Saudara yang dikasihi sekalian, ada lima unsur yang kita tidak layak berguru dengannya;
1). Jahil tentang agama
2). Menjatuhkan maruah orang Islam
3). Suka melakukan perkara yang sia-sia
4). Suka mengikut hawa nafsu serakah
5). Berakhlak kasar dan buruk
1). Jahil tentang agama
Ini suatu perkara yang jelas tidak perlu huraian panjang. Jahil ialah mereka yang kurang mengetahui tentang agama lebih-lebih lagi tentang fardhu ainnya sendiri pun tidak lepas. Ini boleh dikesan melalui amalan dan percakapannya yang selalu tersasar dari kebenaran Islam.
2). Menjatuhkan maruah orang Islam
Ini dapat dikesan melalui lidahnya yang celupar, suka mencaci, menghina dan memandang rendah kepada orang Islam. Lebih malang lagi menuduh orang lain yang seagama dengannya sebagai kafir dan murtad. Ini sudah dikira amat jijik dan memalukan.
3). Suka melakukan perkara yang sia-sia
Ini dapat dikesan melalui watak peribadi seseorang yang gemar berhibur, bersuka ria, bergelak ketawa dan sebagainya.
Termasuk perkara yang sia-sia ialah seperti kuat merokok, suka berpoya-poya, banyak menghabiskan masa di warung-warung, berjenaka berlebihan dan suka berhibur.
4). Suka mengikut hawa nafsu
Ini sudah menjadi lebih sukar untuk ditapis kerana terlalu banyak dikalangan kita tewas dengan kehendak nafsu. Saya misalkan di sini seperti gila nama, gila masyhur, gila pangkat, suka dipuji, pantang ditegur, gemar kepada kemewahan, panasbaran dan tidak bersedia menerima pandangan orang lain.
5). Berakhlak kasar dan buruk
Ini adalah personaliti seseorang. Akhlak yang buruk seperti bergaul dengan perempuan ajnabi tanpa segan silu, tidak memakai kopiah, suka berpakaian ala barat atau mencontohi pakaian kuffar, tidak halus dalam berbicara, makan berdiri dan sebagainya yang menzahirkan ia tidak berdisiplin dan berakhlak mulia.
Itulah dia garis kasar dan panduan asas kepada sesiapa yang sedang dalam pencarian!!!!!!!.
AKIBAT YANG DITAKUTI
Apabila guru yang anda pilih itu nilai dan mutu akhlaknya lebih rendah, ini akan melahirkan rasa puas dalam diri dan lantas anda berpendapat anda sentiasa dalam keadaan sempurna dari semua segi. Andaikata ini berlaku maka ia akan membawa kepada perasaan takabbur dan merasa diri sudah sempurna kerana guru dan idola yang anda sanjungi akhlak dan ibadatnya tidak baik.
Bertambah parah lagi andaikata guru itu berfahaman sesat atau salah ajarannya maka anda akan menjadi pembelanya.
Paling malang lagi anda akan menentang siapa sahaja yang membawa fahaman yang bercanggah dengan pembawaan yang dibawa oleh guru pujaan anda. Andaikata ini berlaku, untuk maklumat anda tidak ada sesiapa yang boleh menolong kecuali ALLAH.
Pages
- Halaman Utama
- NILAIAN WARNA DARI SEORANG BUTA
- BILA IBADAT JADI MAKSIAT
- KITAB DAN PELAJARAN YANG BOLEH DIIKUTI
- Sumpah Iblis Dan Janji Allah
- Guru Mursyid
- HUBUNGI
- KENALI P0NDOK
- DIMANA ALLAH ?
- KEBENARAN DAN KEBATILAN, APAKAH KAYU UKURNYA?
- PENDAKYAH ATAS NAMA PENDAKWAH
- ANTARA KEPERCAYAAN DAN NASIB
- SIFAT DAN KEHEBATAN SEORANG ULAMA' YANG HAKIKI
- PENDAKWAH YANG TERTIPU
Thursday, 22 January 2015
Thursday, 10 April 2014
APAKAH FIKIRAN DAN PEGANGAN(MAZHAB) ANDA
Dalam beribadat dan beramal kita pasti mengikut ilmu yang diajar oleh guru dan ulama' yang diyakini. Justeru itu kita wajib bertaklid dengan Mazhab yang kita yakini.
Mungkin dalam mazhab dan pegangan ulama' berbeza-beza, tetapi persoalannya apa fahaman anda.
1). Hukum meninggalkan solat.
Mengikut pegangan fahaman WAHABI mereka yang meninggal solat hukumnya KAFIR, MURTAD dan wajib dipisahkan perhubungan keluarganya kerana perkahwinannya batal dan tertalak. Mereka wajib kembali kepada Islam dan Bersyahadah sekali lagi.
2). Hukum Takwil
Dalam hal ayat-ayat mutasyabihah mereka(WAHABIYYIN) tidak diharuskan takwil dan tidak harus ditukar maknanya, kalau tangan maka itulah Tangan Allah.
Itulah fahaman Wahabiyyin yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Waljamaah.
3). Dalam hal meninggalkan solat dari segi fahaman dan pegangan mazhab lain, dosa besar dan wajib bertaubat, tetapi mereka(Wahabiyyun) tetap berfahaman kafir dan murtad.
Itulah satu dua perkara sekadar nak memberitahu anda perpisahan fahaman dikalangan mazhab. Jadi anda fahaman apa?
SEKIAN SELAMAT BERMAZHAB

![]() |
| Tidak harus tinggal serumah dengan keluarga yang meninggalkan solat Sheikh Mohamed Bin Soleh Al-Uthaimin(Wahabiyyin) |
Mengikut pegangan fahaman WAHABI mereka yang meninggal solat hukumnya KAFIR, MURTAD dan wajib dipisahkan perhubungan keluarganya kerana perkahwinannya batal dan tertalak. Mereka wajib kembali kepada Islam dan Bersyahadah sekali lagi.
2). Hukum Takwil
![]() |
| Kita wajib beriktikad Allah ada dua tangan cuma tidak diketahui tangan yang macam mana Sheikh Mohamed Soleh Al-Uthaimin (Wahabiyyin) |
Dalam hal ayat-ayat mutasyabihah mereka(WAHABIYYIN) tidak diharuskan takwil dan tidak harus ditukar maknanya, kalau tangan maka itulah Tangan Allah.
Itulah fahaman Wahabiyyin yang bercanggah dengan Ahli Sunnah Waljamaah.
3). Dalam hal meninggalkan solat dari segi fahaman dan pegangan mazhab lain, dosa besar dan wajib bertaubat, tetapi mereka(Wahabiyyun) tetap berfahaman kafir dan murtad.
![]() |
| Pandangan mazhab Lain yang mengatakan meninggalkan solat dosa besar dan tidak kufur |
Itulah satu dua perkara sekadar nak memberitahu anda perpisahan fahaman dikalangan mazhab. Jadi anda fahaman apa?
![]() |
| Buku rujukkan Fatwa Sheikh Muhammad Bin Soleh Uthaimin Al-Muqbal Wahabiyyin Al-Taimimi |
SEKIAN SELAMAT BERMAZHAB
Monday, 7 April 2014
SIAPA PEMIMPIN ISLAM, SIAPA AULIA'ULLAH
Dalam kecemasan dan kedudukan umat Islam yang yang tertindas, penganut dan umat Islam terus berbunuhan, bercakaran dan berperang sesama sendiri. Apakah ini mala petaka menimpa umat atau umat Islam dan penganutnya terus bertuhankan nafsu syahwat.
Anda dan sesiapa sahaja akan memberi jawaban yang berbeza-beza tentang sebab dan puncanya berlaku demikian. Anda juga tidak terkecuali daripada memberi pandangan dan yang pastinya anda akan berkata oh kerana umat Islam tidah mahu bersatu padu.
Persoalannya sekarang anda dan sesiapa sahaja harus bersetuju dalam apa-apa perlawanan, pertelingkahan, perdebatan dan apa-apa sahaja perbalahan mesti ada pengadilnya. Dalam hal ini Allah tidak lalai dari membuat peraturan perdamaian dan ini jelas melalui perintahNYA "Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasullullah dan juga pemimpin kamu dari kalangan orang Islam dari kalangan kamu."
Persoalannya sekarang siapa pemimpin anda? Siapa pemerintah dari kalangan anda? Siapa raja? Siapa sultan? Siapa pentadbir umat? Siapa ketua negara? Siapa?!!!!!!! Siapa? Saya pun tak tahu apa yang kita lihat semuanya menganggap dialah yang layak jadi pemimpin. Justeru itulah umat Islam akan bergaduh, berpecah dan berbunuhan kerana masing-masing tidak bertemu dan terus berebut menjadi pemimpin dan meraba-raba mencari pemimpin.
Dalam persaingan dan kekosongan pemimpin inilah maka muncul jaguh-jaguh dari golongan agamawan, hartawan, cendikiawan, bangsawan dan berbagai-bagai wan lagi mengambil bahagian dalam perebutan ini.
Sebenarnya saya sendiri pun tak tahu siapa sebenarnya pemimpin Islam kerana senarai calunnya terlalu ramai.
Mungkin juga anda akan berkata kalau begitu apa pandangan saudara tentang persoalan ini, saya akan menjawab menyambung jawapan dari lidah Rasulullah S.A.W. "TAATLAH KAMU KEPADA PEMIMPIN DARI KALANGAN KAMU WALAUPUN IA SEORANG BADUWI YANG HITAM BERKILAT MACAM TAPAK KUALI TIDAK BERKASUT DAN BERAMBUT KERINTING."
Dalam kancah perebutan pangkat, kemasyhuran, nama, kekayaan, kekuasaan dan sanjungan anda mungkin akan bertemu atau diketemukan oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang hidup tidak berhajat kepada itu semua. Mereka dari kalangan orang soleh, beriman dan bertaqwa tetapi tidak mahu bergelumang dengan keghairahan nafsu dan perebutan duniawi yang membawa kehancuran.
Mereka hidup dengan Allah, berpada dengan apa yang ada, tidak gilakan kuasa, tidak tamak dan sentiasa mengelak dari melakukan dosa. Mereka tidak suka dikenali ramai dan sentiasa berwaspada dari tipu daya dunia. Andai kata anda bertemunya anda akan lihat macam orang biasa. Apabila anda bertanya dia akan menjawab selamba. Dari riak wajahnya tidak ada tanda dukacita. Apabila anda mengutarakan soalan agama akan dijawabnya dengan gaya tepat dan sederhana. Apabila diajak berbahas dan bertengkar, dia akan cuba mengelakkan diri. TAHUKAH ANDA MEREKA ITU SIAPA?
Sabda nabi S.A.W. "Bagi Allah ada Al-Rijal, sesiapa bertemu dan mendapat perhatiannya, bertuah amat sangat dan tidak akan celaka untuk selama-lamanya."
Dapat dibaca melalui kotak fikiran orang awam macam kita, ah wali kenapa tidak mahu berjuang menegakkan negara? Aduh jauhnya jauh!!!!!!!jauh. Tahukah anda Aulia'ullah tidak masyhur, tidak terkenal, tidak ada berpangkat Dato', Tan Seri, Dato' Paduka, tidak memakai tanjak tinggi di kepala dan tidak ada bintang tersisip didada.
Tahukah anda dizaman Nabi Allah Sulaiman A.S. ada seorang hamba Allah bernama Assaf Bin Bakhtiar yang tidak terkenal membantu Nabi Sulaiman A.S. membawa istana Balqis ke Palestin dalam sekelip mata.
Tahukah anda dizaman Nabi Allah Musa A.S. ada seorang hamba Allah diberitakan namanya Khaidhir yang Allah memerintahkan Musa A.S. berguru dengannya.
Tahukah anda dizaman Rasulullah ada sahabat bernama Abdullah Ummi Maktum yang kerana kurang beri perhatian kepadanya Rasulullah ditegur oleh Allah dan menjadi kenangan seumur hidup Rasulullah sedangkan Dia seorang sahabat yang tidak terkenal, buta matanya dan lemah pemikirannya.
Dizaman Khalifah Umar Al-Khattab R.A. ada seorang manusia paling mulia di langit tetapi tidak terkenal di bumi memakai nama Uwais Al-Qarni menyebabkan Umar R.A. menangis kerananya seraya meminta diberi sebuah kata hikmat untuk kenangannya.
Dizaman Sultan Zainal Abidin yang mashyur di Terengganu ada nama yang menjadi sanjungan manusia begelar Tok Ku Paloh yang hanya mendiami sebuah kampung terpencil bernama Paloh.
Dizaman Sultan Muhammad Mulut Merah 1V ada rakyat biasa yang menjadi idola Sultan bergelar Tok Kenali yang kegemarannya memakai sehelai baju T, serban yang dibalut ringkas dan berterompah kayu.
Saya pun selalu mengimpikan untuk bertemunya dan mendapat pimpinannya. Anda bagaimana?
Ini adalah zaman pancaroba, zaman duduk dalam rumah diam-diam dan makan sekadar yang ada sehingga mati menjemput anda.
Itulah kata-kata hikmat yang sentiasa keluar dari mulut guru saya ketika memperingati fitnah akhir zaman kepada murid-muridnya dalam tazkirahnya.

| Carilah ketenangan mengikut yang anda pilih dan diredhai Allah |

هدا الزمان زمان السكون وسكوت البيىوت ورضأ بالقوت حتى تموت
Ini adalah zaman pancaroba, zaman duduk dalam rumah diam-diam dan makan sekadar yang ada sehingga mati menjemput anda.
Itulah kata-kata hikmat yang sentiasa keluar dari mulut guru saya ketika memperingati fitnah akhir zaman kepada murid-muridnya dalam tazkirahnya.
Thursday, 3 April 2014
MENCARI SAHABAT SETIA DAN PASANGAN HIDUP
Sudah menjadi lumrah alam semua manusia perlu teman setia atau sahabat karib. Dalam hal ini anda perlu berusaha dan memilih siapa sahabat yang dimaksudkan itu.
Seorang wanita bercita-cita mencari seorang jodoh yang baik, seorang ayah rindukan seorang anak yang soleh, pekerja mahukan majikan yang baik, seorang pegawai perlukan orang bawahannya yang setia dan seterusnya kerajaan perlukan rakyatnya yang bermaruah. Kesimpulannya semua manusia inginkan pasangannya yang baik.
Dalam masa yang sama anda juga perlu mencari pasangan yang baik. Pasangan yang utama selain dari seorang isteri ialah seorang sahabat yang baik.
Baik yang dimaksudkan disini dalam erti kata baik dari segi keagamaan. Seorang sahabat yang akan menolong kita dalam kesusahan, tumpang bersedih ketika kita ditimpa musibah, menegur kita ketika mana kita tersilap jalan, menenangkan kita bilamana kita dalam duka lara dan paling utama menujukki kita jalan mencari keredhaan Allah itulah dia sahabat.
Walaubagaimana pun ada satu lagi yang anda terlepas pandang iaitu mencari seorang guru. Dalam menjalani kehidupan ini manusia perlukan pimpinan, penunjuk jalan, memperkenalkan kepada kita jalan untuk menuju kepada ILAHI dan terus menerus memandu kita kesana.
Andai kata anda mendapati pasangan dan keperluan ini bermakna hidup anda lengkap dan berada dilandasan yang benar, sebaliknya jika keperluan ini tidak dapat diketemui bermakna anda berada dipinggir disebuah gaung yang dalam.
Kesimpulannya setiap urusan dan kerja buat kita pasti memerlukan pasangan cumanya kadang-kadang kita tersilap memilih pasangan.

| Sentiasa dalam berkasih sayang |

| Menerima tarbiah yang berterusan |
Walaubagaimana pun ada satu lagi yang anda terlepas pandang iaitu mencari seorang guru. Dalam menjalani kehidupan ini manusia perlukan pimpinan, penunjuk jalan, memperkenalkan kepada kita jalan untuk menuju kepada ILAHI dan terus menerus memandu kita kesana.
Andai kata anda mendapati pasangan dan keperluan ini bermakna hidup anda lengkap dan berada dilandasan yang benar, sebaliknya jika keperluan ini tidak dapat diketemui bermakna anda berada dipinggir disebuah gaung yang dalam.
Kesimpulannya setiap urusan dan kerja buat kita pasti memerlukan pasangan cumanya kadang-kadang kita tersilap memilih pasangan.
Friday, 21 March 2014
PEMBAHAGIAN MANUSIA DIDUNIA
Pangkat dan darjat sudah menjadi kewajipan alam. Hal ini manyebabkan manusia hidup mengikut kelas dan darjat masing-masing.
Allah S.W.T. menetapkan darjat hambanya kepada empat kejadian:
1) Dijadikan hambanya untuk beribadat dan berkhidmat kepadanya dan menetapkan syurga untuknya.
Mereka ini terdiri dari para Nabi dan Rasul, Aulia', orang mukmin dan solihin.
2) Dijadikan hambanya untuk tidak berkhidmat kepadanya dan menetapkan syurga untuknya.
Mereka ini terdiri dari orang-orang kafir yang akhirnya beriman dan orang-orang yang berdosa dan akhir hidupnya bertaubat kepada Allah.
3) Dijadikan hambanya untuk tidak berkhidmat kepadanya dan menetapkan tidak ada syurga baginya.
Mereka ini terdiri dari mereka-mereka yang kekal awal dan akhir hidupnya dalam kekufuran.
4) Dijadikan hambanya berkhimat kepadanya dan menetapkan tidak ada syurga untuknya.
Mereka ini terdiri dari golongan yang kuat Islamnya, alim dan banyak Ibadatnya tetapi mengakhiri hidupnya dengan kejahatan.
Anda lihat dan muhasabahlah kita sebab kita tidak mengetahui berada dalam golongan mana. Pendekata merendah dirilah kita kepada Allah jangan sombong dan bongkak sebab semua ketetapan Allah pasti berlaku.
Saudara yang saya kasihi sekalian nasib kita belum tahu.
Manusia paling suci, paling mulia, paling agung dan kekasih Allah hidup penuh kesederhanaan.
Alangkah jauhnya kita, jauh!!!!!!! jauh!!!!!!!! jauhnya untuk menepati apa yang Allah janji.
Allah S.W.T. menetapkan darjat hambanya kepada empat kejadian:
1) Dijadikan hambanya untuk beribadat dan berkhidmat kepadanya dan menetapkan syurga untuknya.
Mereka ini terdiri dari para Nabi dan Rasul, Aulia', orang mukmin dan solihin.
2) Dijadikan hambanya untuk tidak berkhidmat kepadanya dan menetapkan syurga untuknya.
Mereka ini terdiri dari orang-orang kafir yang akhirnya beriman dan orang-orang yang berdosa dan akhir hidupnya bertaubat kepada Allah.
3) Dijadikan hambanya untuk tidak berkhidmat kepadanya dan menetapkan tidak ada syurga baginya.
Mereka ini terdiri dari mereka-mereka yang kekal awal dan akhir hidupnya dalam kekufuran.
4) Dijadikan hambanya berkhimat kepadanya dan menetapkan tidak ada syurga untuknya.
Mereka ini terdiri dari golongan yang kuat Islamnya, alim dan banyak Ibadatnya tetapi mengakhiri hidupnya dengan kejahatan.
![]() |
| Sirajuttholibin (syarah Minhajulabidin) 308, jilid 2 |
Saudara yang saya kasihi sekalian nasib kita belum tahu.
![]() |
| Replika size dan susunan ruang tamu Rasullullah S.A.W. |
Alangkah jauhnya kita, jauh!!!!!!! jauh!!!!!!!! jauhnya untuk menepati apa yang Allah janji.
Monday, 3 March 2014
ANTARA SYARIAT DAN BUDAYA
Dalam hal ini Ulama' Tauhid telah membuat garisan dalam katanya:
Maknanya kurang lebih "Kebenaran itu sudah pasti, tetapi mengetahui mana satu yang benar menjadi satu kewajipan."
Dalam hal inilah maka pemahaman dan pembelajaran sesuatu itu menjadi wajib. Andaikata anda
salahfaham atau kurang jelas dalam sesuatu hal maka berlakulah pertikaian pendapat dan boleh membawa pergaduhan.
Antara perkara yang menjadi persoalan ialah mencampuradukkan antara budaya ciptaan manusia dan Agama yang merupakan syariat Allah.
Anda selalu mengatakan agama ialah cara hidup, lantas anda memberi tamsilan berniaga, makan, minum, berkahwin, berperang dan berpolitik semuanya adalah agama. Berkemungkinan juga anda berpendapat bersukan, muzik, menyanyi juga sebahagian dari agama.
Ya!!!!!! betul agama maknanya cara hidup tetapi anda tidak jelas cara hidup di sisi ALLAH ialah Islam.Andaikata anda gagal memahami mana satu syariaat Allah yang kerananya kita berkorban nyawa anda berkamunkinan mati dalam memperjuangkan budaya.
Adapun cara hidup yang tidak berpandukan Al-Qur'an dan Al-Hadis ia dikira sebagai budaya ciptaan manusia. Bertambah malang kalau ianya dari amalan Yahudi.
Tertipulah manusia dalam banyak hal kerana telah mensyariatkan budaya ciptaan manusia atau cara hidup hasil ciptaan dan rekaan akal dimasukkan dalam lingkungan kehidupan Islam.
Bertambah parah lagi bilamana ciptaan akal dan rekaan itu dilabelkan sebagai Islam lantas mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentangnya.
Anda harus sedar setiap amalan atau perkara-perkara yang kita lakukan haruslah dilihat dari sudut kacamata syariat Islam. Dalam banyak hal bilamana amalan itu bukan dari asal syariat Allah dan RasulNya anda berhak menolaknya. Percanggahan dalam amalan yang tidak sesuai dengan syariat bukan sahaja boleh dipisahka malah wajib dipisahkan.
Kadangkala juga berlaku dasarnya Islam tetapi pelaksanaanya tidak Islam. Dalam kaedah Islam setiap hukum Islam ada rukun dan syaratnya yang tertentu. Apabila pelaksanaanya tidak Islam ia perlu ditentang dan wajib dipisahkan.
Ingatlah kawan semua syariat Islam yang suci akan dicemari oleh niat dan pelaksanaan yang tidak suci.
Sebagai contoh saya bawa satu misalan kewajipan berperang anda tidak boleh membunuh musuh dengan menggunakan racun serangga atau mesin gergaji.
حقأىقالاشيأ ثابتة والعلم بها محقق

| Ini juga salah satu amalan dan cara hidup yang wajib dipisahkan oleh penganut Islam. |
Tertipulah manusia dalam banyak hal kerana telah mensyariatkan budaya ciptaan manusia atau cara hidup hasil ciptaan dan rekaan akal dimasukkan dalam lingkungan kehidupan Islam.
Bertambah parah lagi bilamana ciptaan akal dan rekaan itu dilabelkan sebagai Islam lantas mengkafirkan sesiapa sahaja yang menentangnya.
Anda harus sedar setiap amalan atau perkara-perkara yang kita lakukan haruslah dilihat dari sudut kacamata syariat Islam. Dalam banyak hal bilamana amalan itu bukan dari asal syariat Allah dan RasulNya anda berhak menolaknya. Percanggahan dalam amalan yang tidak sesuai dengan syariat bukan sahaja boleh dipisahka malah wajib dipisahkan.
Kadangkala juga berlaku dasarnya Islam tetapi pelaksanaanya tidak Islam. Dalam kaedah Islam setiap hukum Islam ada rukun dan syaratnya yang tertentu. Apabila pelaksanaanya tidak Islam ia perlu ditentang dan wajib dipisahkan.
Ingatlah kawan semua syariat Islam yang suci akan dicemari oleh niat dan pelaksanaan yang tidak suci.
Sebagai contoh saya bawa satu misalan kewajipan berperang anda tidak boleh membunuh musuh dengan menggunakan racun serangga atau mesin gergaji.
Wednesday, 26 February 2014
SYIRIK YANG TIDAK DISEDARI
![]() |
| Kelas pengajian sedang berjalan |
Syirik terbahagi dua, satu syirik khafi dan satu syirik jali.
Syirik khafi bilamana Ibadah yang kita lakukan ada kepentingan peribadi atau bukan kerana Allah. Saya misalkan disini memberi derma dan bantuan kepada fakir miskin dengan tujuan untuk dipuji atau memperdengarkan Al-Qur'an dengan tujuan mempromosikan suaranya yang merdu.
Walaubagaimanapun perbincangan disini adalah berkenaan syirik Jali.
Punca syirik Jali boleh berlaku dengan sebab pergantungan dengan makhluk dan dalam masa yang sama percaya makhluk itu boleh memberi bekas. Ini amat merbahaya dan boleh terjerumus kelembah kekufuran yang haqiqi.
![]() |
| Ihya'Ulumuddin 254 jilid 4 |
1) Al-Jamadat
2) Al-Hayawanat
Bergantung kepada jamadat seperti tumbuhnya pokok-pokok dan tanaman adalah disebabkan hujan, awan mendung sumber penurunan hujan, perjalanan kapal adalah hasil tiupan angin dan api adalah punca kebakaran. Pergantungan terus kepada sebab, adalak syirik waliazubillah.
Misalkata sebatang pokok tumbang dan menhempap kepala seseorang dan meninggal dunia lantas kita akan berkat "Ah andaikata pokok yang sudah rosak itu tidak tumbang dan menghempap kepalanya ia tidak akan mati ."Ini bermakna pokok itu adalah Malaikat Maut".
Kebanyakkan dari kalangan kita yang kurang pengajian dalam Ilmu Tauhid atau tidak memahami Ilmu sifat Dua Puluh akan mudah terjerumus ketahap pergantungan kepada sebab.
Pergantungan kepada Hayawanat pula seperti begantung kepada usaha seseorang dan ikhtiar diri sendiri.
Saya misalkan disini "Ah kalau aku tak brek keretaku dengan segera dah lama ia mati. Disini bermakna dia percaya matinya orang itu adalah dibawah kuasa brek keretanya".
Saya misalkan yang kedua "Ah kalau ia tidak menipu dalam pemilihan lepas, pasti aku yang menang." Disini dia penuh yakin kekalahannya adalah disebabkan adanya penipuan.
Sipendakwah pula akan berkata " Ah kalau bukan aku yang dakwahnya ia masih lagi dalam agama Nasrani". Alangkah jauhnya fahaman itu kerana yang menganut Islam itu adalah dari sunber kuasa Allah dan mendapat Hidayah dan petunjuk dari Nya.
Yang paling ketara sekali selalu kita dengar " Kalau saya menjadi ketua semua akan hidup aman damai dan kemiskinan menjadi sifar." Amboi!!!!! celuparnya ya.
Anda juga harus sedar segala ketetapan Qada' dan Qadar sudah pasti, dan apa yang berlaku segala usaha dan ikhtiar itu sebagai hijab sahaja.
Contoh terakhir saya berikan " Ah kalau dia kahwin dengan aku dulu dia takkan miskin melarat." Ini semua contoh pergantungan kepada makhluk yang boleh membawa kepada syirik Jali.
Kadang-kadang kita dengar keluhan dan maki hamun yang keluar dari mulut mereka yang kurang faham dalam Ilmu ini yang bermatian dan yakin sungguh kegagalannya adalah disebabkab sipulan dan sipulan, itu dan ini, andaikata ia berjaya pula oh itu berkat doa guru dan bantuan dari malaikat.
Oleh itu awas dengan syirik jenis ini kerana ia tidak ada bezanya dengan penyembah berhala.
Bagaimana untuk mengubatinya, memahaminya dan berpegang dengan akidah Ahli Sunnah Waljamaah saya cadangkan anda mencari guru Tauhid Ilmu Sifat dua puluh.
Ruangkanlah sedikit masa dan qurbankanlah sedikit keperluan hidup ini untuk mencari kedamaian abadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)