Kelas pengajian sedang berjalan |
Syirik terbahagi dua, satu syirik khafi dan satu syirik jali.
Syirik khafi bilamana Ibadah yang kita lakukan ada kepentingan peribadi atau bukan kerana Allah. Saya misalkan disini memberi derma dan bantuan kepada fakir miskin dengan tujuan untuk dipuji atau memperdengarkan Al-Qur'an dengan tujuan mempromosikan suaranya yang merdu.
Walaubagaimanapun perbincangan disini adalah berkenaan syirik Jali.
Punca syirik Jali boleh berlaku dengan sebab pergantungan dengan makhluk dan dalam masa yang sama percaya makhluk itu boleh memberi bekas. Ini amat merbahaya dan boleh terjerumus kelembah kekufuran yang haqiqi.
Ihya'Ulumuddin 254 jilid 4 |
1) Al-Jamadat
2) Al-Hayawanat
Bergantung kepada jamadat seperti tumbuhnya pokok-pokok dan tanaman adalah disebabkan hujan, awan mendung sumber penurunan hujan, perjalanan kapal adalah hasil tiupan angin dan api adalah punca kebakaran. Pergantungan terus kepada sebab, adalak syirik waliazubillah.
Misalkata sebatang pokok tumbang dan menhempap kepala seseorang dan meninggal dunia lantas kita akan berkat "Ah andaikata pokok yang sudah rosak itu tidak tumbang dan menghempap kepalanya ia tidak akan mati ."Ini bermakna pokok itu adalah Malaikat Maut".
Kebanyakkan dari kalangan kita yang kurang pengajian dalam Ilmu Tauhid atau tidak memahami Ilmu sifat Dua Puluh akan mudah terjerumus ketahap pergantungan kepada sebab.
Pergantungan kepada Hayawanat pula seperti begantung kepada usaha seseorang dan ikhtiar diri sendiri.
Saya misalkan disini "Ah kalau aku tak brek keretaku dengan segera dah lama ia mati. Disini bermakna dia percaya matinya orang itu adalah dibawah kuasa brek keretanya".
Saya misalkan yang kedua "Ah kalau ia tidak menipu dalam pemilihan lepas, pasti aku yang menang." Disini dia penuh yakin kekalahannya adalah disebabkan adanya penipuan.
Sipendakwah pula akan berkata " Ah kalau bukan aku yang dakwahnya ia masih lagi dalam agama Nasrani". Alangkah jauhnya fahaman itu kerana yang menganut Islam itu adalah dari sunber kuasa Allah dan mendapat Hidayah dan petunjuk dari Nya.
Yang paling ketara sekali selalu kita dengar " Kalau saya menjadi ketua semua akan hidup aman damai dan kemiskinan menjadi sifar." Amboi!!!!! celuparnya ya.
Anda juga harus sedar segala ketetapan Qada' dan Qadar sudah pasti, dan apa yang berlaku segala usaha dan ikhtiar itu sebagai hijab sahaja.
Contoh terakhir saya berikan " Ah kalau dia kahwin dengan aku dulu dia takkan miskin melarat." Ini semua contoh pergantungan kepada makhluk yang boleh membawa kepada syirik Jali.
Kadang-kadang kita dengar keluhan dan maki hamun yang keluar dari mulut mereka yang kurang faham dalam Ilmu ini yang bermatian dan yakin sungguh kegagalannya adalah disebabkab sipulan dan sipulan, itu dan ini, andaikata ia berjaya pula oh itu berkat doa guru dan bantuan dari malaikat.
Oleh itu awas dengan syirik jenis ini kerana ia tidak ada bezanya dengan penyembah berhala.
Bagaimana untuk mengubatinya, memahaminya dan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah saya cadangkan anda mencari guru Tauhid Ilmu Sifat dua puluh.
Ruangkanlah sedikit masa dan qurbankanlah sedikit keperluan hidup ini untuk mencari kedamaian abadi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.