Saturday, 5 January 2013

BERIMAN DENGAN PERKARA GHAIB

Anda selalu mendengar perkataan IMAN dan makna Iman ialah percaya kepada perkara ghaib, orang- orang yang percaya kepada perkara ghaib digelar orang BERIMAN.

Apa yang menjadi persoalan ialah apa itu perkara ghaib. Maksud ghaib disini ialah persoalan aqidah seperti adanya Allah, malaikat, syurga, neraka, loh mahfuz, arasy, kursi, alam barzakh dan alam akhirat.

Dalam masa yang sama menolak adanya kuasa ghaib seperti kuasa jin, bomoh, karamat kubur, jampi serapah dan lain-lain yang boleh membawa kepada kekufuran. Ini amat merbahaya.

Persoalan juga akan timbul bagaimana mungkin kita sebagai manusia biasa dapat menguasai, memahami dan dapat berkomunikasi dengan hal dan perkara-perkara ghaib sedang kita berada di alam nyata.

Disinilah timbulnya konflik fahaman dan kepercayaan yang membawa kepada perpecahan pegangan dan memisahkan manusia dengan sempadan Agama dan kepercayaan masing-masing. Amat merbahaya lagi penganut-penganut Agama masing-masing akan mempertahankan keyakinannya sampai ketitisan darah terakhir.

Kadang-kadang berlaku juga perselisihan fahaman dalam satu Agama yakni digelar mazhab. Paling merbahaya lagi apabila terlalu taksub dan yakin dengan kefahamannya sendiri, mereka akan mempertahankannya dan sanggup berperang dan berbunuhan sesama sendiri. Inilah manusia.

Allah S.W.T. melalui lidah RasulNya merungkai hal ini dan membuka rahsia, nun jauh di sana ada Alam Malakut, Alam Jabarut dan Alam Syahadah.

Walau bagaimanapun ia terlalu jauh untuk dicapai oleh pancaindera manusia, maka Allah mengalih arah supaya kita mengkaji pada diri kita sendiri. "Dalam diri kamu sendiri kenapa tidak kamu perhatikan".




Nah sekarang mari kita bincang bagaimana cara gerakan dari Alam Malakut kepada Alam Jabarut dan di terjemahkan ke Alam Syahadah (Alam nyata) yang berlaku dalam diri kita.

Perbincangan dan kupasan ini agak sukar untuk direalisasikan maka saya cadangkan anda mengikuti kelas- kelas pengajian khusus dan berhati-hati dalam hal ini.

Wassalam.

Saturday, 1 December 2012

PERBEZAAN ALAM ROHANI DAN ALAM MUSYAHADAH

Alam rohani bermakna alam yang tidak dapat dikesan dengan daya fikiran dan tidak dapat digambarkan dengan lukisan. Ia wujud di Alam Maknawi dalam keadaan yang terlalu jelas seperti kewujudan para Malaikat, Alam Syurga, Alam Neraka dan semua ketetapan Allah terhadap makhlukNya dari azali dalam ketetapan yang muktamad. Alam rohani juga di kenali dengan alam Maknawi, alam Arwah atau lebih masyhur dikenali dengan alam MALAKUT.

Alam musyahadah pula ialah alam nyata yang boleh dilihat dengan mata dan boleh dikesan melalui akal fikiran dan digambarkan dalam wajah yang jelas. Ia wujud dalam alam nyata seperti alamjasad, alam dunia, alam tumbuh-tumbuhan, alam gunung-ganang dan sebagainya. Ia boleh dikaji dengan fikiran dan boleh diterokai dan ini kadang-kadang lebih dikenali dengan kajian sains. Berbeza dengan alam malakut yang mana ia tidak boleh dikaji dengan akal fikiran dan tidak dapat diselidiki dengan ilmu sains.



Saudara tidak sekali-kali dapat menguasai ilmu TAUHID dan ilmu TASAWWUF selagi tidak jelas perbezaan dua alam ini kerana kedua-dua ilmu itu adalah alam rohani dan tersembunyi di sebalik tabir maknawi.

Dari sebab itulah maka ALLAH menghantar RasulNya dari kalangan manusia ( bersifat basyariah )  yang telah dibekalkan tenaga rohani yang tinggi melalui makjizat dan wahyu untuk menjadi alat penghubung antara alam ROHANI dan alam MUSYAHADAH digelar sebagai RASULULLAH.

Walau bagai mana anda tidak mungkin menguasai ilmu ini kecuali menjalani kaedah pembelajaran ilmu TARIKAT. Wassalam.

Wednesday, 20 June 2012

KEWAJIPAN MENGIKUT IMAM MAZHAB DAN IMAM YANG MUKTABAR.


Assalamualaikum saudara Ahli Sunnah Waljamaah.

Fahaman dan Iktiqad ini adalah menjadi pegangan dan keyakinan A.W.J. bagi mereka yang bukan ahli Sunnah Waljamaah diminta menghormati  dan bergembiralah dengan pegangan anda.

Kita adalah wajib bertaklid dan mengikut ajaran yang dibawa oleh Ulamaul Amilin kerana mereka semua dari golongan pemimpin Umat yang bertaraf ADIL.

Kemudian Imam-Imam pimpinan umat ini terbahagi tiga:

1)   Mereka yang mahir dalam Ilmu hukum(Fekah) dan mengambil dalil dari Al-Qur'an dan hadis melalui lautan ilmunya. Yang paling masyhur dikalangan mereka ialah Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam AsShafie dan Imam Hambali.semua mereka itu sentiasa di bawah petunjuk dan Hidayah Allah dan mengikut atau bertaklid salah satu daripada mereka adalah WAJIB. Ini adalah bertepatan dengan Firman A.S.W.



قال اللة تعالى > فأسألوا اهل الذكر أن كنتم لا تعلمون


yang bermaksud kurang lebih. Maka hendaklah kamu bertanya kepada orang yang lebih mengetahui andai kata kamu tidak mampu. Para ulama' bersepakat dengan ijmak tidak boleh bertaklid selain Mazhab yang empat ini. Ini adalah disebabkan ulama'- ulama' yang terkemudian tidak menepati syarat-syarat sebagai pemimpin Mazhab.

Dalam hal ini saudara-saudara jangan sekali-kali terpesona dengan pengakuan ulama'-ulama' akhir zaman yang mengaku dirinya adalah pengamal AlQur'an Dan Sunnah dan mengakui ia lebih faham dalam masaalah Agama jangan sekali-kali anda terpedaya malah ia merupakan pembawa kemudaratan dalam hal Agama.
Ini adalah disebabkan ulama akhir zaman tidak termasyhur ilmu nya, taqwanya dan keadilan nya lebih lebih lagi berada di zaman fasiq,kehancuran dan fitnah Agama yang terlalu besar.

Kesimpulan ialah mereka ulama' akhir zaman tidak cukup syarat untuk menjadi MUJTAHID.

2)  Pemimpin Umat yang terkenal dan amat masyhur dalam bidang Ilmu Tauhid seperti Imam Abu Hasan Alasyari dan Abu Mansur Almaturidi yang berjaya menewaskan fahaman-fahaman yang menyeleweng di zamannya dan berjaya meletakkan fahaman Ahli Sunnah Waljamaah kelandasan yang sebenar.

3)   Pemimpin Umat yang terkenal dan masyhur dalam bidang Ilmu pembersihan Jiwa dan penyucian hati yanng berjaya memperinci garis panduan dan dasar dalam bidang Ilmu keruhanian seperti Abu Yazid Albustami, Syed Muhammad Bahauddin Alnuqsyabandi, Junaid Albahgdadi, Hujjatul Islam Imam AlGhazali, Makrup Alkhuraqi, Syed Abdul Qadir Jailani dan semua mereka ini adalah SUFI dan mengikut ajaran mereka adalah FARDHU kerana mereka hanya memimpin manusia kepada TAQWA.
Untuk maklumat saudara semua ahli sufi mahir dalam Ilmu Feqah dan Tidak semua Ulama' Fekah mahir bidang sufism.




PERHATIAN KEPADA SAUDARA SAUDARA YANG BERMINAT DALAM ILMU INI DI CADANGKAN SUPAYA MEMPELAJARINYA DENGAN MENDALAM, ANDAI KATA ANDA BERMINAT MEMBAHAS ILMU INI DENGAN AKAL ANDA AKAN KECUNDANG .




Wednesday, 6 June 2012

HAKIKAT ILMU

ILMU adalah suatu sinaran cahaya yang dipancar oleh Allah kedalam dada hambanya yang beriman. Kedudukannya samalah dengan Iman,Taqwa, Hidayah dan Makrifat. Adapun yang kita bersungguh-sungguh membacanya, mengkajinya, menghafalnya dan membuat kajian kepada sesuatu benda itu digelar pengetahuan am. Sebagai contoh saudara mempelajari ilmu kira-kira itu digelar ilmu hisab saudara mempelajari ilmu kaji bintang itu digelar ilmu Falaq saudara mempalajari ilmu selok belok amalan ibadah dalam islam digelar ilmu Feqah, saudara mempelajari ilmu Tajwid ia digelar ilmu Qiraat (bacaan Al-Qur'an). Ilmu ini boleh diusaha dan dituntut oleh siapa sahaja sama ada ia islam atau bukan islam.

ILMU yang akan saya utarakan kepada anda sekalian ialah Ilmu Hidayah, Ilmu Makrifat atau kadangkala disebut Ilmu HIKMAT. Ilmu ini tidak dapat dimiliki dengan jalan usaha peribadi sebagaimana saudara mencari ilmu yang lain. ILMU Makrifat ini mesti dituntut dan dimiliki melalui kaedah dan aturcara syariat yang telah ditetapkan melalui kaedah perguruan, ia dikenali dengan Ilmu TAKLIM MUTAALIM( Perhubungan guru dengan murid ).

Sebagai contoh pertama Ilmu ini diturunkan kepada Nabi S.A.W. melalui Jibril Alaihissalam melalui kaedah pembelajaran yang tersusun rapi dan kaedah pimpinan yang meniti di atas susunatur syariaat ILAHI.
Kemudian Rasulullah menurunkan Ilmu ini kepada para Sahabat juga melalui kaedah syariaat Ilahi. Seterusnya berkembanglah Ilmu ini turun temurun sampai kepada kita sekarang dengan melalui kaedah yang sama.

BAGAIMANA ANDA MENGESAN PEMILIK ILMU MAKRIFAT

Pemilik Ilmu Makrifat atau Ilmu Hikmat dapat dikesan melalui beberapa tanda. Diantaranya:

1)   Sentiasa mempamerkan amalan ajaran Islam dan amat berhati-hati daripada tergelincir kelembah maksiat.

2)    Tidak ada curiga dan kebimbangan hidup sama ada ianya jatuh kelembah kekayaan atau kemiskinan, mereka sentiasa bersedia dengan apa saja yang bakal berlaku pada dirinya adalah ketentuan Ilahi.

3)     Hatinya sentiasa disirami dengan air kasih sayang dan amat tenang sekali perwatakannya.

4)     Anda akan dapat merasai kerinduan dan keseronokan bertemunya dan akan merasa kehilangan dan kekosongan ketika ketiadaannya.

5)     Paling ajaib sekali pertemuan dengannya merubah hidup kita dari alam kejahilan kealam berilmu dari alam maksiat kealam taubat dari perangai kasar dan ganas kepada lembut dan lunak sekali inilah dia yang dikatakan PUSAKA PARA NABI.

Untuk huraian dan keterangan lanjut anda dinasihatkan meneruskan penerokaan ILMU MAKRIFAT.

Saturday, 25 February 2012

DOA MUNAJAT

Doa Munajat ini adalah diizin amal oleh guru saya ketika mana kita berada disuatu situasi sukar untuk mengamalkan Ajaran Sunnah kerana fitnah akhir zaman dan tekanan dari kumpulan pembawa bid'ah yang bermaharajalela di akhir zaman.

Aturcara pengamalannya akan ditunjuk dalam program QIAMULLAIL.


اللهم اانت السلام ومنك السلام     تباركت ربنا وتعاليت يا ذالجلال والاكرام
سمعنا واطعنا غفرانك ربنا واليك المصير  اللهم أنصر جيوش المسلمين
وعساكر الموحدين وأهلك الكفرة والرافضة والمبتدعة والمشركين
ودمر أعدأك أعدأالدين وأنصر عليهم يارب العالمين اللهم شتت شملهم
ومزق جمعهم وقلل عددهم وذلذل أقدامهم وأنزل عذابا أليما عليهم برحمتك ياأرحم الراحمين
ربنا ياربنا ربنا فاأنصرنا علي القوم الكا فرين ربنا أغفرلنا ذنوبنا وتوفنا مسلمين
وصلئ ألله علي سيدنا محمد وعلي أله وصحبه أجمعين سبحان ربك رب العزة عما
يصفون وسلام علي المرسلين والحمدلله رب العالمين .




Bermaksud lebih kurang;

Ya Tuhanku Engkau bersifat Assalam dan Engkau pemilik dan daripada Engkau jua untuk mendapat kesejahteraan. Mahasuci Engkau Ya Tuhanku yang Maha Tinggi dan memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Kami dengar perintahMu dan kami taat dengan mengharap keampunan dariMu dan kepadaMu jua kami di kembalikan. Ya Tuhanku bantulah segala tentera-tenteraMu dari kumpulan orang-orang Islam dan tentera- tentera yang sedang berjuang mengesakanMu dan binasakanlah tentera-tentera kuffar dan pembelut Agama dan juga ahli-ahli pereka dan bid'ah dalam urusan AgamaMu  dan kaum musyrikin dan hapuskanlah musuh-musuhMu dan musuh AgamaMu dan bantulah dalam memerangi mereka Wahai Tuhan sekalian alam. Ya Tuhan kami bubarkanlah pertubuhan mereka dan pecahbelahkan kumpulan mereka dan sedikitkanlah jumlah bilangan mereka dan lemah-longlaikan langkahan kaki mereka dan turunkanlah azab keatas mereka kadar perkiraanMu yang bersifat ArRahman. Ya Tuhan kami......Ya Tuhan kami..... Ya Tuhan kami. Tolonglah turunkan bantuan keatas kami dalam menentang orang-orang kafir. Ya Tuhan kami ampunkanlah dosa kami dan redakanlah kami dalam Agama Islam. Salawat dan Salanm keatasNabi S.A.W. dan keatas keluarganya dan seluruh sahabat sahabatnya.

Sunday, 19 June 2011

HUKUM SOLAT SUNAT SEBELUM MAGHRIB

Anda selalu mendengar perselisihan yang mengatakan tiada solat sunat sebelum maghrib dan kalau buat juga dikira bidaah.

Nah sekarang mari kita lihat perbahasan dan dalil-dalilnya.

وعن عبدالله بن مغفل المزني قال النبى صلى الله عليه وسلم؛ صلوا قبل المغربى . صلوا قبل المغربى . ثم قال فى الثالث ؛ لمن شأ كراهية ان يتخذهاالناس سنة: رواه البخا ري وفي رواية لأبن حبان ؛ ان النبى صلى الله عليه وسلم صلوا قبل المغربى ركعتين.

Dari Abdullah Bin Mungappal Almuzani Radhiallahuanhu dari Nabi S.A.W. beliau bersabda; solat sekalian sebelum maghrib, solat sekalian sebelum maghrib, kemudian beliau bersabda kali yang ketiga,

Hadis, 367 dari kitab Subulussalam (Syarah BulughulMaram) Karangan Sheikh Ibnu Hajar Al-Asqalani.

ولمسلم: عن انس ؛ كنا نصلى ركعتين بعد غروب الشمس , وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يرانا , فلم يأ مرنا ولم ينهنا .

Berdasarkan Riwayat muslim dari Anas, Kami selalu solat dua rakaat setelah terbenamnya matahari , sementara Rasulullah menyaksikan kami, beliau tidak memerintah kami dan tidak melarang kami.

Berdasarkan hadis ini bermakna solat sunat sebelum maghrib juga ditetapkan secara takrir.

Jadi saudara yang budiman sudah-sudahlah bergaduh fasal solat sunat sebelum maghrib, yang rajin buat yang malas diam jangan pula mengharamkan Ibadat yang jelas ada dalil. Wassalam . Wallahuaklam.

PERBEZAAN IDEOLOGY, WAHYU DAN ILHAM

Mari kita lihat erti dan makna istilah mengikut ayat:

IDEOLOGY:   Ialah sesuatu fahaman dan cetusan akal manusia dan ia menjadi pegangan kepercayaan dan menjadi ikutan yang ianya terbit dari pengkajian akal semata-mata.

WAHYU:    Ialah suatu aliran petunjuk, berita dan cara hidup manusia didunia yang diturunkan khas oleh ALLAH kepada Rasulnya sebagai bahan berfikir dan sumber ikutan. Ini dikenali dengan AL-QURANULKARIM.

ILHAM :    Adapun Ilham ia merupakan cetusan fikiran dan Ilmu Hikmat yang ALLAH pancarkan kedalam dada para rasul dan Aulianya.

Apabila kita tidak jelas dalam sesuatu hal dan kita biasanya akan  yakin dan terus menyebarkan kefahaman dan keyakinan kita itu kepada orang lain. Kadangkala fahaman ini dipersetujui dan diterima oleh segolongan yang lain, dan akhirnya ia membentuk satu kumpulan.

Dalam masa yang sama ada pula orang lain yang tidak jelas dalam sesuatu hal dan dia amat berkeyakinan dia dipihak yang benar dan terus menyebarkan fahaman ini kepada orang lain. Fahaman dan keyakinan ini menjadi ikutan beberapa individu lain dan menjadi keyakinan pula kepada mereka. Dengan ini terbentuklah satu lagi kumpulan baru.

Apabila berlaku beberapa pandangan, pendapat, pegangan yang berbeza-beza maka dalam hal ini wahyu pun bukan ilham pun bukan malah ia bergelar perselisihan pendapat yang kalau sebuah kerajaan tidak dapat mengawalnya ia akan membawa kerosakan kepada sebuah negara malah mampu menghancurkan sebuah daulah Islamiah. Bagaimana anda tak rasa ngeri KE???????