Thursday, 3 April 2014

MENCARI SAHABAT SETIA DAN PASANGAN HIDUP

Sudah menjadi lumrah alam semua manusia perlu teman setia atau sahabat karib. Dalam hal ini anda perlu berusaha dan memilih siapa sahabat yang dimaksudkan itu.

Seorang wanita bercita-cita mencari seorang jodoh yang baik, seorang ayah rindukan seorang anak yang soleh, pekerja mahukan majikan yang baik, seorang pegawai perlukan orang bawahannya yang setia dan seterusnya kerajaan perlukan rakyatnya yang bermaruah. Kesimpulannya semua manusia inginkan pasangannya yang baik.



Sentiasa dalam berkasih sayang



Dalam masa yang sama anda juga perlu mencari pasangan yang baik. Pasangan yang utama selain dari seorang isteri ialah seorang sahabat yang baik.

Baik yang dimaksudkan disini dalam erti kata baik dari segi keagamaan. Seorang sahabat yang akan menolong kita dalam kesusahan, tumpang bersedih ketika kita ditimpa musibah, menegur kita ketika mana kita tersilap jalan, menenangkan kita bilamana kita dalam duka lara dan paling utama menujukki kita jalan mencari keredhaan Allah itulah dia sahabat.



Menerima tarbiah yang berterusan



Walaubagaimana pun ada satu lagi yang anda terlepas pandang iaitu mencari seorang guru. Dalam menjalani kehidupan ini manusia perlukan pimpinan, penunjuk jalan, memperkenalkan kepada kita jalan untuk menuju kepada ILAHI dan terus menerus memandu kita kesana.

Andai kata anda mendapati pasangan dan keperluan ini bermakna hidup anda lengkap dan berada dilandasan yang benar, sebaliknya jika  keperluan ini tidak dapat diketemui bermakna anda berada dipinggir disebuah gaung yang dalam.

Kesimpulannya setiap urusan dan kerja buat kita pasti memerlukan pasangan cumanya kadang-kadang kita tersilap memilih pasangan.




Friday, 21 March 2014

PEMBAHAGIAN MANUSIA DIDUNIA

Pangkat dan darjat sudah menjadi kewajipan alam. Hal ini manyebabkan manusia hidup mengikut kelas dan darjat masing-masing.

Allah S.W.T. menetapkan darjat hambanya kepada empat kejadian:

1)  Dijadikan hambanya untuk beribadat dan berkhidmat kepadanya dan menetapkan syurga untuknya.
 Mereka ini terdiri dari para Nabi dan Rasul, Aulia', orang mukmin dan solihin.

2)  Dijadikan hambanya untuk tidak berkhidmat kepadanya dan menetapkan syurga untuknya.
Mereka ini terdiri dari orang-orang kafir yang akhirnya beriman dan orang-orang yang berdosa dan akhir hidupnya bertaubat kepada Allah.

3)  Dijadikan hambanya untuk tidak berkhidmat kepadanya dan menetapkan tidak ada syurga baginya.
Mereka ini terdiri dari mereka-mereka yang kekal awal dan akhir hidupnya dalam kekufuran.

 4)  Dijadikan hambanya berkhimat kepadanya dan menetapkan tidak ada syurga untuknya.
Mereka ini terdiri dari golongan yang kuat Islamnya, alim dan banyak Ibadatnya tetapi mengakhiri hidupnya dengan kejahatan.



Sirajuttholibin (syarah Minhajulabidin) 308, jilid 2
Anda lihat dan muhasabahlah kita sebab kita tidak mengetahui berada dalam golongan mana. Pendekata merendah dirilah kita kepada Allah jangan sombong dan bongkak sebab semua ketetapan Allah pasti berlaku.

Saudara yang saya kasihi sekalian nasib kita belum tahu.



Replika size dan susunan ruang tamu Rasullullah S.A.W.
Manusia paling suci, paling mulia, paling agung dan kekasih Allah hidup penuh kesederhanaan.

Alangkah jauhnya kita, jauh!!!!!!! jauh!!!!!!!! jauhnya untuk menepati apa yang Allah janji.

  


Monday, 3 March 2014

ANTARA SYARIAT DAN BUDAYA

Dalam hal ini Ulama' Tauhid telah membuat garisan dalam katanya:




حقأىقالاشيأ ثابتة والعلم بها محقق



Maknanya kurang lebih "Kebenaran itu sudah pasti, tetapi mengetahui mana satu yang benar menjadi satu kewajipan."

Dalam hal inilah maka pemahaman dan pembelajaran sesuatu itu menjadi wajib. Andaikata anda 
salahfaham atau kurang jelas dalam sesuatu hal maka berlakulah pertikaian pendapat dan boleh membawa pergaduhan.

Antara perkara yang menjadi persoalan ialah mencampuradukkan antara budaya ciptaan manusia dan Agama yang merupakan syariat Allah.

Anda selalu mengatakan agama ialah cara hidup, lantas anda memberi tamsilan berniaga, makan, minum, berkahwin, berperang dan berpolitik  semuanya adalah agama. Berkemungkinan juga anda berpendapat bersukan, muzik, menyanyi juga sebahagian dari agama.

Ya!!!!!! betul agama maknanya cara hidup tetapi anda tidak jelas cara hidup di sisi ALLAH ialah Islam.Andaikata anda gagal memahami mana satu syariaat Allah yang kerananya kita berkorban nyawa anda berkamunkinan mati dalam memperjuangkan budaya.

Adapun cara hidup yang tidak berpandukan Al-Qur'an dan Al-Hadis ia dikira sebagai budaya ciptaan manusia. Bertambah malang kalau ianya dari amalan Yahudi.



Ini juga salah satu amalan dan cara hidup yang wajib dipisahkan oleh penganut Islam.



Tertipulah manusia dalam banyak hal kerana telah mensyariatkan budaya ciptaan manusia atau cara hidup hasil ciptaan dan rekaan akal dimasukkan dalam lingkungan kehidupan Islam.

Bertambah parah lagi bilamana ciptaan akal dan rekaan itu dilabelkan sebagai Islam lantas mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentangnya.

Anda harus sedar setiap amalan atau perkara-perkara yang kita lakukan haruslah dilihat dari sudut kacamata syariat Islam. Dalam banyak hal bilamana amalan itu bukan dari asal syariat Allah dan RasulNya anda berhak menolaknya. Percanggahan dalam amalan yang tidak sesuai dengan syariat bukan sahaja boleh dipisahka malah wajib dipisahkan.

Kadangkala juga berlaku dasarnya Islam tetapi pelaksanaanya tidak Islam. Dalam kaedah Islam setiap hukum Islam ada rukun dan syaratnya yang tertentu. Apabila pelaksanaanya tidak Islam ia perlu ditentang dan wajib dipisahkan.

Ingatlah kawan semua syariat Islam yang suci akan dicemari oleh niat dan pelaksanaan yang tidak suci.

Sebagai contoh saya bawa satu misalan kewajipan berperang anda tidak boleh membunuh musuh dengan  menggunakan racun serangga atau mesin gergaji.

Wednesday, 26 February 2014

SYIRIK YANG TIDAK DISEDARI

Kelas pengajian sedang berjalan



Syirik terbahagi dua, satu syirik khafi dan satu syirik jali.

Syirik khafi bilamana Ibadah yang kita lakukan ada kepentingan peribadi atau bukan kerana Allah. Saya misalkan disini memberi derma dan bantuan kepada fakir miskin dengan tujuan untuk dipuji atau memperdengarkan Al-Qur'an dengan tujuan mempromosikan suaranya yang merdu.

Walaubagaimanapun perbincangan disini adalah berkenaan syirik Jali.

Punca syirik Jali boleh berlaku dengan sebab pergantungan dengan makhluk dan dalam masa yang sama percaya makhluk itu boleh memberi bekas. Ini amat merbahaya dan boleh terjerumus kelembah kekufuran yang haqiqi.



Ihya'Ulumuddin 254 jilid 4
 Pecahan syirik Jali ini terbahagi dua:
1) Al-Jamadat
2) Al-Hayawanat

Bergantung kepada jamadat seperti tumbuhnya pokok-pokok dan tanaman adalah disebabkan hujan, awan mendung sumber penurunan hujan, perjalanan kapal adalah hasil tiupan angin dan api adalah punca kebakaran. Pergantungan terus kepada sebab, adalak syirik waliazubillah.

Misalkata sebatang pokok tumbang dan menhempap kepala seseorang dan meninggal dunia lantas kita akan berkat  "Ah andaikata pokok yang sudah rosak itu tidak tumbang dan  menghempap kepalanya ia tidak akan mati ."Ini bermakna pokok itu adalah Malaikat Maut".

Kebanyakkan dari kalangan kita yang kurang pengajian dalam Ilmu Tauhid atau tidak memahami Ilmu sifat Dua Puluh akan mudah terjerumus ketahap pergantungan kepada sebab.

Pergantungan kepada Hayawanat pula seperti begantung kepada usaha seseorang dan ikhtiar diri sendiri.

Saya misalkan disini "Ah kalau aku tak brek keretaku dengan segera dah lama ia mati. Disini bermakna dia percaya matinya orang itu adalah dibawah kuasa brek keretanya".

Saya misalkan yang kedua "Ah kalau ia tidak menipu dalam pemilihan lepas, pasti aku yang menang." Disini dia penuh yakin kekalahannya adalah disebabkan adanya penipuan.

Sipendakwah pula akan berkata " Ah kalau bukan aku yang dakwahnya ia masih lagi dalam agama Nasrani". Alangkah jauhnya fahaman itu kerana yang menganut Islam itu adalah dari sunber kuasa Allah dan  mendapat Hidayah dan petunjuk dari Nya.

Yang paling ketara sekali selalu kita dengar " Kalau saya menjadi ketua semua akan hidup aman damai dan kemiskinan menjadi sifar." Amboi!!!!! celuparnya ya.

Anda juga harus sedar segala ketetapan Qada' dan Qadar sudah pasti, dan apa yang berlaku segala usaha dan ikhtiar itu sebagai hijab sahaja.

Contoh terakhir saya berikan " Ah kalau dia kahwin dengan aku dulu dia takkan miskin melarat." Ini semua contoh pergantungan kepada makhluk yang boleh membawa kepada syirik Jali.

Kadang-kadang kita dengar keluhan dan maki hamun yang keluar dari mulut mereka yang kurang faham dalam Ilmu ini yang bermatian dan yakin sungguh kegagalannya adalah disebabkab sipulan dan sipulan, itu dan ini, andaikata ia berjaya pula oh itu berkat doa guru dan bantuan dari malaikat.

Oleh itu awas dengan syirik jenis ini kerana ia tidak ada bezanya dengan penyembah berhala.

Bagaimana untuk mengubatinya, memahaminya dan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah saya cadangkan anda mencari guru Tauhid Ilmu Sifat dua puluh.

Ruangkanlah sedikit masa dan qurbankanlah sedikit keperluan hidup ini untuk mencari kedamaian abadi.




Thursday, 6 February 2014

KHILWAT, SULUK DAN UZLAH

Khilwat dan suluk adalah dua istilah yang tidak asing dalam aliran suffi. Ia merupakan satu amalan yang dimestikan kepada setiap ahli yang menjalani kaedah sufisme. Walau bagaimanapun anda harus memahaminya dan menjalaninya sebelum menghukum atau menilai keajaibannya.

Khilwat lebih istimewa dan cara-cara pengamalannya jauh lebih mencabar dari melakukan suluk dan uzlah. Khilwat tidak boleh dilakukan sesuka hati sebelum mendapat keizinan dari guru. Tempat berkhilwat, adat dan tatacara, pantang larang semasa melakukan khilwat hendaklah diikuti dengan baik. Kebersihan tempat, suasana sekitar, taraf keselamatan fizikal, bekalan makanan dan perkara-perkara asas hendaklah disiapkan terlebih dahulu.

TUJUAN BERKHILWAT

Anda harus maklum, dalam alam diri banyak unsur-unsur rohani atau alam maknawi yang sukar dipimpin dengan cara biasa. Ini kerana unsur-unsur ini tidak dapat dilihat dengan mata, tidak dapat dikesan dengan pancaindera dan tidak dapat disentuh oleh deria rasa. Ini saya sebutkan sedikit darinya seperti aqal, nafsu, syahwat, perasaan, hawa, duka, suka, malas, rajin dan berbagai-bagai karekter yang dicetuskan oleh kekuatan unsur dalaman.


Mari saya bawa satu contoh malas sembahyang, bagaimana supaya rajin sembahyang. Anda akan menjawab soalan ini dengan pantas sekali "Oh !!! itu senang je rotan je! atau perbanyakkan kursus solat dan imarahkan masjid atau anjurkan kem-kem solat dan sebagainya.

Andaikata yang tak sembahyang itu anak kita yang sudah besar panjang kalau dimarah, dirotan ia akan lari dari rumah dan sebagainya.

Yang menjadi persoalan sekarang yang malas sembahyang dan yang sukar beribadat kepada Allah itu diri  kita sendiri, hah!! bagaimana?

Kalau ini semua berlaku kita semua menjadi tergamam dan hilang punca dan meraba-raba mencari formula bagaimana untuk mengatasinya.Untuk meneroka dan membongkar rahsia ini anda harus mendalami ILMU MAKRIFAT dan jangan sesekali mencari jalan melalui akal fikiran kita yang singkat.

Sebelum itu anda pasti sedar khilwat, suluk dan uzlah pada hari ini menjadi bahan ketawa, ejekkan dan tidak kurang pula yang tanpa ragu-ragu mengisytiharkan ianya satu cabang dari ajaran sesat.

Permasaahan yang timbul ialah aliran sufi ini telah diajar oleh ulama'-ulama' dahulu dengan cara dan pendidikan melalui guru-guru pondok yang mashyur. Ianya menjadi amalan, ikutan dan satu kaedah thariqat yang berjaya dan memberi kesan positif dalam alam rohaniah( ILMU MAKRIFAT).

Walau bagaimanapun bila ianya diburuk-burukkan oleh segolongan ahli bijak pandai dalam agama kononnya maka keraguan dan penentangan tentang Ilmu ini menjadi peperangan yang sengit.

Jangan dengki, jangan cemburu hati, jangan berdendam dan jangan pula sakit hati terhadap kumpulan ahli sufi dan ajarannya dan cuba berhujjah dengan dalil yang amat kebudakan.

Disini saya bawa satu contoh bangkangan dan hujjah yang boleh membawa kecelakaan kepda si awam "Orang-orang sufi berzikir dan solat dalam hutan, bukankah itu salah dan Nabi tak buat"
 Kalau ini berlaku bermakna anda telah mengharamkan dan membatalkan satu hukum dalam agama yang mana untuk umat Muhammad S.A.W.  Allah memberi keistimewaan bumi ini adalah tempat sujud dan mengingati Allah dengan berzikir.

Pendekata apa saja pandangan, bangkangan dan ajaran tanpa ILMU ia akan membawa kecelakaan.

Hasil penyudahnya dalam sistem dakwah golongan ini akan mereka-reka jalan dan alirannya yang tersendiri seperti dengan menggunakan muzik, nyanyian, bergelak ketawa, nasyid dan qasidah sebagai aliran baru yang dikira sebagai DAI' ALAF baru.

Saya ingin cadangkan pada saudara yang belum dan masih ada keraguan tentang jalan THARIQAT  tolong cuba amalkan kaedah ini:

1). Cari seorang guru Thariqat atau Ahli Sufi yang anda yakini
2). Ikut arahan dan panduan Salikinnya
3). Jangan ada perintah itu bertentangan dengan syariat
4). Anda akan bertemu dengan arahan, suluk, uzlah dan khilwat.
     Jangka masanya tiga hari, tujuh hari dan paling lama empat puluh hari.
     Diantara aturcaranya ialah:
     1. Mencari suatu tempat yang sunyi jauh dari hingar bangar keduniaan
     2. Aturannya ibadah malam, berpuasa sunat, bekalan makanan yang amat sedikit dan pasti halal
     3. Wajib mengikuti semua jadual salikin yang diberi dengan sempurna.

Pendekata setelah menjalani kaedah ini dengan baik maka anda dipersilakan komen dan bangkanglah apa saja yang saudara suka dan sila beri penilaian dimana cacatnya Ilmu ini.  Tetapi sebaliknya kalau anda tidak pernah melaluinya maka saya cadangkan diam adalah lebih baik atau jangan campur urusan SUFISM nanti anda bercakap diluar kotak ilmu THARIQAT.

AMARAN DAN PANTANG LARANG:

JANGAN SEKALI-KALI BERAMAL TANPA GURU DAN JANGAN CUBA-CUBA MEREKA-REKA SENDIRI NANTI AKIBATNYA BURUK SEKALI.

Thursday, 26 December 2013

MALULAH PADA DIRI SENDIRI

Sabda Nabi S.A.W:

 

الحيأ من الأيما ن    متفق عليه



Maknanya kurang lebih "Malu itu separuh daripada Iman"

Dari sinilah bermulanya peradaban manusia melalui tarbiah Rasulullah. Andaikata sifat malu ini sudah hilang maka manusia akan sanggup melakukan maksiat dan menderhaka kepada Allah kerana ia sudah lupa diri.

Saya bawakan beberapa contoh untuk diteliti, misal katakan kita melihat seseorang tidak menutup aurat, lantas kita mengatakan " oh itu orang tidak takut dosa". Di sini bermakna anda merasai hinanya orang itu kerana tidak menutup aurat tetapi anda lupa mungkin kehinaan anda lebih dari itu.

Misal kedua anda begitu bangga dan ghairah sekali mencegah kemungkaran sehingga sanggup meredah semak samun, hutan belantara kerana mengintai orang buat maksiat, tetapi anda terlupa diri tak larat nak bangun SUBUH atau paling baik pun subuh gajah. Malulah pada diri sendiri.

Kadangkala anda lantang mengutuk dan mencaci siapa saja yang melakukan kemungkaran tetapi dalam masa yang sama anda lupa membaca Al-Qur'an belum pandai lagi. Malulah pada diri sendiri.

Bayangkan kalau Allah siarkan dan paparkan segala perilaku anda zahir dan batin, dahulu dan sekarang dan didedah pula di dada akhbar muka depan apa agaknya reaksi anda?!!! Oh tak tahulah dimana nak disimpan muka yang cantik tu. Ketika itulah baru anda tahu apa itu erti malu.

Pendekata apabila malu sudah hilang maka berlumba-lumbalah manusia menceritakan kebaikan dirinya berceramah disegenap pelusuk alam dan berkumandanglah suara JIHAD tanpa membina syahsiah diri. Malulah pada diri sendiri.

Sesesuatu ketika anda terasa diri mulia sangat dan memandang hina pada orang lain khususnya yang suka buat maksiat tetapi anda terlupa ANDA SENDIRI BELUM MENERIMA SURAT TAWARAN MASUK SYURGA ATAU SURAT PELEPASAN DARI API NERAKA KERANA ITU SEMUA BERADA DALAM GENGGAMAN ALLAH.

Takutlah kepada ALLAH, dan malulah pada diri sendiri. 






Thursday, 12 December 2013

ANEHNYA ULAMA', AKHIR ZAMAN

Ulama' ialah terdiri dari orang-orang yang memahami agama Islam dan mengamalkan ajaran Islam dengan baik.

Ciri-ciri ulama' telah anda faham melalui artikel yang lalu. Apa yang menjadi masaalah disini ialah ciri-ciri itu tidak diambilkira dan dipandang remeh akhirnya anda akan terbabas, rugi dan merana didunia dan membawa penyesalan di akhirat.


Manusia amat perlukan Ilmu dan pimpinan guru


Diantara sifat paling utama yang mesti dimiliki oleh seorang ulama' ialah TAQWA. Taqwa dalam ertikata menjadi wakil ALLAH di bumi dalam urusan membimbing umat manusia yang lain kearah ketaqwaan kepada Allah. Ciri-ciri dan sifat ini jugalah yang dimiliki oleh Auliaullah. Auliaullah bersifat " Tidak takut dan tidak tahu berdukacita dalam diri mereka ".

Sifat utama Ulamaulamilin dan Auliaullah ialah tidak bergantung dengan makhluk dan tidak berpegang kepada Madah(unsur-unsur kebendaan).

Sifat dan ciri-ciri yang ada pada seseorang adalah menjadi kayu pengukur untuk kita mengenal pasti watak dan keistimewaan seseorang.



Pengisian Ilmu asas dalam urusan da'i


Auliaullah tidak pernah runsing kehilangan dunia yang dimilikinya.
Auliaullah tidak teringin memiliki atau merampas hak orang lain malah yang ada padanya bersedia untuk diberi pada orang lain.

Auliaullah yang keluar ketengah masyarakat dan membawa semua contoh keistimewaan ini untuk di ikuti dan menjadi panduan kepada umat Islam yang lain, maka dalam suasan ini mereka ini dikenali dengan gelaran ULAMAULAMILIN yang mengambil tugas sebagai pewaris NABI

Tetapi sebaliknya kalau ulama' risau kekurangan gajinya, bimbang kejatuhan pangkatnya, hilang popularitinya, hilang pengaruh dan kehebatannya dan tidak selesa ada ulama' lain yang menyaingi Ilmunya maka ini bukan ulama' namanya. Anda akan mendapati, ulama' yang bersifat begini dia sanggup melakukan apa saja demi mempertahankan itu semua.

Andaikata keinginan duniawinya yang besar dan citi-cita kehidupannya yang tinggi menjadi target utama maka ulama' ini akan menjadi pengejar dunia yang dahsyat.

Nabi S.A.W. pernah bersabda;




الدنيا جيفة فطلأب هاكل

Yang bermaksud kurang lebih "Dunia adalah najis dan pengejarnya adalah anjing"

Persoalan yang bermain dalam fikiran kita sekarang ialah kalau ulama' itu sendiri sudah kurang yakin dan kurang percaya pada Qadha' dan Qadar, Ulama' itu sendiri tidak boleh bertawakkal dan sentiasa bergantung hidup pada makhluk, mana mungkin boleh membimbing orang lain bertaqwa kepada ALLAH.  Jauh!!!!!!! jauh!!!!!!! .

Paling bertambah parah lagi kalau seorang ulama' memberi contoh akhlak jijik seperti dendam, dengki, takabbur, mencaci maki orang lain, menghina dan tidak ada sifat kasih sayang dalam diri, dan bertambah malang lagi ada pula pengikutnya yang setia, Subhanallah!!!!!! tak tahulah.

Berbalik kepada kita dalam menilai dan dan meletakkan gelaran ulama' dan ustaz kepada sesiapa saja yang dikira terlintas di kepala kita. Maka dalam hal demikian berkeliaranlah para ulama' dan ustaz yang sentiasa bergerak dan mengembangkan ajaran Islam mengikut fikiran masing-masing.

Kadang- kadang ada dari kalangan mereka yang baru belajar beberapa patah Hadis dan menghafal satu dua surah dikira sebagai ulama'.

Ada pula baru sehari dua insaf dan kembali kepada Ajaran Islam terjun ketengah masyarakat sebagai pendakwah terus bergelar Ulama'.

Ada pula dari kalangan berlatar belakang bidang nyanyian, tarian dan lakunan mula berjinak dengan Islam memakai tudung kepala lantas diberi gelaran ustazah pelapis.

Aduhai!!!!!! kumpulan-kumpulan ini keluar ketengah masyarakat membawa imej Ulama' dan diberi gelaran BARISAN ULAMA' PELAPIS.

Maka ulama'-ulama' ini berceramah, mengajar, mendidik dan tidak kurang pula dari kalangan mereka mengeluarkan berbagai-bagai fatwa agama mengikut selera masing-masing.

Bertambah malang lagi golongan ini berpengaruh dan punya ramai peminat maka bertambah subur lah ajarannya menjadi ikutan ramai.

ALANGKAH BERUNTUNGNYA HIDUP DI AKHIR ZAMAN MEWAH DENGAN ULAMA' DAN USTAZ YANG BOLEH MENGELUARKAN APA SAJA FATWA DAN BOLEH DI DAPATI DI TEPI-TEPI JALAN, DIPASAR BORONG, DIPADANG BOLA DAN KADANG-KADANG ULAMA' INI BOLEH DIDAPATI MELALUI SENARAI PELAKUN-PELAKUN DRAMA HANDALAN.

Anehnya ulama' akhir zaman!!!.