku, lindungilah aku.

Inilah yang dikatakan fitnah yang ianya merupakan suatu kemusnahan besar dan kehancuran dalam menghayati ajaran Islam. Walaubagaimanapun kita semua terperangkap ditengah-tengah masyarakat yang rosak ini.

Saya ada jalan keluar dengan cara saya sendiri. Saya bawa bersama anak dan keluarga saya mencari tempat damai. Perbuatlah apa yang anda suka, dalam kehancuran dan kerosakkan masyarakat yang terlalu besar ini hanya Allah sahaja yang boleh membantu.

PESAN GURU SAYA;

INI ADALAH  ZAMAN  BANYAKKAN BERDIAM DIRI,
DUDUK DALAM RUMAH SENDIRI,
MAKAN LAH , REDHALAH DENGAN SESUAP NASI,
TUNGGU SAJA SAAT KEMATIAN DIRI.

Wassalam.




    

 

Monday, 16 November 2015

KAEDAH PENGUASAAN ILMU HAQIQAT


Banyak dikalangan kita ambil mudah dan pandang remeh terhadap Ilmu Haqiqat kerana mereka tidak menguasai dan tidak memahaminya mungkin.

Disini harus kita fahami dengan teliti bahawa Ilmu ini tidak mungkin dapat dimiliki melalui pembelajaran biasa dan guru feqah yang lemah. Ia perlu diambil melalui guru sufi yang mursyid dengan kaedah yang tersusun rapi.



Ilmu wajib dipelajari dengan berguru

Di antara kaedah awal mempelajari Ilmu ini ialah ikatan perjanjian pengajian dengan seorang guru yang layak dan  telah melepasi ujian sufism yang dilatih khas oleh gurunya dan mendapat keizinan untuk diajar kepada penuntut lain.

Guru Tariqat atau Haqiqat umurnya wajib melepasi 40 tahun keatas dan biasanya bergelar sheikh. Ia nya hendaklah mahir dalam bidang ilmu kerohanian dan memahami selok belok pembersihan HATI dan sihat fikirannya dalam memahami akidah Ahlussunnah Waljamaah.

Di antara langkah awal yang perlu dilalui ialah;

1)  Berhenti daripada melakukan maksiat sama ada dosa besar dan dosa kecil serta merta.
2)  Tidak meninggalkan ibadah asas dan memiliki ilmu feqah yang sempurna.
3)  Mempastikan sentiasa memakan makanan yang halal dan elakkan memakan makanan syubhah.
4)  Berpuasa sunat untuk pembersihan diri.
5)  Melakukan infak dan zakat untuk pembersihan harta.
6)  Diwajibkan mengikuti kelas atau majlis ilmu untuk mendalami ilmu feqah dan amalan harian.
7)  Perlu mendapat keizinan dan persetujuan bersama dengan guru yang berkenaan.
8)  Tidak tunduk dengan kehendak isteri seharusnya bersifat sebagai AL-RIJAL.

Dalam mengamal dan menjalani ilmu ini tidak perlu berhujah panjang lebar dan mencari bukti dan sebanyak-banyak dalil apa yang penting ialah konsisten beramal, banyak berpuasa sunat, ibadat malam yang berterusan dan berkekalan dalam ibadah.






Guru sufi berkuasa penuh terhadap penyusunan dan kaedah penyampaian ilmu dan tidak boleh terpengaruh dengan cadangan luar yang bercanggah dengan aliran sufi khususnya dari fahaman wahabi.

Murid-murid dan pengikut yang ada keraguan dan gemar melanggar peraturan perlu dikeluarkan dengan kadar segera, ini bagi mengelakkan mempengaruhi dan mencetuskan persepsi buruk dikalangan murid-murid yang lain.

Kewajipan seorang guru sufi memimpin dan mendidik muridnya dalam semua aspek. Ianya merangkumi akhlak peribadi, penggunaan harta dan kewangan, mendidik isteri, cara berpakaian, dan mempastikan kehidupannya berjalan atas dasar syariat.

Setiap murid dan para penuntut ilmu Hakikat tidak boleh sekali-kali berkecil hati dan jauh sekali berdendam terhadap gurunya bila ditegur atau dimarahi. Ini kerana ia bertujuan semata-mata mencari keredhaan Allah. Barang harus diingat seorang guru sufi tidak ada cita-cita dan kepentingan peribadi selain dari menuntut dan mencari keredhaan Allah.

Andaikata kaedah atau prinsip-prinsip yang diberi ini tidak dihayati sepenuhnya anda bolehlah melupakan untuk menguasai ilmu hakikat.

Walaubagaimana pun kegagalan menguasai ilmu ini tidak menjejaskan keislaman seseorang ia kekal mendiami status orang awam tetapi ia tidak layak sekali-kali memimpin manusia lain. Bagaimana mungkin anda boleh  memimpin orang lain dalam kedudukan anda yang gagal memimpin diri sendiri.



 

Thursday, 7 May 2015

JADUAL PENGAJIAN DI BAITUL DHUYUF





HARI                   KULIAH MAGHRIB                                                   KULIAH SUBUH

Isnin                      Taalim Mutaalim                                                        Al-Qur'an
                               (Kaedah dan Adab Perguruan)                                 (Makhraj,Tajwid,Tafsir)
                               Pengarang: Sheikh Sarnuji

Selasa                     Al-Hikam                                                                  Al-Qur'an
                               (Tasauf)                                                                     (Makhraj,Tajwid,Tafsir)
                               Pengarang: Sheikh Ibnu Atthoillah

Rabu                      Durussamin                                                               Al-Qur'an
                              (Tauhid)                                                                     (Makhraj,Tajwid,Tafsir)
                              Pengarang: Sheikh Daud Abdullah Al- Fathani

Khamis                 Jauhar Mauhub                                                           Al-Qur'an
                             (Kitab Fadhilat)                                                          (Makhraj,Tajwid,Tafsir)
                             Pengarang: Imam Sayuti

Jumaat                  Minhajul Abidin                                                         Al-Qur'an
                             (Tasauf)                                                                       (Makhraj,Tajwid,Tafsir)
                             Pengarang: Imam Al-Ghazali

Sabtu                    Al-Wafi (sharah Matan Arbain)                                   Al-Qur'an
                             (Hadis)                                                                          (Makhraj,Tajwid,Tafsir)
                             Pengarang: Imam An-Nawawi

Ahad                    Siarus Salikin                                                               Al-Qur'an
                             (Tasauf)                                                                        (Makhraj,Tajwid,Tafsir)
                             Pengarang: Sheikh Abdul Samad Al-Palembani



                                                                                                                  

















                                    

Monday, 4 May 2015

ULAMA' DUNIA, ULAMA' AKHIRAT

Dari pengamatan orang awam macam saya yang jahil ini melihat perkembangan dan trend ulama' atau Ilmuan Islam diakhir-akhir ini ada dua model. Dalam dua model ini terbit dua tabiat dan dua watak yang berbeza.

Walau bagaimana pun kita hormati mereka sebagai ulama' dan Ilmuan Islam. Mereka-mereka ini atau Ulama' dan cendikiawan Islam ini masing-masing menghamburkan Ilmu Allah keseluruh pelusuk alam dengan gaya dan iramanya yang tersendiri. Gerak gempur mereka dalam penyebaran Ilmu penuh dengan lakunan dan idea-idea baru yang memungkinkan mendapat tempat dihati pendengar.

Dalam hal ini para peminat ilmu dan pendengar akan mengejar, memilih dan memuja ulama' pilihan mereka atas nama cintakan Ilmu. Kadang-kadang pendengar dan peminat setia mereka boleh mencecah satu juta.


Sipenceramah pula akan menggunakan teknik penyampaian ilmunya dengan cara yang berbeza-beza. Ada yang mempamerkan pakaian yang indah-indah, ada yang memperdengarkan suaranya yang merdu dengan diiringi lagu-lagu, ada yang berlawak jenaka, ada juga yang mempersembahkan cerita-cerita kartun yang tak masuk akal, ada juga yang menggunakan alat muzik. Ini semua kononnya bertujuan menarik minat orang ramai kepada Islam.

Ada juga Ilmuan Islam yang menyampaikan siri dakwahnya dengan suara yang amat lantang sekali. Mereka menjerit melolong menentang kemungkaran dan kefasikan bagai halalintar. Semangat dan bahang jihadnya membara bagai seorang jeneral ditengah medan peperangan.

Pentas ceramah akan dihiasi dengan lampu berwarna-warni yang menakjubkan. Para cendikiawan Islam, pendakwah, ulama'-ulama' mengidam untuk menghiasi pentas itu. Persaingan untuk menduduki pentas dakwah yang indah itu amat sengit sekali sampai ketahap pergaduhan, lebih-lebih lagi kalau imbuhannya tinggi.

Ada pula segelintir Ilmuan Islam dan penyebar dakwah islamiah menyampaikan ilmu dengan penuh merendah diri. Mereka selalu menggunakan kitab-kitab jawi lama sebagai rujukan. Tidak menghias diri dan menjual suara. Mereka tenang dalam menyampaikan mesej dakwah Islamiah. Kadang-kadang adalah sedikit bayaran, ada masa tidak ada.

Ulama'-ulama' ini tidak celupar mulutnya, menjawab soalan yang ditanya dan tidak menjawab soalan yang dia tidak tahu. Dia akan mengajar setiap yang hak dan menentang semua yang batil. Andaikata ia tidak digemari dia akan berundur diri dengan rela hati.

Ulama' sebegini keluar pagi mencari rezeki dengan menoreh getah, bertani, berniaga dan sebagainya.
Hidup mereka sederhana sekali tidak dengki dan iri hati jauh sekali dari benci membenci. Siapa sahaja bertemunya amat senang sekali. Kalau nak dinisbahkan Ilmunya dengan ulama'-ulama' moden jauh panggang dari api. Yang paling menakjubkan ulama' ini tidak bergantung hidupnya pada makhluk. Ia sentiasa puas dengan Tuhannya, tawakkal dan ketaqwaannya menjadi kebanggaan orang mukmin. Kalau anda bertemu dengannya sampaikan salam saya padanya, saya ingin bertemunya.

Tapi dimana ??????????


Sunday, 15 March 2015

AHLI SUNNAH WALJAMAAH

Siapa ASWJ menjadi satu rebutan dan banyak kumpulan dan Jamaah mengaku kumpulannya ASWJ.
Ini adalah dari susulan Nabi S.A.W. memberi panduan umatnya akan berpecah kepada 73 puak dan satu puak sahaja yang akan memasuki syurga.

Dari sinilah timbulnya persaingan dan perselisihan yang banyak kerana semua umat Muhammad ingin memasuki syurga Allah. Dalam masa yang sama mereka berbunuhan sesama sendiri dan tuduh menuduh, kafir mengkafir antara satu sama lain, caci mencaci, benci membenci sampai tahap menghina sesama Islam.

Alangkah anehnya makin ghairah mencari kebenaran dan keredhaan Allah makin jauh tersasar dari jalan Allah.

Anda dan saudara yang saya kasihi sekalian jangan terpesona dengan dasar dan slogan Islam yang meragukan, berpeganglah kepada ajaran Al-Qur'an dan Sunnah Nabi S.A.W.

Dalam hal ini Ulama'-ulama' ASWJ menggariskan jalan yang benar itu ialah berpegang kepada;

1) Al-Qur'an
2) Al-Hadis
3) Ijma'
4) Al-Qias

Saudara boleh melengkapkan Ilmu dengan mempelajari Ilmu Al-Qur'an dan tafsirnya. Ilmu hadis dan huraiannya. Ilmu-ilmu alat seperti ilmu feqah, ilmu nahu, ilmu tasawwuf dan sebagainya. Dengan itu saudara jadikan ilmu yang saudara pelajari itu sebagai kayu pengukur. Andai kata ada perkara-perkara yang bercanggah dengan hukum hakam Al-Qur'an, dan tidak kena pula dengan warid hadis, atau tidak kedapatan dalam amalan ulama'-ulama' muktabar maka ketika itu anda harus ragui ke atas sesuatu ajaran dan amalan bersabit dengan Agama Islam.


Dalam majlis pengajian saudara boleh bertanya dan berbincang



Masaalah besar yang timbul ialah ilmu tidak seberapa, pengajian ilmu alat terlalu cetek, penguasaan bahasa arab diragui, akhlak dan shaksiah diri terlalu rendah maka dalam kedudukan ini bagaimana mungkin anda berjaya memisahkan antara yang hak dan yang batil.

Dalam hal minat dan bersungguh-sungguh dalam dakwah adalah satu kebaikan yang perlu dibanggakan tetapi berdakwah dalam kedudukan diri dalam kejahilan adalah satu kerosakkan besar pada diri dan masyarakat.

Apa yang ditakuti sekali ialah sipenyebar agama atau pendakwah menjadikan kerja agama ini sebagai satu sumber rezeki maka akhirnya terperangkap dalam lembah ria'.

Atau barangkali hati yang belum suci dan bergelumang dengan mazmumah akhirnya terperangkap dalam lembah  tipudaya nafsu dan beralih niat  mengejar mencari kemasyhuran.

Kerap kali juga kita mendengar berita si pendakwah ditangkap khalwat, terlibat dengan rasuah, melakukan jenayah, malah ada yang mengekalkan dosa kecil dan lebih parah lagi ada yang melakukan dosa besar. 

Pendekkata pengakuan diri dikedudukan orang suci, mengaku alim, menjual agama untuk membeli dunia dan pada dirinya ada tanda fasiq tak payahlah mencebur diri dalam bidang dakwah.

Kalau ilmu Islam tidak lengkap, kefahaman masih ditahap rendah, bagaimana anda boleh menghukum dan mengenal pasti siapa ASWJ.

Cadangan saya untuk meluluskan diri dari terjerumus kelembah kesesesatan dan ditawan oleh pendakwah yang jahil anda hendaklah menghabiskan masa dengan menuntut Ilmu dari mana-mana guru yang masih hidup. Kata orang tua-tua hendaklah berguru. Berguru tidak sama dengan mendengar ceramah kerana ia ada kaedah dan cara-cara yang tersusun rapi.

Andaikata anda tidak memagari diri anda dengan Ilmu, anda akan mengaku ASWJ dalam kedudukan tidak benar.

Anda mengaku ASWJ dalam masa yang sama memuja fahaman Syiah.

Anda mengaku ASWJ dalam kedudukan fahaman MUKTAZILAH.

Anda mengaku ASWJ dalam situasi QADARIAH.

Paling menakjubkan lagi menentang fahaman WAHABAYYIN dalam keadaan anda sendiri pengamal ajaran WAHABI.

Ini semua berlaku disebabkan tidak berguru dan gemar mengambil Ilmu dari sumber bacaan dan berpegang dengan hasil tulisan dan karya.



Sudah-sudahlah, peluang belajar masih terbuka luas, selamatkan diri dan keluarga sendiri dari azab Allah. Selamat berjuang menuntut Ilmu. 


Monday, 23 February 2015

KESUCIAN HATI MENGATASI KECERDIKAN AQAL

Saudara dan banyak orang pasti mengagungkan kebijakkan akal fikiran dan menjadikan kekuatan aqal untuk menilai kebenaran. Ini kerana kecerdikanlah yang membezakan darjat dan nilai seseorang.

Ya memang benar itu semua kerana manusia yang bijak telah banyak membantu dalam membangunkan kehidupan duniawi dan kemajuan hidup. Dalam masa yang sama manusia cukup yakin dengan menghukum dan menilai sesuatu khususnya dalam mencari kebenaran AGAMA berdasarkan fikirannya.

Dengan berdasarkan yakin dengan kekuatan fikirannyalah maka manusia merasa bebas memilih, menilai, menghukum dan membuat keputusan sendiri termasuk dalam hal-hal AGAMA.

Imam sedang menunggu makmum untuk solat

Saudara yang saya kasihi, kebebasan berfikir dalam hal-hal Agama tidaklah macam bebasnya seperti memilih barangan di supermarket. Ia tertakluk kepada aturan dan kaedah syara', yang mengawal dan mengaturselia.

Andaikata manusia ini diberi kebebasan berfikir dan beramal mengikut keyakinan dan fikiran masing-masing nescaya akan lahirlah satu masyarakat rojak campur. Semua orang akan cuba menjual dan menghidangkan buah fikirannya. Apabila ini berlaku maka berlambaklah kedai, warung, khemah dan pasar-pasar malam masing-masing berlumba-lumba membuka gerai menjual buah fikiran masing-masing.

Ada dikalangan mereka yang menjual buah yang sudah masak dan kesukaan ramai, ada yang menjual buah yang baru mengkal, ada yang menjual buah yang masih muda ada yang menjual buah yang sudah busuk. Paling malang lagi ada yang menjual buah-buahan beracun.

Dalam hal ini hati yang bersih sahaja yang akan mengeluarkan buah fikiran yang bersih. Kesucian hati inilah menjadi rahsia dan senjata utama kepada ulama'-ulama' dan para-para wali Allah kerana cetusan buah fikirannya terbit melalui Ilham suci dan bisikan malaikat.

Mereka-mereka yang berpenyakit hati seperti cinta kemasyhuran, gila pangkat, gila nama, gila kekayaan, pendengki, pendendam, penghasut dan sebagainya  hanya akan menjual buah beracun dan sesiapa yang memakannya akan membawa kebinasaan.
Pusat latihan sufi dan hospital pesakit hati

Kadang-kadang anda terlena mendengar nyanyian indah dari ceramah dan kuliah dari orang sakit ini tetapi dalam masa yang sama sebenar anda sedang dibuai mimpi indah yang tidak memberi kesan dalam alam realiti anda.

Manusia cerdik yang yakin dan bergayut dengan kekuatan fikirannya untuk menilai kebenaran dan membezakan yang hak dan yang batil hanya akan membawa padah pada dirinya dan pengikutnya.

Jalan keluarnya ialah anda dinasihatkan membersihkan hati. Andaikata anda berpendapat jalan ini adalah jumud dan ketinggalan zaman pergilah jauh-jauh dan saya ucapkan selamat berbahagia dalam hayunan buaian impian dan angan-angan.

Ingatlah warna yang indah tidak memberi faedah untuk sibuta, bauan yang yang harum tidak berguna untuk orang yang hidung tersumbat dan kemerduan suara tidak memberi erti bagi sipekak.


Monday, 26 January 2015

ISTILAH DAN BAHASA SUFI YANG WAJIB DIFAHAMI

Banyak kata-kata dalam kitab-kitab tua yang tidak difahami oleh orang awam dan ini akan menyebabkan mereka tersalah faham dan menjadi fitnah kepada masyarakat.

Diantaranya:

1).  Jazab, qana'ah, kasab, wasil, salik, zuhud, malakut, jabarut, syahadah, musyahadah, lahut, bai'ah, millah, muridin, bidayah, nihayah, haqad, jumud, ibarat, isyarat, rumuz, ladunni, hijab, sitrah, ariff, ar-rijal, riddah, tajalli, takhalli, tahalli dan beribu istilah lagi yang tidak ada cara lain untuk saya beri tahu saudara hanya saranan saya datang dan belajar. Sekian terima kasih.


Kelas pengajian sentiasa diadakan dan terbuka kepada siapa sahaja yang berminat untuk mendalami
ilmu Allah yang maha luas seqadar yang termampulah, dijemput hadir.


Dalam sesi belajar anda akan dapati makna-makna dan istilah-istilah sufi dengan lebih terperinci.

Sistem pembelajaran ala pondok dan kitab- lama akan sentiasa menjadi kitab utama dan ulama'-ulama' muktabar akan sentiasa menjadi sumber rujukan.


Kawasan khas seluas 7 ekar disediakan untuk pengajian pondok dan pusat tarbiah ahli-ahli dan keluarga. Disini saudara akan didedahkan dengan suasana kehijauan hutan, berrehlah, bermukhayyam, beribadat sambil menikmati hasil buah-buahan durian, dokong, cempedak dan di hidangkan dengan masakan kampung yang amat lazat dari chef yang mahir.

Anda tentu minat dan untuk keterangan lanjut sila layari kenali PONDOK atau hubungi pihak yang berkenaan.

Selamat bermujahadah.